Nissan sertai Star Wars?

Minat Nissan, dan juga Star Wars?  
Nissan telah mempamerkan kereta kereta mereka di LA Auto Show baru baru ini dalam konsep fantasi Star Wars. Kenderaan Star Wars Nissan membuat penampilan sulung di LA menjelang perasmian Star Wars: The Last Jedi yang lepas.
Nissan menjadi "penyangak" dengan konsep Rogue Sport A-Wing Star Wars 2018
 



TIE Fighter Nissan Altima untuk Pasukan Khas




2018 Nissan Rogue Poe Dameron X-wing dengan BB-8



2018 Nissan Maxima Kylo Ren TIE Silencer
Nissan Rogue Poe Dameron X-wing dengan BB-8 mungkin kegemaran kami dalam kumpulan armada Nissan Star Wars

2018 Nissan Maxima Kylo Ren TIE Silencer








Yamaha Motor sertai UNGC

Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia telah menyertai pakatan UN Global Compact yang dipromosikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UNGC merupakan inisiatif sukarela di mana syarikat dan organisasi yang mengambil bahagian mewujudkan rangka kerja global untuk merealisasikan pertumbuhan yang mampan dengan bertindak sebagai ahli masyarakat yang baik melalui paparan kepimpinan yang bertanggungjawab dan kreatif. Syarikat-syarikat dan pertubuhan yang dikehendaki dikehendaki menyokong dan melaksanakan sepuluh prinsip UNGC.

Ringkasan 10 Prinsip UNGC
Hak Asasi Manusia:

1. Menyokong hak asasi manusia
2. Tidak menggalakkan penyalahgunaan manusia
Tenaga Kerja:
3. Menyokong kebebasan berpersatuan dan tawar menawar bersama
4. Menyingkirkan buruh paksa
5. Menyingkirkan buruh kanak kanak
6. Menyingkirkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja dan pekerjaan
Persekitaran:
7. Waspada terhadap cabaran persekitaran
8. Mengambil inisiatif tanggungjawab persekitaran
9. Membangunkan dan melaksanakan teknologi mesra alam
Anti-korupsi:
10. Mengekang korupsi dalam semua bentuk termasuk peras ugut dan rasuah

Sesuai dengan Misi Korporat Yamaha yang berasaskan penciptaan Kando - iaitu bagi menawarkan kegembiraan baharu dan kehidupan yang lebih memuaskan untuk orang di seluruh dunia. Kando adalah perkataan Jepun untuk perasaan kepuasan yang mendalam dan kegembiraan yang hebat yang kita alami serentak ketika kita mengalami sesuatu yang luar biasa.

Yamaha Motor yang terlibat dalam pengeluaran pelbagai produk dan perniagaan, menganggap sumbangan kepada pembangunan masyarakat yang mampan melalui operasinya menjadi sebahagian daripada pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diformalkan sebagai "Dasar CSR" yang dikongsi bersama. Dengan menegaskan sokongannya terhadap UNGC, Yamaha Motor bermatlamat untuk mempromosikan inisiatif ke arah Matlamat Pembangunan Mapan, dan berusaha ke arah pertumbuhan korporat melalui penyelesaian isu-isu masyarakat di negara-negara dan wilayah di mana ia beroperasi. Sokongan Yamaha terhadap UNGC ini merupakan tambahan kepada mempromosikan amalan CSRnya sendiri.

Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs)
Matlamat Pembangunan Lestari dari 2016 hingga 2030 dalam Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan telah diguna pakai pada Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB dalam tahun 2015. Ia termasuk piawaian untuk mencapai 17 Matlamat Pembangunan Lestari dengan 169 sasaran yang berkaitan, yang meliputi isu-isu yang dikongsi oleh masyarakat antarabangsa.

Sah ARRC ke Australia untuk Musim 2018

Bayangkan gabungan pelumba terbaik dari Asia dan yang terbaik dari Australia betarung bersama-sama di litar bertaraf dunia yang baharu! Resipi inilah yang harus kita nantikan April 2018 depan apabila berlangsungnya Ekstravaganza motorsport Australia di The Bend Motorsports Park, Australia Selatan.

Acara berganda ARRC-ASBK ini akan menjadi acara perlumbaan motosikal antarabangsa yang pertama di The Bend. Ekstravaganza perlumbaan empat hari ini dijadualkan pada 19 hingga 22 April 2018.
Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg berkata, "Kami sangat teruja dengan kerjasama baharu antara ARRC, ASBK dan The Bend Motorsports Park ini. Kami berharap kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk manfaat industri sukan bermotor di kedua-dua wilayah Asia dan Australia."

"ARRC sentiasa berusaha untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam sukan ini," tambah Ron. Ia bukan hanya terhad kepada penaja, pasukan dan penunggang, tetapi juga melibatkan persekutuan masing-masing (seperti Motorcycling Australia), kejohanan kebangsaan (dalam kes ini Kejuaraan Superbike Australia), dan yang tak kurang pentingnya adalah pemilik litar (The Bend Motorsports Park). Kami percaya bahawa penyatuan sumber dan usaha ini akan dapat menjana lebih banyak pertumbuhan dan peluang bagi pelumba Asia dan Australia".

Kawasaki Ninja 400 mula masuki pasaran AS



Setelah diperkenalkan di Tokyo Motor Show dan di EICMA Milan, Kawasaki Ninja 400 secara rasmi telah diumumkan untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat. Kenapa kita bincangkannya di sini? Adakah ia akan memasuki pasaan tempatan? Ia sebenarnya satu kemungkinan yang amat menarik!
 Jentera pertengahan Kawasaki 399cc ini menggunakan kerangka trellis sebagai meneruskan trend yang bermula dengan Ninja H2 dan diteruskan oleh Ninja 650.
Ninja 400
  • enjin kembar selari
  • Gerek 70.0 mm dan lejang 51.8 mm
  • nisbah mampatan 11.5: 1
  • Badan pendikit 32mm
  • kotak udara 5.8 liter lebih besar
  • Corong pengambilan baru dengan ketinggian yang berbeza
  • 44.8 hp pada 10,000 rpm
  • 28.0 lb-ft. pada 8000 rpm.
  • Tupang teleskopik 41mm
  • cakera brek 310mm depan dengan angkup dwi-omboh
  • Angkup dua piston belakang dengan cakera 220mm

Harga jentera ini di Amerika bermula pada $ 4,999 (lebihkurang RM20k) untuk Kawasaki Ninja 400 model 2018,  anehnya sama harga dengan Ninja 300, begitu juga versi ABSnya juga berharga sama, pada $ 5,299). Edisi Kawasaki Racing Team dan pilihan warna edisi khas (kedua-duanya dengan ABS) juga ditawarkan oleh pengedar, masing-masing membawa berharga $ 5,499.


Bagaimana pilihan tayar jadikan saingan MotoGP lebih setara

Valentino Rossi menunggang tayar putih: Musim lalu, Michelin menawarkan tiga pilihan tayar kering licin depan dan belakang yang dicirikan oleh jalur tepi berwarna berwarna : lembut (putih), sederhana (hitam), dan keras (kuning).
Dalam perlumbaan, pasti ada sebab, bukannya kebetulan. Penunggang MotoGP kini mempunyai pilihan tiga tayar belakang dan lebih banyak pilihan untuk tayar depan.

Michelin menawarkan tidak kurang daripada sembilan varian tayar dan meningkatkan peluang kecemerlangan. Pembekal sebelumnya iaitu Bridgestone, tidak mampu mengatasi keraguan pilihan tayar. Secara teorinya, terdapat dua pilihan, tetapi dalam kebanyakan kes hanya satu yang benar-benar memberikan hasil yang diinginkan.Jika sesebuah tayar tidak berfungsi untuk jenis penunggang atau motosikal, ia secara automatik akan diketepikan untuk perlumbaan. Kini semua orang berpeluang untuk mencari satu atau beberapa kombinasi yang benar benar berfungsi untuk mereka.



Selepas 28 tahun dengan Michelin, Nicolas Goubert kini dilantik Dorna sebagai Pengarah Eksekutif Kejohanan Motosikal Elektrik, FIM Moto-e World Cup yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi.
"Dengan pilihan yang kami tawarkan kepada penunggang, kami telah memperkenalkan varian yang tidak wujud sebelum ini: strategi." kata Pengarah Teknikal Lumba Michelin, Nicolas Goubert. Jurutera Perancis itu menjelaskan bahawa format baru ini sebenarnya direka oleh pemegang hak siri perlumbaan terseut iaitu Dorna. Apabila Michelin kembali sebagai pembekal tayar bagi kejohanan dunia tersebut pada tahun 2016, mereka pada mulanya mengikut peraturan dengan menawarkan dua pilihan tayar untuk kedua-dua tayar depan dan belakang untuk setiap perlumbaan. Tetapi setelah musim berjalan, Michelin mula memberikan sedikit tambahan: satu pilihan ketiga.
Evolusi ini memuncak musim lalu kerana Michelin menawarkan tiga pilihan tayar depan dan juga belakang yang tersedia untuk penunggang di setiap Grand Prix. "Saya rasa keseronokan dan cabaran kejohanan itu wujud kerana terdapat begitu banyak pilihan," kata Goubert. "Penunggang dan pasukan mempunyai beberapa cara untuk menguasai perlumbaan. Contohnya mereka mungkin menjalankan strategi mendesak keras pada mulanya dan kemudiannya menguruskan tayar, ataupun sebaliknya. "Strategi ini sering dilihat dalam perlumbaan tahun ini. Di MotorLand Aragon, contohnya, Maverick Viñales dari Movistar Yamaha memilih kombinasi sederhana depan / keras
belakang yang diperlukan untuk menunggu beberapa pusingan untuk memanaskan tayar belakangnya sebelum melaksanakan serangan. Namun ketika tayarnya sudah cukup panas, ia nya sudah terlambat.

Perkara yang sama berlaku kepada Marc Marquez (Repsol Honda) ketika dia bertarung di bahagian depan dalam perlumbaan yang sama dengan kombinasi depan keras /
belakang keras dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha), yang menggunakan pasangan sederhana depan / belakang keras, dan Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dengan tayar depan sederhana dan belakang lembut. Tiada satu pun daripada ketiga tiga mereka yang menggunakan gabungan yang sama. Marquez terpaksa bergelut menggunakan kemahirannya bagi mengelakkan kemalangan di peringkat awal perlumbaan.
Pendekatan ini amat jelas dilihat di podium Aragon, di mana nyata bukannya kebetulan bahawa tiga pemenang teratas adalah Marquez, Dani Pedrosa (Repsol Honda), dan Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati). Marquez menang dengan kombo keras / keras yang disebutkan di atas, Pedrosa masuk 0.8 saat dengan sederhana depan /  sederhana
belakang, dan Lorenzo tiba dua saat kemudian dengan tayar sederhana depan dan belakang lembut.
Pelumba yang berlainan, tayar yang berbeza: Marc Marquez (depan keras, belakang keras), Dani Pedrosa (depan sederhana / belakang sederhana), dan Jorge Lorenzo (depan sederhana / belakang lembut) meraikan podium MotorLand Aragon.
Situasi baru yang unik ini mengakibatkan kritikan daripada penunggang dan jurutera, yang berpendapat bahawa ia nya seperti telah menjadi sesi uji tayar bukan persediaan perlumbaan. Apabila terdapat hanya dua pilihan dahulu, memang tidak ada pilihan: Anda perlu memilih atau pun membiarkannya. Sekarang terdapat tiga pilihan bagi setiap masalah dan keadaan litar.Namun hakikatnya, seiring dengan keadaan sekarang, ia tidak lagi menjadi persoalan sekadar mengilas pendikit. Menilai, menganalisa, dan memutuskan bagaimana menangani sesuatu perlumbaan kini menjadi sama penting dan pastinya merupakan kunci dalam pecutan terakhir yang menentukan gelaran, dalam musim yang dikatakan paling hampir setara saingannya dalam sejarah MotoGP. Kini kita tahu apa penyebabnya.