Showing posts with label e-bike. Show all posts
Showing posts with label e-bike. Show all posts

GGR Motor bakal perkenal motosikal elektrik baharu

GGR Motor, jenama tempatan popular yang diinspirasikan dari filem Gila-Gila Remaja, kini masuk ke fasa baru dengan pelancaran motosikal elektrik (EV) terbaru mereka. 

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada inisiatif “Go Green Revolution”, dengan gandingan rakan strategik utama dan pengedar sah EV mereka iaitu Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH MOTOR) Sdn Bhd.

Majlis pelancarannya akan berlangsung pada 28 Jun di Saloma Bistro KL, bakal dihadiri ramai artis terkenal yang akan turun padang untuk memeriahkan acara sehari ini.

Majlis ini juga bakal diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman. Pelancaran ini merupakan satu sokongan besar kepada inovasi dan teknologi hijau yang dibangunkan oleh anak muda tempatan, terutamanya graduan dari TVET MARA, IKM Beseri dan UNIKL MFI.

Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, kata pelancaran ni adalah langkah awal untuk mendekatkan motosikal elektrik dengan rakyat Malaysia, terutama golongan muda, memandangkan EV bukan sekadar teknologi baru, tapi jadi sesuatu yang mudah digunakan dan bergaya.

“Acara ini akan bermula dari jam 9.30 pagi sampai 4.30 petang – ada pelancaran, pameran, sesi jumpa pelabur dan media. Malam hari pula kita akan ‘up’ mood dengan persembahan komuniti, test ride EV, cabutan bertuah dan aktiviti santai untuk semua peminat kenderaan elektrik,” jelasnya.

Antara selebriti yang bakal muncul di acara pelancaran nanti termasuklah Bella Astillah, Johan, Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Farid Kamil dan Cat Farish. Tambah Mussadiq lagi, kehadiran artis dalam dunia EV boleh membantu menyampaikan mesej dengan lebih kuat, luas dan sebagai impak positif pada jenama.

“Contohnya Johan – selain terkenal dalam dunia hiburan, dia juga usahawan berjaya dengan jenama makanan Itik ke Ayam?. Dia bakal jadi salah seorang rakan kolaborasi utama kami untuk buka kedai EV selepas pelancaran nanti,” katanya.

Ini semua sebahagian daripada usaha GGR Motor bagi membawa jenama mereka ke tahap lebih tinggi – bukan saja dalam Malaysia, tapi juga pasaran antarabangsa.

Untuk menambahkan lagi semangat ‘go green’, GGR Motor juga umumkan penajaan dua unit LionG1 e-bike (bernilai RM2,054 setiap satu) sebagai hadiah cabutan bertuah sempena konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025) yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Julai di Litar Antarabangsa Sepang.

Untuk makluman, dua tahun lepas Bella Astillah pernah dihadiahkan skuter elektrik daripada GGR Motor masa mereka bekerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).

“Kami bukan nak jual produk semata-mata, tapi nak ubah cara orang pandang mobiliti. Kita nak EV jadi sebahagian daripada gaya hidup harian, macam telefon atau internet,” kata Mussadiq.

“Ini cara kami untuk memberi semangat kepada komuniti dan galakkan lebih ramai orang untuk cuba gaya hidup elektrik,” kata Mussadiq.

Sebagai penutup acara, GGR Motor sudah pun memanjangkan jemputan kepada Pejabat Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan berharap agar beliau sendiri akan melancarkan motosikal elektrik baharu mereka secara rasmi.





Sur-Ron jentera elektrik tunggangan hutan

Keupayaan untuk menunggang laju untuk keseronokan dan kecergasan di luar tanpa mengganggu jiran atau perlu membawa sepanar untuk penyelenggaraan motosikal mungkin menjadikan ramai orang sebagai peminat besar motosikal enduro elektrik, terutama bagi orang yang memiliki tanah lapang. Jentera sebegini biasanya tidak murah, malah sebenarnya sering berharga agak sama dengan jentera berenjin petrol dengan prestasi yang sama.

Dan inilah yang membuatkan Siklus Luna sebagai pilihan yang menarik. Secara amnya Luna mengeluarkan jentera jalanan dan atau luar-jalan dari China, dan Sur-Ron pasti lebih banyak ciri e-basikal daripada motosikal biasa dan pakej kecil ini cantik juga kelihatannya.

Seberat hanya 110 lb (49 kg), Sur-Ron mempunyai motor berkelajuan 6-kW (8 hp), berpaksi-fluks, dan Luna berkata ia akan menggandakan kuasa itu tidak lama lagi dengan pengawal gelombang sinus FOV sebagai pilihan naik taraf. Tork di roda belakang dikatakan 200 Nm (147.5 lb-ft) melalui penggunaan pengurangan gear dua peringkat dari motor 25-Nm (18.4-lb-ft) itu sendiri dan ia adalah sebuah jentera satu kelajuan yakni tiada peralihan gear. Jentera standard akan mampu bersaing dengan motosikal sekitar 100cc, namun yang jelasnya ia akan mampu melakukan wheelie dengan mudah!
Baterinya merupakan jenis pek boleh tanggal yang boleh dikunci yang terdiri daripada 176 sel Panasonic 18650 untuk kapasiti 33 Ah pada 60 volt atau hanya sedikit di bawah 2 kWj. Luna mengatakan pek ini satu pembinaan yang terbaik yang ada. Pengecasan sangat mudah, kerana seperti e-basikal, anda boleh tarik bateri keluar, bawa ke dalam dan menghubungkannya ke soket dinding rumah yang biasa.
Boleh pasang pedal untuk dikayuh
Ia mempunyai roda 19 inci, brek hidraulik empat piston dan pemacu akhir rantai. Kerangka adalah dvri jenis kekuatan tinggi, reka bentuk buaian aluminium yang ditempatkan pada hanya 7.8 kg (17.2 lb).

Jelas sekali ini bukan jentera enduro untuk kawasan desa yang cepat dan terbuka. Kelajuan tertinggi adalah sekitar 40 mph (64b km / h), jadi ia paling sesuai untuk laluan yang sempit dan trek tunggal di mana pengendalian agak sukar. Ia bukan jentera jalanan yang sah, tetapi dalam beberapa keadaan ia mampu menjadi jentera yang menyeronokkan dan hebat.

Luna Cycles menjual jentera ini di Amerika dengan harga AS$3,475 kira kira RM14,400, agak tinggi juga....