Strategi PROTON melancarkan lima model baharu dalam tempoh lapan bulan membuahkan hasil apabila Syarikat berjaya meraih lima anugerah di majlis makan malam Gala Anugerah Pilihan Editor CarSifu kali keempat. Proton X70, yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 dan merupakan SUV pertama PROTON, dinobatkan sebagai SUV/Crossover Saiz Besar (dua barisan tempat duduk) dan turut menerima satu lagi anugerah iaitu sebagai Kereta Terbaik Malaysia 2019.
Model lain yang turut membawa pulang anugerah adalah Proton Exora untuk kategori Best Family Ride (RM50,000 sehingga RM100,000, tiga barisan tempat duduk), Proton Iriz untuk Best Compact Hatch (bawah RM70,000) dan Proton Saga untuk Best Compact Sedan (bawah RM70,000).
Kesemua model yang dipilih sebagai pemenang adalah daripada varian Premium, yang lengkapkan dengan unit infotainmen pintar dengan pengecaman suara untuk akses ke aplikasi navigasi, muzik dan ramalan cuaca. Ciri-ciri ini dikatakan menjadi tarikan utama dalam kalangan pembeli. Proton Saga terbaharu turut dilengkapi skrin sesentuh 7-inci terapung dalam varian Premiumnya yang turut menyediakan fungsi pencerminan untuk telefon bimbit Android yang membenarkan akses ke aplikasi
kegemaran pengguna.
Faktor-faktor lain yang turut diambil kira oleh barisan juri CarSifu ialah reka bentuk baharu PROTON serta ciri-ciri keselamatan sedia ada dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Pengalaman pemanduannya yang baik dengan kombinasi sistem keselamatan pasif dan aktif yang komprehensif pada setiap model, membolehkan PROTON memperoleh reputasi dalam menghasilkan kereta yang mengutamakan keselamatan penumpangnya.
.
"PROTON berterima kasih kepada barisan editor CarSifu di atas anugerah yang diterima ini. Ini dapat membuktikan bahawa strategi produk dan penjenamaan Syarikat berada di landasan yang betul, jadi anugerah yang diterima ini memberikan kepuasan kepada semua di dalam Syarikat. Penerimaan ini juga akan mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras agar kami dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Malaysia serta di pasaran eksport," kata Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan dan Pemasaran PROTON, yang menerima anugerah di majlis makan malam gala itu. Untuk maklumat lanjut mengenai PROTON dan model-model keluaran Syarikat, sila layari: www.proton.com.
-
No comments:
Post a Comment