Jazeman naik podium dalam penampilan sulung di Asia Le Mans

Pemandu perlumbaan terkemuka Malaysia Jazeman Jaafar, telah mempamerkan persembahan hebat untuk tamat di tempat ketiga pada perlumbaan Siri Le Mans hujung minggu lepas di Fuji, Jepun.

Jazeman dijemput untuk memandu dengan David Cheng di dalam kereta nombor 7  Jackie Chan DC Racing x Jota Sport Oreca 05 Nissan LMP2. Ia merupakan kali pertama beliau memandu kereta perlumbaan kategori ini dan pengalaman pertamanya di litar Fuji. Dengan hanya sesi latihan untuk mengenalo litar dan membiasakan dirinya dengan kereta tersebut, Jazeman membuktikan bakat dan profesionalismenya dengan mempamerkan pemanduan hebat.
Hujung minggu tersebut bermula dengan dua sesi latihan untuk Jazeman. Pelumba muda Malaysia  ini berkongsi masa memandu dengan rakan sepasukannya. Sesi kelayakan seterusnya dalam cuaca sejuk menyukarkan mereka untuk memanaskan tayar. Ia merupakan satu usaha sukar untuk meningkatkan rentak dalam sesi sesingkat 15 minit itu. Jazeman terus mendesak dan berjaya mencatat masa ketiga terpantas dalam penyertaan pertamanya dalam Siri ini.

Perlumbaan empat jam tersebut bermula dengan David mengetuai kereta #7 tersebut dan dia bertukar tukr kedudukan dalam kumpulan depan sebaik bendera hijau dikiabarkan. David susut beberapa tempat pada jam pertama dalam perlumbaan yang sengit tersebut. Dia meneruskan pemanduan untuk sesi kedua sebelum menyerahkan tugasan seterusnya kepada Jazeman. Jazeman kemudiannya merekodkan bebrapa pusingan pantas dengan tayar baharu dan memanjat semula kedudukan, dan selepas menyudahi dua sesi pemanduan dan memandu sebanyak masa maksimum yang dibenarkan bagi pemandu kategori Emas, dia memasuki pit dalam kedudukan tempat ketiga untuk pertukaran pemandu terakhir, dan David membawa pulang kereta #7 tersebut ke bendera penamat dalam kedudukan ketiga yang sama.
"Saya menikmati hujung minggu yang hebat dengan David Cheung dan Jackie Chan DC Racing. Seluruh pasukan sangat berkerjasama dan menjadikannya sangat mudah untuk saya selesa dengan kereta secepatnya. Saya sangat suka berkongsi kereta #7 dengan David dan membantu mendapatkan podium. Saya berasa sangat gembira untuk berlumba lagi, dan ia nya satu perasaan yang hebat untuk berada di litar, terutamanya dengan kereta LMP2 yang hebat," ulas jazeman selepas perumbaan tersebut.

"Perancangan kini ialah untuk meneruskan penyertaan  dengan pasukan Jackie Chan DC Racing untuk baki kejohanan itu, jadi ia nya berita baik untuk saya dan saya sudah bersedia untuk ke pusingan seterusnya di Thailand awal tahun depan.

Siri Le Mans Asia merupakan siri perlumbaan ketahanan untuk kereta prototaip dan kelas GT di Asia. Siri ini menawarkan satu satunya laluan langsung ke Kejohanan Dunia untuk kereta Prototaip dan kereta perlumbaan GT bagi menyertai perlumbaan ketahanan yang paling penting di dunia iaitu perlumbaan 24 Jam Le Mans.

No comments: