Sedikit berita dunia. Honda lancarkan Ace 110 khas kegunaan perniagaan di Nigeria
Honda Manufacturing (Nigeria) Ltd. telah melancarkan motosikal Ace110 yang baru pada 17 November 2017 lepas.
Ace110 mengekalkan imej Ace125 yang popular dengan pengguna perniagaan, namun dengan mengekalkan kualiti sambil mengurangkan kos pengeluaran. Ia dijual dengan harga 220,000 Nigeria Naira (NGN: kira-kira 600 Dolar AS atau RM2,300). Honda berhasrat untuk menjual 80,000 unit pada tahun pertama dan 110,000 unit pada tahun berikutnya.
Ace110 dilengkapi dengan enjin yang sama dengan CG110, iaitu enjin 110cc dengan ketahanan dan kecekapan bahan api yang terbukti. Tangki bahan api Ace110 adalah 45% lebih besar daripada CG110, bagi jarak perjalanan lebih jauh. Kepuasan dan keselesaan pelanggan telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri seperti pelana yang lebih selesa dan gantungan depan dan belakang yang sangat tahan lama.
Pasaran motosikal Nigeria adalah kira-kira 1 juta unit pada tahun 2015, tetapi disebabkan oleh tukaran mata wang asing, jatuh kepada kira-kira 500 ribu unit pada 2017. Honda percaya ekonomi Nigeria akan pulih pada tahun 2018 disebabkan peningkatan kecairan mata wang asing dan merancang untuk menjual 100 ribu unit dalam tempoh ini.
Kalendar provisional Kejuaraan Cub Prix Musim 2018
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan
menyambut ulangtahun penganjuran musim ke-25 telah mengumumkan
kalendar sementara perlumbaan untuk musim 2018.
Selepas memperkenalkan kategori baharu CP150 sebagai
perlumbaan kelas perdana pada musim ini, tiada sebarang perubahan kategori lain
dilakukan dengan Litar Tangkak, Johor akan menjadi venue pembuka musim pada 1
April diikuti negeri Melaka sebagai tuan rumah pusingan kedua pada bulan
berikutnya.
Cuti rehat pertengahan musim kejuaraan bagi menyambut
bulan Ramadhan dan Syawal akan berlangsung lebih awal, dan dijangka bermula 15 Mei sehingga 14 Jun 2018.Penggal kedua kejuaraan akan bersambung di Selangor pada 1 Julai sebelum menuju ke pantai Timur untuk Pusingan 4 dan Pusingan 5 di Pahang dan Kelantan.
Bandar Penawar, Johor yang menjadi lokasi penamat musim 2017 kekal di dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix dipilih sebagai hos pusingan ketujuh pada bulan September. Batu Kawan, Pulau Pinang muncul lokasi tunggal di Utara tanah air menjadi tuan rumah pusingan kelapan pada penghujung Oktober.
Pusingan kedua terakhir akan berlangsung di Jempol,
Negeri Sembilan pada 18 November sebelum saingan musim 2018 melabuhkan tirai di
Teluk Intan, Perak pada 16 Disember.
KALENDAR PERLUMBAAN 2018
Pusingan 1 31 Mac – 1 April Tangkak,
Johor Pusingan 2 5 – 6 Mei Melaka
Pusingan 3 30 Jun – 1 Julai Selangor
Pusingan 4 20 – 21 Julai Temerloh,
Pahang
Pusingan 5 3 – 4 Ogos Terengganu
Pusingan 6 31 Ogos – 1 September Kelantan
Pusingan 8 27 – 28 Oktober Batu
Kawan, P. Pinang
Pusingan 9 17 – 18 November Jempol,
N. Sembilan
Pusingan 10 15 – 16 Disember Teluk
Intan, Perak
(*Tertakluk kepada perubahan)
Toyota Gazoo Racing Malaysia sertai Saingan Super Endurance Thailand
Pemandu kereta lumba Vios Challenge, Mark Darwin akan menjadi wakil dari Malaysia di dalam Team Asia dan memandu sebuah Toyota Altis bagi perlumbaan ketahanan 600 minit Super Endurance Thailand.
Mark akan menyertai pelumba-pelumba lain dari Filipina, Indonesia dan Thailand pada perlumbaan yang bakal berlangsung pada Disember nanti di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand. Perlumbaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Toyota untuk melahirkan bakat lumba dari rantau ini dengan menyediakan peluang yang lebih besar untuk mereka menyertai arena perlumbaan antarabangsa.
Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (UMWT), Akio Takeyama yang menyerahkan bendera Malaysia kepada Mark berharap perlumbaan itu akan memberikan pengalaman berharga dan membantu mengembangkan kemahiran dan keupayaan pemandu-pemandu tempatan.
"Kami sangat berbangga untuk menamakan Mark Darwin bagi perlumbaan 600 Minit Super Endurance ini. Ia adalah bahagian utama dari usaha Toyota diperingkat global untuk menggunakan sukan permotoran sebagai saluran bagi membangunkan bukan sahaja kereta, tetapi yang lebih penting, untuk menyediakan peluang kepada bakat-bakat kita untuk membolehkan mereka melebarkan potensi lebih jauh," ujar Takeyama.
Berikutan pemilihannya di Kuala Lumpur, Mark Darwin, 27, menyatakan rasa terima kasih kepada Toyota untuk peluang yang diberikan bagi mewakili negara. "Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk dipilih dan membawa nama Malaysia dalam perlumbaan tersebut. Saya tak sabar mahu menggalas cabaran dan bersaing dengan pemandu-pemandu Corolla Altis yang lain dan berharap akan dapat mencatatkan keputusan yang membanggakan Malaysia," jelas beliau yang telah berlepas ke Thailand untuk menjalani latihan bersepadu selama empat hari di litar Bira dan Buriram.
Darwin akan segera kembali ke Malaysia selepas itu untuk berlumba di dalam saingan Vios Challenge hujung minggu ini di MAEPS, Serdang. Sebagai seorang pesaing dikedudukan teratas, beliau terpaksa membiasakan diri dengan litar itu dalam masa yang singkat untuk mengekang dominasi Tengku Djan dalam siri berkenaan.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mark Darwin dan semua pelumba-pelumba Vios Challenge hujung minggu ini ketika acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival. Untuk maklumat lanjut dan jadual terkini acara, lawati laman web rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia.

Sisma kini edar Volvo
Pengedar berdaftar Volvo Car Malaysia yang baharu iaitu SISMA
Auto telah membuka bilik pamerannya di pusat bandaraya di Menara
Worldwide, Jalan Bukit Bintang. Bilik
pameran tersebut, yang terletak di tengah-tengah kawasan kediaman dan
komersial premier di Kuala Lumpur, membawakan sentuhan mewah gaya Sweden
di Segi Tiga Emas dengan menampilkan persekitaran perniagaan Volvo Retail Experience (VRE) yang serba
mewah dengan elemen reka bentuk Scandinavia.
“VRE
direka untuk mencerminkan nilai-nilai kami yang berasaskan inspirasi
Scandinavia yang tenang dengan garisan bersih yang menyerlahkan daya
tarikan visual luaran yang nyaman dan segar sementara bahagian
dalamannya menawarkan suasana yang mesra dan menarik kepada pelanggan,”
kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.
Pengarah Urusan
SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim menambah bahawa bilik pameran baru
ini akan membantu dalam menyerlahkan dan memperkenalkan barisan kereta
mewah Volvo yang terkini.
“Kami
begitu bangga kerana dapat menyertai rangkaian Volvo, jenama yang nyata
sedang meningkat selepas melancarkan barisan model baru yang
mengagumkan dari XC90 hinggalah S90 T8 Twin Engine baru. Dengan adanya
bilik pameran baru ini, kami berhasrat untuk membawakan pengalaman Volvo
kepada mereka yang tinggal atau bekerja ibu kota,” kata beliau.
Pemilik
Volvo yang tinggal atau bekerja di kawasan sekitar bilik pameran
tersebut turut dapat menikmati pengalaman pemilikan premium yang menjadi
lambang SISMA Auto. Bilik pameran baru ini akan menampilkan
Perkhidmatan Concierge SISMA Auto, yang menawarkan pengambilan dan
penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat.
Sempena
pembukaan bilik pameran baru ini, SISMA Auto menawarkan peluang untuk
memenangi lawatan ke Sweden yang ditaja sepenuhnya kepada pelanggan yang
membeli mana-mana model baru Volvo dari syarikat tersebut. Bilik pameran Volvo Bukit Bintang SISMA Auto yang baru ini terletak di Tingkat Bawah, Menara Worldwide, 198 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Nombor telefon untuk dihubungi ialah 03-2166 5155. Ia dibuka dari 9.00
pagi hingga 7.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari 10.00 pagi
hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.
![]() |
| Pengarah Urusan SISMA Auto Syed Khalil Syed Ibrahim menerima cenderahati dari Pengarah Urusan VCM Lennart Stegland |
Sementara
itu, Syed Khalil menyatakan bahawa syarikat tersebut masih amat komited
untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia dalam jangka
masa yang panjang. SISMA Auto akan terus menjalankan operasi cawangan
Jaguar Land Rover di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk menyediakan
perkhidmatan kepada pelanggan setianya.
SISMA Auto merupakan pengedar dan penyedia perkhidmatan berdaftar bagi Volvo, Jaguar dan Land Rover di Malaysia. SISMA
Auto juga merupakan rakan usaha sama di Jaguar Land Rover (Malaysia),
pengimport dan pengedar eksklusif bagi Jaguar dan Land Rover di
Malaysia.
Kini,
syarikat ini mengendalikan 3 perniagaan automotif – Jaguar Land Rover
Glenmarie, Jaguar Land Rover Penang serta Volvo Bukit Bintang (Kuala
Lumpur) yang baru dibuka.
SISMA
Auto mula beroperasi lebih 20 tahun yang lalu pada tahun 1994 sebagai
pengimport dan pengedar eksklusif bagi kereta Jaguar di Malaysia. Pada
tahun 2014, Land Rover menyertai keluarga SISMA Auto menerusi penubuhan
Jaguar Land Rover (Malaysia), dengan rakan usaha sama Sime Darby Motors.
Pada tahun 2017, syarikat ini menyertakan jenama premium yang ketiga,
iaitu Volvo, kepada portfolionya.
SISMA
Auto adalah cabang automotif Kumpulan Syarikat SISMA. Ia diasaskan oleh
Allahyarham Dato’ Syed Ibrahim Syed Mohamed dan abangnya, Syed Hussain
Syed Mohamed, yang kini merupakan Pengerusi syarikat tersebut. Hari ini,
Kumpulan SISMA adalah generasi kedua kumpulan syarikat milikan keluarga
ini.
Yamaha menyerlah di Cub Prix Musim 2017
Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor membuktikan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah merangkul gelaran juara keseluruhan berpasukan dan juga individu. Ia merupakan tahun kedua berturut-turut mereka menyapu bersih kesemua piala utama selepas turut melakukannya pada musim 2016. Ayam tambatan mereka, Kasma Daniel Kasmayuddin telah merangkul gelaran juara keseluruhan kelas perdana yang kedua dengan memenangi kejuaraan julungkalinya untuk kategori CP150, selepas memenangi gelaran CP130 pada musim 2016. Pasukan ini turut diwakili Md Ramdan Rosli dan pelumba senior Ahmad Fazli Sham.
Tempat kedua bagi kategori ini telah dimenangi oleh pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ yang diwakili Md Iqbal Amri Abd Malek, Md Fitri Ashraff Razali dan Ahmad Afif Amran. Afif juga merupakan penyandang tempat kedua dalam kejuaraan keseluruhan. Tempat ketiga juga diduduki oleh satu lagi pasukan Yamaha iaitu pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang yang diwakili Md Adib Rosley, Md Izzat Zaidi Md Salehan dan Md Azhar Abd Jalil.
Dalam kategori pertengahan CP115 pula, seorang lagi pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor iaitu Mohd Akid Aziz pula berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan CP115 buat tahun kedua berturut-turut. Akid telah digandingkan dengan Md Haziq Fairues untuk menghadiahkan gelaran juara berpasukan kategori ini kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. Tempat kedua kategori ini juga diungguli pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ bersandarkan gandingan Nazirul Izzat Md Bahauddin dan Ahmad Syukran Aizat. Sementelah itu, gandingan Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Tengku Amirul Haffirudin dalam pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang telah menempatkan mereka sebagai pasukan ketiga terbaik dalam kategori CP115 ini.
Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor juga mempunyai satu lagi misi penting iaitu untuk memenangi gelaran individu kategori Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang akan berlangsung di Thailand, awal Disember nanti. Pasukan ini telahpun dinobatkan sebagai gelaran pasukan terbaik kategori tersebut musim 2017 ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)