Showing posts with label Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd. Show all posts

Baucar BHPetrol RM5 dengan pembelian U Mobile

Mulai sekarang hingga 31hb Mac 2018, pelanggan yang membeli Paket Sim Prabayar Tanpa Had U Mobile dan menambah nilai sekurang-kurangnya RM10 akan menerima baucar RM5 BHPetrol secara percuma!

Promosi ini sah untuk pelanggan berusia 18 tahun ke atas, dan boleh didapati di mana-mana stesen perkhidmatan BHPetrol yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Baucar RM5 BHPetrol* tersebut boleh ditebus dengan memberikan resit berikut di kaunter bayaran stesen perkhidmatan:
1) Resit pembelian Pek SIM prabayar U Unlimited Kuasa
2) RM10 (atau lebih) resit pembelian tambahnilai U Mobile Reload

"Kerjasama pertama kami dengan U Mobile pada Julai 2017 berjaya kerana kami menerima maklum balas positif dan ramai pelanggan yang kembali. Kami mahu meneruskan kerjasama ini dengan U Mobile untuk memastikan para pelanggan terus menikmati persembahan hebat ketika mereka melawat stesen servis BHPetrol, "kata Pengurus Pemasaran Runcit Senior BHPetrol, Baba Tan, ketika promosi itu dirasmikan baru-baru ini di The Royale Chulan Damansara Hotel dengan Ketua Saluran Alternatif U Mobile, Peter Tang.

* Baucar RM5BHPetrol boleh digunakan untuk sebarang barangan yang dijual di BHPetromart kecuali perkhidmatan ePay, tambah nilai TouchNGo, petrol dan bahanapi diesel. Untuk maklumat lanjut, layari www.bhpetrol.com.my

Pemenang Peraduan BHPetrol diumum

 Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengumumkan pemenang peraduan promosi 'BHPetrol Touch' n Go Reload dan Win' di The Royale Chulan The Curve, Selangor semalam.

Promosi yang berlangsung dari 30hb Ogos hingga 30hb September 2017 di stesen perkhidmatan BHPetrol dengan kemudahan isian semula Touch 'n Go. sejumlah 44 pemenang dengan 10 pemenang membawa pulang hadiah utama hadiah termasuk petrol percuma untuk bekalan satu tahun bernilai RM3,600, kad Touch 'n Go bernilai tambah nilai RM1000, serta jam tangan pintar SmartTAG dan Touch' n Go'TimeTraveller. Sementara itu, 34 pemenang lain turut menikmati hadiah ganjaran yang terdiri daripada jam tangan pintar Touch 'n Go' TimeTraveller'.

'TimeTraveller’ adalah jam tangan dengan fungsi kad pra-bayar pertama di Malaysia yang mempunyai ciri Touch ‘n Go dengan kemudahan reload dan pembayaran. 

Dalam tempoh promosi, setiap kad Touch 'n Go dimuat semula dengan nilai minima RM50 yang menerima e-baucar BHPetrol RM3 percuma untuk setiap transaksi. E-baucer boleh ditebus dengan pembelian minimum RM20  petrol Infiniti dan pelanggan secara automatik berhak untuk menyertai peraduan.

'Inilah kali pertama kami mengadakan promosi bersama Touch' n Go dan sambutan yang diterima sangat baik. Tawaran menarik kami berjaya menarik ramai pelanggan baru serta pelanggan setia kami untuk menambah nilai dan mengisi minyad di BHPetrol. Kami harap hadiah-hadiah itu akan berguna kepada pemenang dalam keperluan perjalanan harian mereka," kata Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol, Encik Baba Tan.

Hadiah juga disampaikan oleh Ketua Unit Perniagaan Reload Touch 'n Go, Norafinas Raja Din dan Ketua Korporat & Strategik Perkongsian Touch 'n Go Sdn Bhd Cik Jenelle Koh.

Pemenang Syiling Emas Merdeka BhPetrol diraikan


Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah meraikan para pemenang kempen Syiling Emas Merdeka yang diadakan baru-baru ini bersempena perayaan 60 tahun Merdeka pada tahun ini. 60 orang pelanggan BhPetrol bertuah telah menerima hadiah kemenangan mereka iaitu syiling emas tulen seberat 20g edisi terhad BHPetrol Malaysia 60th Merdeka Gold Coins dengan jumlah terkumpul bernilai RM250,000.

Promosi itu telah diadakan untuk menandakan sambutan perayaan BHPetrol dalam memperingati pencapaian tahun ke-60 kemerdekaan negara. BhPetrol memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka dengan BHPetrol Gold Edition Edisi Terhad yang direka khas untuk menghargai sokongan para pelanggan mereka.
Penyampaian syiling emas tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, En KT Tan yang diiringi Pengurus Besar Perbekalan, Peruncitan dan Bekalan Kerajaan, En Azizul Azily Ahmad.