Proton tawar tunai untuk rebat GST

PROTON telah mengumumkan pada 17 Mei lepas bahawa mereka akan menawarkan baucar servis yang mempunyai nilai sama dengan perbezaan antara harga pembelian kereta sebelum dan selepas GST bagi semua pelanggannya.

Manun begitu, semalam Proton telah meningkatkan lagi nilai tawaran mereka dengan menawarkan pilihan di antara baucar  servis atau rebat tunai dengan jumlah nilai yang sama. Tawaran ini sah untuk semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018 dan ianya merupakan tambahan bagi promosi jualan yang lain.

"Kini tidak ada sebab untuk menunggu hingga 1 Jun 2018 bagi membeli Proton baharu kerana kami telah memberikan penjimatan lebih awal," kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran PROTON.

No comments: