Showing posts with label aplikasi. Show all posts
Showing posts with label aplikasi. Show all posts

Pemilik Yamaha kini ada aplikasi telefon bimbit khusus

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan inisiatif baharu bagi melibatkan pelanggan dengan aplikasi baharu Yamaha Motor Malaysia dan laman web yang dikemaskini. Pembaharuan ini bertujuan untuk memberikan pelanggan pengalaman yang baik dalam sentuhan digital sebagai pilihan utama mereka. Dua inisiatif digital baharu diperkenalkan iaitu sebuah aplikasi baru dipanggil Yamaha Motor Malaysia dan laman web Hong Leong Yamaha Motor baharu.



Aplikasi Yamaha Motor Malaysia dan laman web baharu yang dipertingkatkan direka bentuk dengan antara-muka mesra pengguna yang bertujuan untuk menjadi platform digital interaktif dan bermaklumat yang memperlihatkan tawaran terkini produk dan perkhidmatan HLYM.

Aplikasi itu akan menjadi alat interaksi masa nyata yang sesuai untuk pengguna yang kerap melakukan perjalanan. Pasukan Digital dan Inovasi di HLYM kini juga telah memulakan kerja dalam fasa kedua pembangunan yang merangkumi perkara berikut:




1. Sistem pembelian dalam talian dan penghantaran ke rumah;
2. Program Kesetiaan Yamaha untuk ganjaran dan rebat eksklusif;
3. kod pengimbas bagi mengenalpasti alatganti tulen;
4. Tempahan Servis Penyelenggaraan secara dalam talian;
5. Sistem Rekod Servis dalam talian;
6. Pangkalan Data Rangkaian Jualan dan Perkhidmatan Yamaha
7. Perkhidmatan kecemasan secara klik masuk;
8. Integrasi pengesan kenderaan secara masa nyata dengan sistem anti kecurian
'Dengan kemunculan komunikasi berteknologi tinggi dan peningkatan sentuhan fizikal, kami akan menyatukan semua ini menerusi inisiatif digital kami untuk maju ke hadapan. Pada masa yang sama, kami akan terus mempertingkatkan tahap perkhidmatan kami secara lebih cekap untuk pengalaman pelanggan yang lebih bermakna" ujar Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor.

Aplikasi Yamaha Motor Malaysia kini boleh didapati di App Store dan Google Play Store mulai sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai laman web baru Hong Leong Yamaha Motor, sila layari www.yamaha-motor.com.






Sembang dengan Shelly di aplikasi sembang Shell

 Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan aplikasi sembang atau chatbot yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dihasilkan untuk memberikan capaian masa nyata yang mudah bagi sokongan produk, perkhidmatan teknikal dan data pelincir bagi pengguna minyak pelincir di Malaysia.

Shell LubeChat, aplikasi perkhidmatan pelanggan AI yang pertama bagi syarikat ini, mula digunakan di pasaran-pasaran utama di seluruh dunia untuk membantu pengguna dan pelanggan pelincir. Ia tersedia dalam versi komputer meja dan mudah alih, dan boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Shell LubeChat yang menggunakan nama Shelly, sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan berkaitan pelincir serta memberikan cadangan yang berguna berkenaan jenis pelincir yang sesuai untuk penggunaan yang berbeza.

 “Di Shell, kami sentiasa mengutamakan pelanggan dan pengedar dalam perniagaan kami. Kami sentiasa berusaha untuk membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan baru yang menjadikan kehidupan lebih mudah dan menyenangkan, dan kami menjangkakan platform digital akan memainkan peranan yang penting pada masa akan datang,” kata May Tan, Pengurus Besar Pemasaran – Malaysia dan Singapura, Shell Lubricants.

Shell LubeChat yang direka untuk membantu mengoptimakan kecekapan bagi pelanggan dan pengedar Shell, mempunyai kebolehan untuk membantu pengguna dalam pelbagai cara.

Ini termasuklah mencari pelincir yang tepat untuk perkakas anda, memberikan akses kepada lembaran teknikal dan keselamatan bagi produk-produk Shell dan kajian kes berkenaan pengalaman pelanggan dengan produk-produk Shell, mengesyorkan alternatif Shell sekiranya anda mempunyai masalah dengan produk yang digunakan sekarang dan mencari pengedar berdaftar yang berhampiran.

Shell LubeChat adalah contoh terkini perkhidmatan yang disediakan oleh Shell Lubricants yang melangkaui penjualan atau pembekalan produk semata-mata. Ia membawakan kepakaran Shell kepada pelanggan dengan serta-merta, untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik dengan lebih cepat pada bila-bila masa.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Shell LubeChat di www.shell.com.my/lubechat.









Muat turun aplikasi MotoGP™ Championship Quest melonjak


Dikemaskini untuk 2017, aplikasi perlumbaan MotoGP™ Championship Quest kini telah dirombak dan dikemaskini untuk 2017. Dengan pengemaskinian pelumba dan pasukan dan penambahan Red Bull KTM Factory Raciasi atau App ini terus mara sebagai aplikasi  kedua paling popular di Itali dan Sepanyol sebagai permainan kedua paling banyak dimuat turun. Asas Permainan MotoGP™ Racing adalah MotoGP Fan World Championship, yang merupakan pertandingan global di mana peminat dari seluruh dunia berlumba dengan memegang watak sebagai pelumba kegemaran mereka. Perubahan peraturan dan kemas kini yang dibuat untuk 2017 telah mencipta persaingan yang lebih sengit, dengan persaingan di bahagian atas yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Maklumat secara langsung di bahagian bawah skrin App ini menunjukkan kedudukan setiap pusingan dalam masa sebenar - sama seperti pada trek. Kemas kini lain termasuklah penambahan mod kerjaya di mana pemain dapat mengesan kemajuan mereka pada setiap trek dan membuka kunci data telemetri seperti skor yang tinggi, pusingan atau laptime terpantas dan prestasi brek dan pendikit di setiap trek. Penunggang sebenar turut mendapat ranking mereka dalam MotoGP™ Fan World Championship berdasarkan prestasi peminat mereka.

Satu lagi perubahan dalam siri ini adalah jadual waktu pusingan Fan World Championship, yang berubah  dari pertandingan mingguan musim lepas ke dua kali seminggu pada tahun 2017. Ia nya berpindah ke sistem pertandingan skor tinggi yang telah menjana leaderboard yang jauh lebih dinamik untuk pelumba MotoGPyang disumbang peminat mereka. Aplikasi ini telah mendapat penglibatan peminat yang sangat kuat pada tahun 2016 dan trend ini berterusan. Pada minggu lepas ketika Catalan GP di Litar de Catalunya Barcelona,lebih 600,000 peminat menyertainya setiap hari. Pemenang Kejohanan Dunia MotoGP™ Fan akan menerima pelbagai jenis hadiah yang luar biasa, dan ahli-ahli Paddock Club eksklusif boleh berlumba untuk memenangi hadiah sebenar yang berkaitan dengan MotoGP ™. Ini merupakan satu lagi langkah perintis bagi Dorna sebagai pemegang hak komersial Kejohanan muncul sebagai peneraju inovatif dalam eSports. Dorna baru-baru ini mengumumkan eSport Championship Series dengan Sony Playstation bersempena MotoGP 17.

Aplikasi MotoGP™ Championship Quest boleh didapati secara percuma di App Stores bersesuaian peranti atau telefon pintar anda.