Showing posts with label HAVAL Rocks The Town Tour. Show all posts
Showing posts with label HAVAL Rocks The Town Tour. Show all posts

Masa terbaik untuk membeli Haval!

Go Auto Group of Companies mengalu-alukan pengumuman kerajaan yang dibuat pada 16 Mei berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar bermula pada 1 Jun 2018. Turutan ini Go Auto Sales Sdn Bhd iaitu HAVAL Malaysia telah memutuskan untuk menawarkan Promosi "kepada pelanggannya "Sekarang atau Tidak, dengan sifar GST".

Promosi ini bermula sekarang hingga 30 Jun 2018 menawarkan pelanggan HAVAL yang baru dan sedia ada dengan penjimatan berjumlah sehingga RM9,500 yang turut termasuk rebat sehingga RM3,000, duit raya sehingga RM1,200 dan baucar petrol bernilai RM300 tambahan kepada tawaran sifar. Selain dari promosi semasa, Syarikat merancang untuk mengadakan pameran bergerak di seluruh negara sebahagian Kempen Reimagine yang sedang berlangsung di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian ketika lebih hampir dengan tarikh acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk semula kempen kempen HAVAL http://reimagine.haval.my/.

Satu lagi pusat pengedar Haval dibuka di JB

Pengedar eksklusif kenderaan UV Haval SUV di Malaysia iaitu Go Auto Sales Sdn Bhd telah melancarkan pusat pengedaran HAVAL Malaysia di Skudai, Johor Bahru, Johor .

Pusat pengedaran baharu ini diuruskan oleh pengedar sah mereka di Johor iaitu Ang Trading dan Motor Credit Sdn Bhd ini terletak di Taman Perindustrian Ringan Pulai, Johor Bahru dan akan menyediakan akses mudah kepada pelanggan HAVAL yang tinggal di sekitar kawasan Skudai dan Johor Bahru.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal yang hadir di majlis pelancaran pusat ini berkata, "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Ang Trading and Motor Credit kerana menjadi sebahagian daripada keluarga HAVAL yang semakin berkembang dan berharap mereka berjaya dalam bidang jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan. Syarikat kami berterusan mencapai matlamat utama untuk sentiasa memperbaiki kualiti dan meningkatkan kepuasan pelanggan. "
"Pengedar baharu ini merupakan wakil yang ketujuh di Selatan Malaysia dan empat darinya di Johor. Secara keseluruhan Syarikat kini mempunyai 24 pengedar di seluruh negara. Kedua-dua model semasa kami diiktiraf sebagai EEV (Tenaga Cekap Tenaga) yang mana H1 datang dengan jaminan pengeluar tanpa had perbatuan selama tujuh tahun manakala H2 dilengkapi dengan jaminan 5 tahun atau 150,000 km, yang mana lebih awal," tambah Dato' Azli.

HAVAL Malaysia kini menawarkan penjimatan dan insurans percuma sehingga RM3000 kepada pelanggan baru dan pemilik Haval semasa yang berminat untuk membeli SUV baru dengan. Selain dari promosi semasa, Syarikat juga merancang untuk mengadakan jerayaara atau pameran bergerak di seluruh negara di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian.

"Dalam kata lain, kami berada di tengah-tengah Kempen Reimagine kami di mana jerayaara HAVAL Rocks The Town Tour akan melawat bandar-bandar utama di Malaysia dan saya menggalakkan semua orang untuk terus mengemaskini lokasi acara kami di laman facebook kami atau melalui laman mikro kami, untuk melihat SUV kami dan turut serta dalam aktiviti kami," tambah Dato 'Azli.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://reimagine.haval.my/. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau email mereka di customercare@goauto.com.my. Anda juga boleh melayari www.haval.my atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.


Jerayawara HAVAL Rocks The Town bermula!

Pengedar eksklusif untuk SUV Haval di Malaysia iaitu Go Auto Sales Sdn Bhd telah melancarkan siri jerayawara 'HAVAL Rocks The Town' Tour, Bahagian Tengah di AEON Mall, Shah Alam, semalam. Acara ini diadakan sebagai sebahagian daripada Kempen REIMAGINE HAVAL baru-baru ini.

HAVAL Rocks The Town tour merupakan salah satu cara kami untuk menempatkan jenama HAVAL agar lebih dekat dengan rakyat Malaysia. HAVAL Malaysia akan mempamerkan model SUVnya selain pelbagai aktiviti yang dirancang untuk semua peringkat umur.

Pameran jerayawara 'HAVAL Rocks The Town' di Shah Alam, telah menyaksikan penampilan istimewa oleh selebriti tempatan, Aedy Ashraf - yang merupakan Duta Media Sosial model Haval H1 yang baru dilantik, dan juga Duta Model Haval H2 iaitu Rozita Che Wan.
"Kempen REIMAGINE kami ini bermula dengan HAVAL Rocks The Town Tour hujung minggu lalu di mana krew kami, yang digelar Haval Hollerz bersiar sekitar Kuala Lumpur dan mengadakan aktiviti yang menyeronokkan dengan orang ramai melalui pertandingan karaoke dalam H2 kami dan pada masa yang sama mereka akan menjadi boleh meneliti kedua-dua model H1 dan H2 kami ini secara lebih dekat. Dengan cara ini, kami membawa SUV kami kepada anda dan berharap bahawa mana-mana pelanggan yang berpotensi akan mampu membayangkan kereta impian mereka," kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal.


Selain itu, aktiviti HAVAL Rocks Fun termasuklah pertandingan foto Catch the Haval Hollerz, pertandingan karaoke Haval Carocks di mana anda boleh  mengambil bahagian dengan memuat naik video di Instragram dan Facebook dan mereka yang paling banyak meraih sukaan atau likes akan menjadi pemenang bulanan, Haval Movez iaitu pertandingan tarian yang terbuka untuk semua peminat tari dan terbuka kepada peserta berkumpulan ataupun persembahan solo yang akan diadakan di pusat membeli-belah jerayawara HAVAL. Para peserta akan berpeluang memenangi hadah tunai sebanyak RM500 di lapan pusingan awal dan hadiah wang tunai RM4,000 menanti mereka di Final Dance Off.

Di samping itu, semasa pameran jerayawara HAVAL ini juga, aktiviti tambahan seperti Peraduan Mewarna Haval Kidz, Pertandingan foto dengan SUV Haval, dan kehadiran badut turut disediakan untuk menarik orang ramai.
"Kami terja dengan perlaksanaan kempen ini dan menjemput semua orang untuk mendapatkan maklumat terkini lokasi kami di laman facebook kami atau melalui laman mikro kami, untuk melihat SUV kami dan mengambil bahagian dalam aktiviti kami. Sekali lagi, matlamat HAVAL adalah untuk mewujudkan kesedaran supaya rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memiliki SUV pada harga yang kompetitif terutama dengan promosi yang sedang berjalan yang kami tawarkan. Melalui tawaran ini, saya yakin rangkaian SUV kami pasti dapat memenuhi keperluan pelanggan," tambah Dato' Azli.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk semula kempen kempen HAVAL http://reimagine.haval.my/. Anda juga boleh menghubungi Penjagaan Pelanggan di 03-5569 7332 atau email kami di customercare@goauto.com.my. Lawati www.haval.my atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.