Mohd
Zaqhwan Zaidi cukup teruja dan tidak sabar untuk kembali beraksi dalam
saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan
berlangsung di Litar Suzuka, hujung minggu ini.
Pelumba
Musashi Boon Siew Honda Racing berusia 23 tahun itu sebelum ini tidak
beraksi pada pusingan kedua di Australia, April lepas bagi memberi
sepenuh tumpuan terhadap perlumbaan JSB1000 di Kejuaraan Seluruh Jepun
MFJ.
"Saya
tidak sabar untuk beraksi minggu ini bersama keluarga besar ARRC. Pada
masa sama saya bangga dengan prestasi yang ditunjukkan pelumba rookie
pasukan kami, Azroy Hakeem Anuar. Saya gembira dia berjaya menamatkan
perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik meskipun bermula dari barisan
belakang," jelas Zaqhwan yang kini jatuh ke tangga ke-15 keseluruhan.
Tambah juara keseluruhan 2014 dan 2016 itu lagi, "Pengalaman
beraksi dalam saingan di Jepun akan digunakan sebaiknya minggu ini.
Baru bulan lepas saya beraksi di Suzuka, jadi ia memberi kelebihan untuk
saya lebih memahami litar. Pengalaman menggunakan jentera 1000cc yang
lebih laju dan berat juga daat meningkatkan penguasaan saya bersama
jentera 600cc."
No comments:
Post a Comment