Showing posts with label 135LC. Show all posts
Showing posts with label 135LC. Show all posts

Yamaha 135LCFi eksklusif untuk Malaysia


Hong Leong Yamaha Motor hari ini telah melancarkan Yamaha 135LC FI baharu yang merupakan motosikal Klac Auto 135cc paling berkuasa, eksklusif untuk pasaran Malaysia.

 Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Dato’ Dr Jim Khor berkata model baharu itu pastinya mampu mengatasi keperluan peminat motosikal di Malaysia. “Model ini telah direka dan dibangunkan untuk memenuhi keperluan majoriti penunggang Malaysia sebagai motosikal harian mereka, tetapi juga terbukti menjadi kuasa besar di jalan raya.”

Yamaha 135LC FI ini didatangkan enjin suntikan bahanapi 135cc EU4 yang baharu dengan klac auto, dengan prestasi yang dipertingkatkan untuk pecutan lancar.  Penunggang juga boleh menikmati keseronokan menunggang yang lebih baik dan tunggangan yang lebih lancar berbekalkan kerangka badan lebih ringan yang direka bentuk semula dengan ciri aerodinamiknya dipertingkatkan.  Bagi meningkatkan ciri keselamatannya, model ini kini dilengkapi dengan brek cakera belakang dengan lengan ayun yang direka bentuk baru.


 

Yamaha 135LC FI kini kelihatan lebih lasak bergaya dengan Lampu Depan LED, Lampu Posisi dan Lampu Belakang LED baharu.  

Model itu kini turut hadir dengan Speedometer Digital baharu yang memberikan lebih banyak tunggangan maklumat berbanding pendahulunya, sambil menampilkan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 4.6L untuk membolehkan penunggang mempunyai peningkatan jarak tempuh menunggang pada setiap tangki penuh.

 Yamaha 135LC FI baharu ditampilkan dalam 4 (empat) warna bergaya: Sian Crystal Cyan, Hitam Midnight Star, Merah Ruby Red, dan Kelabu Desert Storm Edisi Khas (SE).





 Edisi Khas SE disertakan bersama Bakul Premium Yamaha yang direka khas, dibangunkan secara eksklusif untuk penunggang Malaysia, dengan bahagian buka dan tutup untuk melindungi barangan peribadi daripada basah pada hari hujan, selain mempunyai alur keluar pengecas USB untuk mengecas peranti elektronik penunggang.


Yamaha 135LC FI baharu akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 14 Mac, 2022 ini dengan harga runcit yang disyorkan RM 7,798.00 untuk warna standard dan RM 8,198 bagi model Edisi Khas, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.  Di samping itu, setiap pemilik baru daripada model Yamaha 135LC FI akan menerima kunci cakera keselamatan dengan pembelian mereka.

Yamaha 135LC warna baharu 2017

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) mengumumkan warna baru dan grafik bagi Yamaha 135LC yang merupakan motosikal mereka yang mengungguli jualan dalam segmen moped 4-lejang

Reka bentuk warna dan grafik baharu ini bertujuan untuk membawa keterujaan baharu dengan penampilan menawan & sporti.

Warna baharu ini didatangkan dalam empat pilihan berbeza iaitu Biru, Merah, Hitam dan Perak.

Harga jualan asas yang disyorkan termasuk GST = RM 7,167.72 (tanpa cukai jalan, nombor plat & insurans)
































Öhlins untuk 135LC



Gantungan atau suspensi asal direka untuk digunakan pada jalan raya "normal". Jika anda ingin menunggang motosikal anda lebih dari kegunaan biasa atau perlu membawa bebanan lebih berat daripada yang telah direka bagi motosikal anda, besar kemungkinan bahawa gantungan asal motosikal anda  mungkin tidak mampu untuk mengendalikan tugasan tersebut. Ia berkemungkinan melibatkan bagasi yang berat untuk pelancongan atau balik kampung, mahupun bagi kegunaan hari trek atau perlumbaan, atau sekadar anda kurang menggemari cara suspeni asal anda bertindakbalas dalam cara yang tidak anda ingini sewaktu penunggangan harian.

Di masa kini, anda mempunyai pelbagai pilihan penyerap kejutan yang ditawarkan dalam pasaran. Terdapat pelbagai jenama dan model penyerap kejutan yang mampu memberikan prestasi yang anda inginkan baik bagi penambah-baikan tunggangan harian motosikal anda mahupun untuk kegunaan perlumbaan, dalam bentuk tiub tunggal mahupun penyerap kejutan dengan teknologi omboh dan tiub berkembar.

Öhlins atau Öhlins Racing AB merupakan pengeluar sistem suspensi berprestasi tinggi untuk kegunaan automotif, motosikal, kereta salji, dan juga ATV. Ia telah diasaskan di Upplands Väsby, utara Stockholm, Sweden. Syarikat itu juga menghasilkan jenis-jenis komponen motosikal, termasuk peredam stereng (steering damper) dan sistem pacuan dua roda.

Syarikat ini ditubuhkan oleh Kenth Ohlin pada tahun 1976, dan pada tahun 1987, Yamaha Motor Company sebenarnya telah menjadi pemilik saham majoriti Öhlins Racing AB yang mengeluarkan Monoshock Belakang Öhlins, manakala Öhlins terus beroperasi sebagai sebuah syarikat bebas dalam kumpulan perniagaan tersebut. Pada bulan Disember 2007, Öhlins telah menebus 95% saham syarikat Öhlins Racing AB kembali dari Yamaha.

Öhlins mempunyai enam jabatan reka bentuk, dengan lebih daripada 50 orang jurutera, yang mana setiap daripada mereka merupakan pakar dalam bidang tertentu. Pusat Penyelidikan Öhlins di Jönköping, Sweden kini membangunkan Sistem Gantungan Kawalan Elektronik Berterusan Öhlins CES (Continuously controlled Electronic Suspension system).

Penyerap kejutan Öhlins kesemuanya menjanjikan tindak balas sensitif & reka bentuk moden.
Lewat tahun tujuh puluhan  penyerap kejutan Öhlins berkembar yang pertama telah dibangunkan dan diuji oleh Kenth Ohlin, dan dijual di pasaran. Dari situ, Öhlins telah melalui pembangunan berterusan, dan pada awalnya beroperasi hanya dalam sukan pesisir jalan (off-road) dengan jayanya, sebelum berkembang dalam bidang motosikal sports, yang kemudiannya membawa kepada pengenalan tupang kembar (forks) masa kini.

Berdasarkan tawaran model motosikal semasa, Öhlins kini menawarkan pelbagai model penyerap kejutan yang direka bagi disesuaikan dengan kehendak harga dan prestasi motosikal anda. Öhlins telah menghasilkan lebih daripada 300 model penyerap kejutan yang berbeza, di mana setiap model adalah direka khusus untuk satu motosikal tertentu. Kami telah berpeluang menguji penyerap kejutan model YA 110001 yang dikeluarkan khusus bagi Yamaha 135LC yang menjadi kegemaran ramai pengguna motosikal Malaysia.

Pemasangan adalah mudah kerana persediaan asas, reka bentuk susunan shim dan penentukuran pelarasan kesemuanya telah dibuat hasil ujian sebenar dengan model motosikal tersebut di jalan raya dan trek.

Ujian pemasangan dan tunggangan nyata telah membuktikan konsep semua produk Öhlins, yang menyediakan ketepatan kawalan ke atas daya redaman dan merupakan kunci kepada prestasi produk Öhlins. Ianya didatangkan dengan takung minyak luaran bagi simpanan minyak yang lebih banyak lantas memberikan lebih kawalan terhadap aliran minyak dan redaman ayunan. Terdapat satu punat kawalan di atas takungan tersebut bagi memudahkan anda mengawal jumlah redaman yang anda inginkan.

Penggunaan takungan minyak yang digabungkan dengan penggunaan spring yang direka khusus untuk motosikal ini menghasilkan kawalan jentera yang terasa amat berbeza dengan penyerap kejutan stok, dan membolehkan anda menangani selekoh dan juga kawalan libas-balik kiri dan kanan jentera yang terkawal dan meyakinkan, dengan redaman jentera tanpa ayunan yang mampu membuatkan anda hilang kawalan jentera. Dalam masa yang sama, maklum balas yang diberikan oleh penyerap kejutan Öhlins itu juga adalah baik kerana ia memberikan gambaran sebenar tentang apa yang sedang dihadapi dalam tunggangan anda. Ini sekaligus meningkatkan keyakinan dan meningkatkan kawalan jentera lantas menjadikan tunggangan anda lebih baik.

Öhlins YA 110001 ini ditawarkan dengan harga RM2660.00 bermula 12 Januari 2015, dan didatangkan dengan jaminan produk selama dua tahun. Sepertimana kesemua penyerap kejutan Öhlins, ianya juga boleh diservis dan ditukar alatganti, membuatkan ianya satu pelaburan jangkapanjang yang berbaloi dengan harganya. Jika anda ingin meningkatkan lagi prestasi kawalan jentera Yamaha 135LC anda, terus saja hubungi High-N dengan maklumat yang tertera di http://www.high-n.com/ atau layari www.facebook.com/OhlinsMalaysia.