Ganjaran Sambut Ramadhan dari Honda


Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan akan menyerap GST 6% dan pelanggan juga berhak menerima bonus "Ganjaran Selamat Datang Ramadhan" bagi pembelian model Honda terpilih dalam tempoh 18 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018 iaitu City (Variasi Petrol), Civic, CR-V dan HR-V.
Ianya bersempena pengumuman oleh Kerajaan Malaysia bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang kini ditetapkan pada 6%, akan berkadar sifar berkuat kuasa 1 Jun 2018. Namun Honda Malaysia mengambil inisiatif untuk menyokong pelanggan yang merancang untuk membeli kenderaan mereka sebelum sambutan Hari Raya melalui ganjaran Bonus GST ini.
Model Honda yang lain iaitu Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid dan City Hybrid tidak akan mendapat Bonus GST tetapi masih layak untuk ganjaran "Selamat Datang Ramadhan".

Honda Malaysia akan mengumumkan harga kenderaannya yang baru sempena Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 kelak.

No comments: