Myvi capai pengeluaran sejuta unit

 Kenderaan kompak Perodua Myvi mencatat satu lagi peristiwa bersejarah semalam apabila unit kesejutanya telah dilancarkan dari barisan pengeluarannya di Rawang, menjadikannya model yang paling banyak dihasilkan di bawah jenama Perodua.
Perodua Myvi yang diperkenalkan pada Mei 2005 dan merupakan model kereta nombor satu Malaysia sehingga akhir tahun 2014. Model ini terus menjadi antara model atas laris di negara ini pada masa ini.
"Perodua Myvi telah menetapkan satu standard baru bagi kami dari segi penawaran produk serta jangkaan pelanggan dan ia adalah penanda aras kami untuk semua model masa depan kita," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif,
Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Untuk memperingati peristiwa ini, Perodua telah mengadakan majlis khas hujung barisan pengeluarannya atau "line-off" di kilangnya di Sungai Choh, Rawang yang telah dirasmikan oleh Presiden Perodua Auto
Corporation Sdn Bhd (PCSB), Encik Masanori Takahashi dan Naib Presiden PCSB, Dato 'Zainal Abidin Ahmad.
 "Selain itu, berdasarkan pengiraan dalaman kita - semua model kami, Myvi, Alza, Axia dan Bezza mengekalkan tempat mereka sebagai kenderaan pilihan dalam segmen masing-masing. Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka, " tambah Aminar.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual 81,900 kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 5.9% berbanding 77,300 unit yang dijual pada tempoh yang sama pada 2016.

"Kami menganggarkan bahawa jumlah keseluruhan industri untuk 5 bulan pertama tahun ini akan mencecah 233,700 unit. Berdasarkan jumlah ini, bahagian pasaran kami untuk tahun ini setakat ini adalah pada 35%, " kata Aminar lagi. "Kami agak yakin mencapai sasaran 202,000 jualan kami untuk tahun ini walaupun keadaan pasaran sukar dan mencabar masih berterusan.".
 

Dari segi eksport, Myvi dijual di enam buah negara sejak 2006, termasuk Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal di bawah jenama Perodua;
Walau bagaimanapun, pasaran eksport terbesar Myvi adalah Indonesia di bawah jenama Daihatsu Sirion dengan hampir 31,000 kenderaan yang dijual sejak tahun 2007. Secara keseluruhan, Perodua mengeksport 35,400 model Myvi / Sirion sejak 2006 ke pasaran negara tersebut.

Muat turun aplikasi MotoGP™ Championship Quest melonjak


Dikemaskini untuk 2017, aplikasi perlumbaan MotoGP™ Championship Quest kini telah dirombak dan dikemaskini untuk 2017. Dengan pengemaskinian pelumba dan pasukan dan penambahan Red Bull KTM Factory Raciasi atau App ini terus mara sebagai aplikasi  kedua paling popular di Itali dan Sepanyol sebagai permainan kedua paling banyak dimuat turun. Asas Permainan MotoGP™ Racing adalah MotoGP Fan World Championship, yang merupakan pertandingan global di mana peminat dari seluruh dunia berlumba dengan memegang watak sebagai pelumba kegemaran mereka. Perubahan peraturan dan kemas kini yang dibuat untuk 2017 telah mencipta persaingan yang lebih sengit, dengan persaingan di bahagian atas yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Maklumat secara langsung di bahagian bawah skrin App ini menunjukkan kedudukan setiap pusingan dalam masa sebenar - sama seperti pada trek. Kemas kini lain termasuklah penambahan mod kerjaya di mana pemain dapat mengesan kemajuan mereka pada setiap trek dan membuka kunci data telemetri seperti skor yang tinggi, pusingan atau laptime terpantas dan prestasi brek dan pendikit di setiap trek. Penunggang sebenar turut mendapat ranking mereka dalam MotoGP™ Fan World Championship berdasarkan prestasi peminat mereka.

Satu lagi perubahan dalam siri ini adalah jadual waktu pusingan Fan World Championship, yang berubah  dari pertandingan mingguan musim lepas ke dua kali seminggu pada tahun 2017. Ia nya berpindah ke sistem pertandingan skor tinggi yang telah menjana leaderboard yang jauh lebih dinamik untuk pelumba MotoGPyang disumbang peminat mereka. Aplikasi ini telah mendapat penglibatan peminat yang sangat kuat pada tahun 2016 dan trend ini berterusan. Pada minggu lepas ketika Catalan GP di Litar de Catalunya Barcelona,lebih 600,000 peminat menyertainya setiap hari. Pemenang Kejohanan Dunia MotoGP™ Fan akan menerima pelbagai jenis hadiah yang luar biasa, dan ahli-ahli Paddock Club eksklusif boleh berlumba untuk memenangi hadiah sebenar yang berkaitan dengan MotoGP ™. Ini merupakan satu lagi langkah perintis bagi Dorna sebagai pemegang hak komersial Kejohanan muncul sebagai peneraju inovatif dalam eSports. Dorna baru-baru ini mengumumkan eSport Championship Series dengan Sony Playstation bersempena MotoGP 17.

Aplikasi MotoGP™ Championship Quest boleh didapati secara percuma di App Stores bersesuaian peranti atau telefon pintar anda.

Kesedaran Keselamatan Jalan Raya seiring musim perayaan


Goodyear Malaysia Berhad berhasrat menjadikan perjalanan Balik Kampung anda menjadi satu perjalanan yang selamat dalam kita meraikan perayaan Aidilfitri yang mendatang ini. Pasukan Goodyear akan menyebarkan kesedaran mengenai keselamatan pemanduan ini di tiga lokasi Bazaar Ramadan dengan menawarkan menjalankan pemeriksaan tayar percuma dan mengedarkan pek cenderahati Goodyear bermula dari hari ini 14 Jun hingga 16 Jun 2017. Pengunjung Bazaar Ramadan akan ditawarkan pemeriksaan tayar kenderaan mereka oleh pakar-pakar di samping membeli hidangan Buka Puasa kegemaran mereka.                               

Lokasi Goodyear Bazaar Tour adalah seperti berikut:
Bazaar Tour 1
Tarikh: Rabu Jun 14, 2017
Masa: 16:00-06:00
Tempat: Kelana Jaya Bazaar Ramadhan, Jalan SS 6/2
47301 Petaling Jaya, Selangor

Bazaar Tour 2
Tarikh: Khamis Jun 15, 2017
Masa: 16:00-06:00
Tempat: Bazaar USJ, Jalan USJ 4/5, USJ4,
47600 Subang Jaya, Selangor

Bazaar Tour 3
Tarikh: Jumaat Jun 16, 2017
Masa: 16:00-06:00
Tempat: Tempat letak kereta Kompleks Sukan Shah Alam,
Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor

Biru Carribean kini hiasi Honda NSS dan PCX


Boon Siew Honda kini menawarkan warna biru baharu bagi Honda NSS300 dan Honda PCX yang meningkatkan lagi tahap keberadaannya dalam penawaran skuter berkapasiti tinggi sebagai modul pengangkutan dua roda. Kenderan berkeselesaan peribadi mewah untuk kegunaan komuter harian ini menggabungkan prestasi tangas dengan ciri-ciri yang mengujakan dan kedua-dua model bertujuan untuk memberikan pengalaman menunggang premium untuk semua peminat skuter Malaysia.


Pertama kali ditawarkan dalam tahun 2014, kini NSS300 didatangkan kepada anda dalam tiga warna iaitu dengan tambahan satu warna baharu iaitu biru Candy Caribbean Blue Sea sebagai tambahan kepada warna yang sedia ada iaitu putih mutiara Himalaya dan perak metalik Seal. Harga bilik pameran yang disyorkan bermula dari RM 30,727.28 (termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Model ini turut didatangkan dengan jaminan pembuatan dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).



















PCX juga kini boleh didapati dalam warna biru Candy Caribbean Blue Sea selain dua warna yang sedia ada iaitu hitam metalik Asteroid Black Metallic dan putih mutiara Metaloid. Harga yang disyorkan bagi PCX ini adalah RM 11,658.94 (termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Ia juga dilengkapi dengan jaminan pembuatan dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).












GP Catalunya saksi kemenangan berturut pertama Dovizioso


Andrea Dovizioso (Ducati Team) telah mengambil kemenangan kedua yang luar biasa musim ini di Gran Premi Monster Energy de Catalunya, semalam, menjadikan beliau pelumba Ducati pertama mencatat dua kemenangan berturut turut untuk kilang Borgo Panigale sejak juara dua kali MotoGP™ Dunia Casey Stoner mencapai kejayaan sebegitu pada tahun 2010 dulu.
Penyandang kejuaraan Marc Marquez (Repsol Honda Team) mengambil tempat kedua, dengan rakan sepasukan iaitu pemula petak pertama Dani Pedrosa melengkapkan podium pemenang.

Drama bermula sebaik Pedrosa mendapat satu permulaan yang baik daripada petak pertama dan Jorge Lorenzo (Ducati Team) hampir bersentuh dengan rakan-rakan depan seperti Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) - dengan Petrucci kemudian berlanggar dengan Marquez. Pelumba Itali itu kemudiannya susut ke belakang dan Juara bertahan memecut ke hadapan namun Lorenzo lebih tangkas untuk memimpin dan mengambil alih di hadapan.

Pendahulu kejuaraan Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) mendapati dirinya hilang kawalan dan melalui kawasan babas di Pusingan 1 sebaik permulaan dan terpaksa susut ke belakang. Rakan sepasukannya Valentino Rossi juga tidak dapat membuat kemajuan besar awalnya dari permulaan P13.

Lorenzo memimpin Marquez dan Pedrosa, dengan Dovizioso memburu tempat keempat dan Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) mendapat kemajuan besar dari barisan permulaan untuk bergerak ke atas ke tempat kelima. Seterusnya Marquez pula yang memimpin, dengan Pedrosa mengikutinya dengan rapat. The 'Spartan' Lorenzo kemudian tewas kepada rakan sepasukannya 'DesmoDovi' dan kemudiannya terpaksa memberi laluan kepada Folger dan Petrucci untuk meintasnya.
'Baby Samurai' Pedrosa kemudian memilih untuk menyerang P1, dan dapat mengekalkannya seketika mana Dovizioso bersaing dengan Marquez - tetapi ketiga tiga mereka tidak dapat menjauhkan diri dari Folger di tempat keempat, mahupun 'Petrux' yang mengekori di belakang. Selepas beberapa pusingan percaturan berkelajuan tinggi, Dovizioso kemudian mara dari bahagian luar Pedrosa untuk menerajui perlumbaan dan membuka jurang yang kecil sebelum Marquez pula mengikutinya.

Persaingan tiga penjuru kemudian tercetus antara Alvaro Bautista (Pull & Bear Aspar Team), Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Lorenzo untuk P6, dengan pertembungan yang menyaksikan beberapa tunggangan yang menakjubkan. Drama ini tidak berakhir walaubagaimanapun, dengan beberapa pelumba mula kehabisan cengkaman tayar dan yang lain pula membuat kemajuan besar apabila pusingan akhir kian menghampiri - dengan Lorenzo kembali mengasak dan memintas Folger.
'DesmoDovi' tiba di pusingan terakhir jelas memimpin dan menyeberangi garis untuk kemenangan kerjayanya yang keempat dan juga menjadi pelumba Ducati pertama untuk menang berturut sejak Casey Stoner pada tahun 2010.Perlumbaan Gran Premi Monster Energy de Catalunya ini masih mendatangkan mata berharga untuk pasukan Movistar Yamaha MotoGP yang diwakili Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam satu hujung minggu yang mencabar di Litar de Barcelona-Catalunya.
Rossi mempunyai permulaan pusingan yang baik, bergerak ke atas satu tempat ke tempat kedua belas tetapi terpaksa melepaskan semula kedudukan tersebut setelah terpaksa bertarung dengan Johann Zarco. The Doctor mara ke kedudukan kesepuluh dengan melepasi Scott Redding dan membuat satu langkah cemerlang pada permulaan pusingan 4, dengan memotong Jack Miller dan Hector Barbera pada masa yang sama.

Kini dalam kedudukan 10-teratas, pelumba Itali itu menetapkan pusingan terbaik peribadi dalam usaha untuk mara ke hadapan. Beliau kemudiannya sekali lagi berada di belakang Zarco pada pusingan 5, beliau menundukkan rakan-rakan penunggang Yamaha itu pada pusingan berikutnya. Dengan Aleix Espargaro terkeluar dan bersara daripada perlumbaan, Rossi telah mencapai kedudukan kelapan, tetapi satu kesilapan pada pusingan 10 melihat dia bergerak kembali di belakang di belakang Zarco.

Rossi tidak sabar-sabar untuk mengikuti pelumba Perancis itu melepasi Jorge Lorenzo dan Alvaro Bautista, tetapi mengalami kehilangan cengkaman tayar tiba-tiba dan tidak dapat untuk bersaing dalam pertempuran untuk tempat keenam. Satu kemalangan yang dialami Danilo Petrucci akhirnya membolehkan beliau melintasi garisan di tempat kelapan, 20.821s dari pemenang di hadapan.

Rakan sepasukannya Vinales agak kurang bernasib baik di Grand Prix Catalunyaa: usaha gigihnya dibayangi oleh kekurangan cengkaman. Beliau memulakan perlumbaan dengan berhati-hati dari tempat kesembilan pada grid untuk tersisih ke kedudukan ke-16 selepas dua selekoh pertama. Walaupun tidak mampu untuk mendapatkan permulaan yang baik pada pusingan pembukaan, dia naik satu kedudukan dan mempertahankannya daripada direbut pelumba lain.

Pelumba nombor 25 maju itu kemudiannya maju ke tempat ke-14. Tiga pusingan kemudian dia merasakan tayar beliau memberikan cengkaman memuaskan dan beliau bersedia untuk memulakan serangan dengan memotong Redding pada pusingan 12.

Miller kemudiannya terhempas dan Vinales memintas Cal Crutchlow pada pusingan 20, penunggang pasukan pengilang Yamaha itu melihat kemungkinan penyudahan 10 teratas mungkin mampu dicapainya. Ketika sampai kepada Barbera dengan 4 pusingan berbaki untuk mengejar ke kedudukan kesepuluh, beliau seketika menduduki kedudukan kesembilan apabila Petrucci terpaksa menamatkan perlumbaannya lebih awal, tetapi perjuangan terakhir sekali lagi dengan Barbera telah melihat Vinales mengambil bendera penamat dalam kedudukan kesepuluh, 24.189s dari pendahulu perlumbaan Dovizioso, namun masih mampu memperoleh enam mata penting dalam kejohanan.

Tempat kelapan Rossi menganugerahkan beliau lapan mata, menjadikannya sejumlah 83 mata bagi meletakkannya di tempat kelima dalam kedudukan keseluruhan, 28 mata di belakang rakan sepasukannya, yang mengetuai kejohanan dengan 7 mata. Pasukan Movistar Yamaha MotoGP Team juga masih mendahului dalam kedudukan pasukan dengan 22 mata, manakala Yamaha kekal sebagai pengeluar utama dalam Kejuaraan Pembina dengan margin 14 mata.