Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. mengumumkan Hadiah Duit Raya istimewa sebanyak RM400 untuk setiap pembelian model terpilih dari Honda.
Model-model itu adalah seperti berikut:
1) Fi Dream EX5
2) Wave Alpha
3) Wave Dash Fi
4) Wave 125i
5) RS150R
6) BeAT
7) PCX
8) MSX
Untuk
melayakkan diri anda menerima Duit Raya ini, anda mestilah mendaftarkan motosikal anda dengan JPJ
dari 22 Mei hinggalah 31 Mei 2018 (termasuk kedua-dua tarikh).
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi talian BSH Customer Care di talian 1800 -
88 - 3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my.
Perodua jalankan tanggungjawab sosial hingga ke Sabah
Perodua sumbangkan peralatan perubatan dan mainan
Satu pasukan sukarelawan Perodua telah mengadakan lawatan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah pada hari Jumaat 18 Mei lepas untuk memberikan hadiah kepada pesakit kanak-kanak serta kelengkapan dan bekalan untuk hospital itu. Acara ini merupakan sebahagian dari sambutan musim Kaamatan dan untuk menyambut bulan Ramadhan.
Peralatan dan bekalan yang disumbangkan oleh Perodua terdiri daripada dua set Miller 3 pisau laryngoscope lurus dengan pemegang, bernilai RM1,800 setiap satu, dan 40 bantal bersarung PVC.
"Kami ingin mengiktiraf dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah yang berkhidmat kepada rakyat ketika orang lain sedang bercuti perayaan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Perodua dan Lego Malaysia juga mengukir senyuman pada kira-kira 250 pesakit kanak-kanak dengan memberi mereka hadiah permainan. Setiap orang diberikan set mainan yang melekakan bersama dengan barang-barang lain oleh sukarelawan Perodua.
"Perodua mengambil kesempatan ini untuk mengharapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua yang merayakannya. Semoga perayaan ini membawa kita semua lebih rapat, dan kita berharap untuk menuai hasil yang sama tahun depan," kata Datuk (Dr) Aminar.
Di Semenanjung Malaysia pula, Perodua sekali lagi mengunjungi Shan Children's Home di Perai, Pulau Pinang dengan sekumpulan 10 sukarelawan dari Pulau Pinang dan Kedah.
Pembuat kereta tempatan itu melawat Shan Children's Home pada malam ambang Deepavali, untuk menyumbang lebih RM20,000 dalam bentuk barang dan wang tunai dan mengumumkan komitmennya untuk program Tanggungjawab Korporat selama tiga tahun dengan rumah amal tersebut.
Kali ini, Perodua mengatur kelas membuat roti yang menyeronokkan dan berpendidikan untuk 19 kanak kanak di rumah itu. Para sukarelawan juga membantu kerja pembersihan tahunan dan menyampaikan mainan lembut kepada anak-anak di sana.
"Terdapat banyak cara untuk membantu kanak-kanak ini. Bantuan barangan dan kewangan dialu-alukan, tetapi kedua duanya akan habis dan dilupakan. Dengan melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pendidikan seperti ini, kami berharap dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada mereka sepanjang hayat mereka," kata Datuk (Dr) Aminar.

Harga Mitsubishi turun
Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pengurangan harga selanjutnya ke atas promosi Raya yang sedang berlangsung untuk kenderaan Mitsubishi berkuat kuasa 1 Jun 2018.
Harga kenderaan baru ini diselaraskan mengikut pengumuman Kerajaan Malaysia baru-baru ini bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar.
Sila rujuk jadual di bawah untuk harga akhir semua kenderaan Mitsubishi selepas GST ditetapkan pada 0% mulai dari 1 Jun 2018 dan seterusnya.

Model
|
Variant
|
Harga kini(RM)
(dgn GST 6%)
hingga 31 May 2018
|
GST sifar (RM)
dari 1 June 2018
|
Raya Bonus (RM)
|
Harga Akhir (RM)
dari 1 June 2018
|
Waranti
|
Triton
|
Triton
Athlete
|
126,990
|
119,866
|
4,000
|
115,866
|
semua model Triton kecuali
Quest: waranti 5 tahun atau 200,000 km
Triton Quest: waranti 5 tahun atau
100,000km
|
Triton VGT
Adventure X
|
126,990
|
119,866
|
4,000
|
115,866
|
||
Triton VGT
AT Premium
|
116,300
|
109,782
|
12,000
|
97,782
|
||
Triton VGT
AT GL
|
103,800
|
97,989
|
4,000
|
93,989
|
||
Triton VGT
MT
|
107,600
|
101,574
|
4,000
|
97,574
|
||
Triton MT
|
93,920
|
88,670
|
8,000
|
80,670
|
||
Triton
Quest
|
77,390
|
73,076
|
8,000
|
65,076
|
||
Outlander
|
2.4L
|
154,988
|
146,276
|
4,000
|
142,276
|
waranti 5 tahun tanpa had perbatuan
|
2.0L
|
139,988
|
132,109
|
4,000
|
128,109
|
||
ASX
|
2WD
|
119,100
|
112,400
|
8,000
|
104,400
|
|
4WD
|
134,300
|
126,739
|
8,000
|
118,739
|
Masa terbaik untuk membeli Haval!
Go Auto Group of Companies mengalu-alukan pengumuman kerajaan yang dibuat pada 16 Mei berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar bermula pada 1 Jun 2018. Turutan ini Go Auto Sales Sdn Bhd iaitu HAVAL Malaysia telah memutuskan untuk menawarkan Promosi "kepada pelanggannya "Sekarang atau Tidak, dengan sifar GST".
Promosi ini bermula sekarang hingga 30 Jun 2018 menawarkan pelanggan HAVAL yang baru dan sedia ada dengan penjimatan berjumlah sehingga RM9,500 yang turut termasuk rebat sehingga RM3,000, duit raya sehingga RM1,200 dan baucar petrol bernilai RM300 tambahan kepada tawaran sifar. Selain dari promosi semasa, Syarikat merancang untuk mengadakan pameran bergerak di seluruh negara sebahagian Kempen Reimagine yang sedang berlangsung di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian ketika lebih hampir dengan tarikh acara tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk semula kempen kempen HAVAL http://reimagine.haval.my/.

#55 Pescao tamat keduabelas di GP Le Mans
Hafizh Syahrin muncul dengan prestasi yang mengagumkan di pusingan halaman sendiri bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 semalam. Bermula dengan berhati-hati, pendatang baru MotoGP berjaya menamatkan perlumbaan 27 pusingan, menunggang mengatasi para pelumba berpengalaman dengan mengagumkan untuk melintasi bendera penamat di kedudukan ke-12 dan memenangi persaingan melawan rakan rookienya Franco Morbidelli."Ketika perlumbaan saya berasa sangat baik, tetapi malang sekali saya bermula kurang baik dan kemudian saya berada di belakang kumpulan yang perlahan, saya terpaksa lolos melalui pelumba lain satu demi satu. Saya tahu bahawa rentak saya sangat baik dan saya fikir saya boleh berada di dalam kumpulan 10 teratas, tetapi sukar untuk memintas di litar ini dan anda juga perlu berani untuk melakukannya di selekoh pertama. Saya mencuba beberapa kali tetapi pada akhirnya, saya ketinggalan dari kumpulan yang lebih cepat di hadapan. Di Mugello kelak saya harap saya dapat memberikan yang terbaik sekali lagi, saya cuba untuk terus fokus dan bekerja keras, dan menumpukan keadaan fizikal saya dan cara menunggang saya. "
Wira tempatan Johann Zarco memulakan perlumbaan dengan luar biasa, menunggang dalam kumpulan terpantas dari peringkat awal dan bertekad untuk meraikan kemenangan sulung kelas perdana pertamanya di hadapan kerumunan peminat halaman sendiri yang bersorak untuknya. Semasa bertarung untuk mendahului, malangnya pelumba Perancis itu tejatuh pada pusingan kelapan dan kini perlu menunggu pusingan seterusnya dalam masa dua minggu di Mugello, Itali, untuk cuba menjadikan impiannya itu menjadi kenyataan.Hafizh Syahrin
Kedudukan: Ke-12 - Kejuaraan: 17 - Mata keeluruhan: 13
Subscribe to:
Posts (Atom)