Katsuyuki Nakasuga, Alex Lowes dan Michael van der Mark meneruskan
kesinambungan kemenangan Yamaha dari 2015 dan 2016 dalam acara
berprestij ini. Ia menandakan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut
bagi Yamaha iaitu pencapaian pertama kali seumpamanya dalam acara
Suzuka 8 Jam dan juga merupakan kejayaan yang ketujuh dalam sejarah
syarikat itu.
Yamaha tawan Suzuka 8 Jam buat kali ketiga berturut turut
Perlumbaan Road Race Endurance Coca-Cola Suzuka telah berlangsung pada
30 Julai 2017 di Litar Suzuka yang ikonik di Prefektur Mie, Jepun.
MINI Clubman Sterling Edition Baharu diperkenal
MINI Malaysia, jenama kenderaan premium kompak yang sofistikated di Malaysia kini memperkenalkan MINI Clubman Sterling Edition baharu. Dibina khas dengan nilai estetik yang tiada tandingan dan cukup elegan, MINI edisi terhad baharu itu merupakan ekspresi sebenar kereta lelaki budiman yang moden. Ia hanya dibuka untuk tempahan secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, pertama seumpamanya dalam industri automotif Malaysia.
“Terhad kepada hanya 20 unit di Malaysia, MINI ini dihasilkan
dengan versatiliti unik yang luar biasa dari segi konsep badan dan gaya
individualnya," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun. "Dikenali sebagai kereta untuk lelaki budiman zaman moden, MINI
edisi terhad ini dijangka mencetuskan keterujaan dan meninggalkan kesan dalam
segmen kompak premium tempatan,”
Tempahan MINI Clubman Sterling Edition baharu hanya akan dibuka
secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition,
di mana jualan pantas bakal dibuat. Tempahan bermula pada Selasa, 15 Ogos
hingga Sabtu, 26 Ogos 2017.
Untuk tempoh terhad, lengkap dengan jam kiraan detik, pelanggan
perlu membuat tampahan MINI Clubman Sterling Edition mereka pada masa yang
tepat. Mereka harus mengisi borang di laman web terbabit dan membuat pembayaran
tempahan apabila tiba masanya.
Reka bentuk: Premium tetapi tidak
terlalu menonjol.
MINI Clubman Sterling Edition baharu menawarkan nilai estetik dan
elegan yang tiada tandingannya. Idea pintar, reka bentuk yang mengusik emosi,
gabungan warna sofistikated dan material diadun bagi mencipta karekteristik
untuk lelaki moden yang budiman, sofistikated dan yakin.
Salah satu ciri utama ialah warna badan perak (Melting Silver)
dengan perumah cermin sisi dan bumbung diwarnakan hitam (Matte Black Jack).
Penampilan itu diserlahkan lagi dengan simbol Black Union Jack pada bahagian
scuttle sisi bagi mengingatkan asal-usulnya dari Britain. Rim khas MINI Yours
Masterpiece bersaiz 18 inci didatangkan dalam warna hitam, seterusnya
memberikan gaya elegan dalam apa jua keadaan. Dengan gaya, tumpuan terhadap
perincian dan sofistikasi tingkat tinggi, MINI Clubman Sterling Edition baharu
nyata menyerlah walaupun pertama kali tampil dalam bentuk sebegini.
Sama seperti sehelai jaket yang ditempah khas, garisnya dibiarkan
dengan lebih jelas dan kontras berbanding warna jaket sebagai satu bentuk
ekspresi karekter, kelas serta gaya pemiliknya. Konsep yang berani ini
dinyatakan pada bahagian dalaman MINI Clubman Sterling Edition menerusi
kombinasi warna biru (Indigo Blue) dan merah bata (Pure Burgundy). Ruang kabin
berwarna Pure Burgundy itu juga hadir dengan ciri iluminasi MINI Yours yang
membolehkan pemilik untuk memilih 12 warna yang telah ditala ke bahagian
kemasan, untuk disesuaikan dengan mood dan kecenderungan pemandu serta
penumpangnya.
Pemandu dialu-alukan oleh tempat duduk yang dibalut oleh
upholsteri kulit lembut dan mewah Chester berwarna biru yang dihasil untuk
memberi keselesaan kepada tangan pemandu melalui jahitan berbentuk diagonal.
Tempat duduk generasi baru ini sebenarnya meniru sofa klasik Chesterfield.
Bukan itu sahaja, reka bentuk tempat duduk sports itu menyerlahkan warisan
British pada MINI. Pada masa yang sama memberikan interpretasi yang
kontemporari ke atas karekteristik corak berliannya.
Sterengnya juga mewakili pertukangan terbaik British. Ia dibalut
dengan kulit Nappa yang lembut dan disempurnakan lagi menerusi jahitan tangan
berwarna aluminium. Di bahagian bawah stereng, terdapat lencana union jack yang
menjadi signaturnya.
Teknologi premium untuk memaksimumkan pengalaman.
Fungsi Parking Assist memarkir MINI baharu ke dalam ruang parkir
selari secara automatik. Fungsi kawalan jarak parkir mengukur ruang kosong di
antara dua buah kereta ketika kereta dipandu. Sebaik sahaja ruang parkir yang
sesuai ditemui, MINI akan mengarahkan pemandu untuk berhenti. Kelajuan boleh
dikawal melalui panduan yang dipaparkan pada skrin menggunakan stereng
automatik. Mengundur masuk atau keluar dari ruang yang sempit kini semakin
mudah kerana Kamera Undur memberikan paparan jelas tentang apa yang ada di
belakang pemandu. Ia juga memberi panduan kepada pemandu supaya memandu di
laluan yang betul.
MINI Connected, bantuan mobiliti peribadi yang baru.
MINI sememangnya dikenali kerana dua perkara: gaya dan dinamik
pemanduan yang mengagumkan. Tetapi dengan pemilik menghabiskan banyak masa di
dalam kereta, ciri utama MINI ialah sustem infotainmen tercanggih dikenali
sebagai MINI Connected.
Antara muka infotaimen MINI Clubman Sterling Edition baharu
memang cantik - dengan LCD beresolusi tinggi bersaiz 6.5” dipasang pada
bahagian tengah speedometer bersama grafik yang menghiasi bahagian
sekelilingnya. Infotaimen MINI Connected menampilkan lebih 30 juta lagu yang
boleh distrim secara langsung ke dalam MINI. Antara muka Spotify yang intuitif
ada pada skrin MINI, manakala semua fungsi kawalan mudah diakses menggunakan
MINI controller yang kecil tetapi padat dengan pelbagai ciri.
Pemandu boleh memutar tombol kawalan untuk melihat menu, menolak
ke bahagian sisi bagi meneroka antara muka tersebut dan tekan selepas item
tertentu dipilih. Sebagai tambahan, maklumat standard seperti penggunaan bahan
api semasa, jarak minyak sekarang dan lokasi terakhir boleh dilihat menerusi
aplikasi telefon MINI Connected.
Navigasi ke destinasi baru atau yang kerap dikunjungi kini
semakin mudah. Temu janji dan alamat yang disimpan di dalam kalendar pemilik
juga boleh digunakan sebagai destinasi yang ditetapkan terlebih dahulu.
Menerusi sistem baru dan lebih canggih, panduan jalan dipaparkan secara serta
merta sebaik sahaja pemilik MINI menyambungkan iPhone mereka dengan kereta.
Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI Clubman Sterling Edition baharu turut dilindungi oleh
program Bantuan Tepi Jalan selama 5 Tahun yang terbaru daripada MINI Malaysia.
Ditawarkan ke atas semua kereta baharu MINI, ia hadir dengan senarai
perkhidmatan yang komprehensif seperti talian On the Spot Hotline, Help on the
Phone dan bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun, Perkhidmatan Tunda
Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), Kenderaan Gantian,
Tempat Tinggal, Penyelesaian Servis Mobiliti serta servis Penghantaran Pulang.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi
talian 1800-88-8808.
Kunjungi MINIFest 2017.
MINI Clubman Sterling Edition baharu akan dipamerkan pada acara
MINIFest di Desa ParkCity! Berlangsung selama sehari pada Ahad, 20 Ogos,
MINIFest 2017 akan menjadi tempat jualan MINI yang julung-julung kali diadakan,
di mana penjual dan pemilik akan menjual pelbagai barangan gaya hidup, fesyen
dan aksesori daripada but pelbagai jenis kereta MINI.
Festival itu menyaksikan pelbagai aktiviti disediakan untuk
dinikmati oleh keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti itu termasuklah pandu uji
kereta MINI, menaiki belon udara panas, trak makanan dan jualan but kereta.
MINI Malaysia turut
menjemput kumpulan muzik dan DJ untuk membuat persembahan sepanjang hari.
MINI Clubman Sterling Edition baharu didatangkan dengan Jaminan
Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun dan Servis Berjadual Percuma. Harga anggaran
(di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) ialah: RM
268,888.
Goodyear lancarkan Tayar SUV EfficientGrip
Segmen SUV jelas memperlihatkan pertumbuhan pasaran, dan dijangka meningkat dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 26% dari tahun 2012 hingga 2017 di Asia Pasifik. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, Goodyear telah memperkenalkan tayar SUV Prestasi EfficientGrip sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk meneruskan inovasi dan pembangunan tayar berprestasi tinggi.
Goodyear baru baru ini telah melancarkan tayar kegunaan jalanraya terbaharunya bagi segmen kenderaan SUV mewah iaitu Efficient Grip Performance SUV, dalam satu acara serantau yang diadakan di Buriram, Thailand hujung Julai lepas. EfficientGrip Performance SUV ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman memandu yang lebih senyap dengan keselesaan maksimum dan prestasi membrek luar biasa di jalan basah.
Tayar EfficientGrip Performance SUV ini dibekalkan dengan teknologi tayar canggih, termasuklah teknologi QuietTred mereka. Reka bentuk bunga api yang terserlah berinovatifnya mempunyai peningkatan bilangan lorong dan ulangan yang dioptimumkan, ditambah pula dengan reka bentuk alur bahu tertutup untuk menyampaikan prestasi tenang yang optimum. Tayar ini juga dilengkapi dengan Teknologi FlexContact, yang direka dengan lapisan kusyen penyerap kejutan yang dibuat dari rumusan yang dioptimumkan bagi menjanjikan pemanduan yang lebih selesa. Teknologi ini digandingkan dengan polimer polimer inovatif baru untuk meningkatkan cengkaman dalam keadaan jalan basah bagi memastikan prestasi basah yang unggul dalam cuaca yang tidak menentu di rantau ini.
Bagi pasaran Malaysia, tayar SUV Goodyear EfficientGrip yang baharu ini akan ditawarkan dalam variasi diameter rim 17" hingga 20, dengan 20 saiz tersedia. Pengguna boleh membeli tayar SUV EfficientGrip Performance di kedai Goodyear Autocare atau Servitekar, serta pengedar Goodyear di seluruh negara mulai Oktober 2017 ini.
Tekno-MotoRev: Pandai tukar gear tanpa guna klac?
Bagi yang belum pernah mencuba teknik ini, ia mungkin sesuatu yang dirasakan sukar atau boleh merosakkan kotak gear. Namun ia sebenarnya agak mudah tetapi kurang digunakan oleh penunggang. paling tidak, ia harus dipelajari agar anda tidak akan tersadai di tepi jalanraya jika kabel klac anda putus atau klac hidraulik anda mengalami kebocoran.
Tukaran gear tanpa klac adalah teknik yang tidak digunakan pelumba muda atau penunggang baharu. Mngkin kerana sudah terbiasa menunggang menggunakan klac teutamanya jika banyak menunggang dalam bandar, atau penunggang yang merasakan mereka meningkatkan potensi untuk kerosakan gear, transmisi atau penghantaran, atau mungkin juga mereka hanya menganggap ia nya tidak perlu.
Walau apa pun, kemahiran menunggang ini adalah agak mudah dipelajari dan mungkin juga salah satu kemahiran yang paling diabaikan oleh pelumba yang baru menceburkan diri di litar lumba.
Ia adalah satu teknik yang telah digunakan selama bertahun-tahun, dan telah digunakan oleh penunggang veteran dalam Grand Prix 500 seperti Eddie Lawson dan Wayne Gardner dahulu. Ketika itu peralatan elektronik yang membuat peralihan gear seperti yang terdapat hari ini (quickshifter) masih belum lagi wujud.
Selain amat memuaskan hati apabila mampu melakukannya dengan betul, ada beberapa manfaat yang sebenar untuk menggunakan teknik tukaran gear tanpa klac. Ia nya bukan sekadar menjimatkan masa psingan lap anda, malah akan memberikan kelebihan dalam perlumbaan apabila berjaya mendapat gear yang betul pada masa yang tepat.
Apabila anda menyendeng di sisi motosikal ketika menangani selekoh, tangan kiri dan lengan anda tidak selalu berada dalam kedudukan terbaik untuk membolehkan anda mengendalikan klac dengan mudah. Peralihan gear tanpa klac ketika keadaan sebegini akan membebaskan dari keperluan mmikirkan terlalu banyak perkara, dan anda kini mampu memberi perhatian kepada perkara lain yang lebh penting tanpa perlu koordinasi menarik klac, memasukkan gear dan melepaskan klac.
Ia juga kurang mengganggu keadaan dan posisi motosikal, dan ia nya begitu lancar dan memastikan bahawa segala-galanya tetap lancar dan kemas, walaupun ketika menukar gear. Penukaran gear dengan klac dan kembali pada kedudukan pendikit semula tentunya akan memberi kesan ke atas kestabilan motosikal jika tidak dilakukan dengan lancar.
Peralihan gear tanpa klac di jalan lurus tidaklah benar-benar menjadi masalah, tetapi ketika menyendeng di selekoh kita tentunya tidak ingin mengalami masalah kestabilan jentera.
Jadi bagaimana harus kita melakukan peralihan atau penukaran gear tanpa klac ini?
Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan anda sedang menunggang di lurusan sambil memerhatikan jarum rpm di meter ataupun yang lebih baik lagi, cuma perlu mendengar derumannya dengan telinga, bagi menentukan tahap rpm yang anda inginkan sebelum mengalih atau menukar gear.
Langkah 1 - apabila jentera anda menghampiri tahap rpm yang anda inginkan, kenakan sedikit tekanan kepada tuil gear anda. Ketika ini walaupun di tekan, gear tidak akan masuk, tekan sedikit keras tetapi tak perlu memaksa. Kekalkan tekanan ini.
Langkah 2 - Apabila rpm jentera anda mencapai tahap yang anda ingnkan, lepaskan atau kurangkan/tutup pendikit sedikit, dan kemudiannya kilas semula kembali ke kedudukan pendikit sebelumnya. PENTING: Anda tidak perlu melepaskan atau menutup pendikit sehingga habis, hanya cukup sekadar melepaskan bebanan pusingan enjin pada gear penghantaran.
Pada ketika anda menutup pendikit ini, tuil gear ayang anda tekan tadi akan memasukkan gear dengan sendirinya! Itu sahaja!
Tekanan yang cukup pada tuil gear yang telah anda buat itu sudah cukup untuk mengalihkan gear saat anda melepaskan pendikit, dan akan membolehkan gear seterusnya untuk masuk sebelum anda mengilas pendikit kembali.
Setelah berjaya mengalihkan gear, alihkan tekanan dari tuil gear dan bersiap sedia untuk peralihan gear seterusnya.
Anda mungkin perlu berlatih beberapa kali sebelum mendapat peralihan yang lancar, tetapi ia adalah agak mudah dan tidak seharusnya mengambil masa yang lama. Dan apabila anda mendapat teknik yang betul, akan terasa betapa manisnya!
Anda juga perlu mengambil kira bahawa motosikal yang berbeza akan memerlukan pelbagai tahap peralihan dan tekanan tuil serta pergerakan pendikit, tetapi anda akan tahu bila anda melakukannya dengan betul kerana motosikal akan memasuki gear seterusnya tanpa menyentap atau mengalami penurunan kelajuan.
Selamat mencuba!

Ducati Memperkenalkan Dua Model Terbaru
Baru baru ini Ducati telah memperkenalkan dua model mereka yang terbaru di Art Of Speed 2017. Dua model terbaru ini adalah Ducati Scrambler Desert Sled dan Ducati Scrambler Cafe Racer.
Ducati Scrambler Desert Sled berharga RM 68,899 temasuk GST
Ducati Scrambler Cafe Racer berharga RM 68,899 termasuk GST
Subscribe to:
Posts (Atom)