BMW Malaysia memperkenalkan BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport. Model ini menyerlahkan reka bentuk dan dinamik pemanduan cemerlang jentera SAV bersaiz sederhana ini yang dipasang dan dikeluarkan di dalam Malaysia.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Harald Hoelzl, mengulas, “Sejak kami mula
mengkomersialkan BMW X3 generasi ketiga pada tahun lalu, lebih daripada 1,600 unit
kenderaan berjaya diserahkan kepada pemilik-pemilik baharu. BMW X3 merupakan
perintis segmen kenderaan SAV bersaiz sederhana dan ia menerajui segmen tersebut.
Kami ingin menganjak tanda aras yang dipahat dalam industri permotoran Malaysia
menerusi BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport ini untuk terus merealisasikan
“Sheer Driving Pleasure” yang kami janjikan di Malaysia.”
“Menyusuli jentera BMW 330i M Sport yang dirungkaikan pada minggu
lepas, BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport akan dipasang di fasiliti kami yang
terletak di Kulim, lantas mendemonstrasikan kegiatan komitmen kami di Malaysia
sementara barisan kenderaan BMW yang dikeluarkan di dalam negara
diperkembangkan,” tambah Hoelzl.
BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport memperlihatkan kombinasi yang sempurna
dicapai antara ciri ketangkasan dan keagresifan dibawa daripada BMW X4, bersama
aspek kegunaan ruang dan praktikaliti sebuah jentera BMW X3. BMW X3 xDrive30i
dengan Pakej M Sport terbaharu ini hanya akan menyaksikan penyerahan berjumlah
120 unit di seluruh negara.
BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport terbaharu dilenbgkapi peralatan eksklusif seperti roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci berserta set tayar bercampur dan ‘run-flat’, suspensi M Sport, brek M Sport dan penggayaan tubuh M Aerodynamic. Garisan Bayang berglos tinggi disumbang oleh rel bumbung BMW Individual menyerlahkan lagi sifat ketangkasannya, sementara designasi eksterior ‘M’ pada kedua-dua panel sisi hadapan menonjolkan estetika M Sport pada jentera ini. Di bahagian belakang, BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport didatangkan bersama bampar belakang aerodinamik ‘M’ bersama kemasan paip ekzos dalam glos krom.
Jentera alaf baharu berkenaan dikuasakan oleh enjin petrol TwinPower Turbo empat
silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 252 kuasa kuda pada tahap
5,200 – 6,500 rpm, serta puncak tork berjumlah 350 Nm pada tahap 1,450 – 4,800 rpm.
BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport mampu membuat pecutan abad dalam masa
6.3 saat dan mencatat kelajuan tertinggi mencecah 240 km/j. Emisi karbon dihadkan
pada paras 174 g/km dan penggunaan bahan api pada paras 7.6 liter bagi setiap jarak
perjalanan berjumlah 100 km. Komponen transmisi pula hadir dalam bentuk Steptronic
Sport Automatic 8 kelajuan.
Di bahagian ruang dalam, BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport mempamerkan stereng
berkulit M Sport dan kemasan ambang pintu berdesignasi ‘M’. Kemasan trim interior
menampilkan potongan aluminium halus, dan kemasan trim sorotan yang hadir dalam
warna krom mutiara (Pearl Chrome), menzahirkan bahasa reka bentuk interior yang
serba ‘sporty’. Pedal ‘M-specific’ menambah sentuhan kelasakan bersama upholsteri
kulit ‘Vernasca’ dan sulaman berkontras untuk menyerlahkan lagi keterampilannya.
BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport menawarkan sebuah pengalaman hiburan
bertaraf premium menerusi paparan Navigation System Professional bersaiz 10.25”
bersama fungsi sentuhan, iDrive Touch dan sistem HiFi dengan 12 pembesar suara.
Aspek keselesaan dinaik taraf melalui sistem penyaman udara tiga zon automatik dan
tempat duduk hadapan yang boleh dilaras menggunakan tenaga elektrik, hadir dengan
fungsi memori pemandu.
Akses kenderaan tanpa kunci serta pintu but yang boleh dibuka secara elektrik juga
menawarkan kemudahan buat para pemilik jentera SAV baharu ini. Enam beg udara
dan dua sambungan tempat duduk ISOFIX juga disediakan untuk membekalkan tahap
keselamatan yang tinggi buat pemandu dan penumpang.
Penawaran warna bagi BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport merangkumi Alpine
White, Carbon Black, Glacier Silver dan Phytonic Blue. Upholsteri bermaterialkan kulit
‘Vernasca’ ditawarkan dalam warna hitam dengan sulaman kontras biru.
BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport akan disediakan di semua premis wakil
pengedar BMW di seluruh negara pada 27 September (Sabah dan Sarawak – 2
Oktober).
Program pembiayaan dinamik ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, membolehkan BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport terbaharu dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,758.00 (berdasarkan anggaran
pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pemilik jentera BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport terbaharu ini juga dapat
merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia
yang meliputi:
Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta
Program Servis Berjadual Percuma
Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk
penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card
Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group
Malaysia bagi Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun, Program Servis
Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW X3 xDrive30i
terbaharu dengan Pakej M Sport ialah:
BMW X3 xDrive30i Terbaharu RM 313,800.00
Pakej M Sport Tambahan RM 15,000.00
No comments:
Post a Comment