Honda RS-X Winner Serba Baharu dilancar

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan Honda RS-X Winner Serba Baharu yang dilengkapi ciri-ciri terkini yang direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan.

Sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar dan tunggangan santai hujung minggu, motosikal versatil Honda RS-X Winner Serba Baharu menawarkan kombinasi gaya menarik sporty, kemajuan teknologi terkini, ciri-ciri mesra penunggang, prestasi luar biasa dan paling penting, kebolehpercayaan dan kualiti lagenda Honda. 

Honda RS-X Winner Serba Baharu, yang menerima penarafan 5-bintang Program MyMAP yang mengesahkan motosikal ini menepati standard ketat pengeluaran antarabangsa, keselamatan,  inovasi teknologi dan khidmat sokongan pelanggan, kini dinaiktaraf dengan tujuh peningkatan penting yang bertujuan menambah baik pengalaman tunggangan.

1. ENJIN 150 CC BAHARU

Enjin 150 cc DOHC baharu dengan penyejukan cecair dan gear 6 kelajuan yang direka untuk penghasilan kuasa cemerlang (output kuasa maksimum dan tork masing-masing 11.8 kW dan 13.6 Nm) dan pecutan merentas julat RPM enjin. Sebagai motosikal diiktiraf EEV, ia menawarkan pembakaran bahan api efisien dengan penggunaan 50km/liter. 

2. KLAC ASSIST AND SLIPPER

Satu ciri pintar baharu yang mencegah kejadian gelinciran roda belakang dan membantu para penunggang mengemudi dengan lebih baik melalui mekanisme klac lebih ringan. Antara kelebihannya termasuk:

• Kawalan lebih baik: Klac slipper membantu penunggang mengekalkan kawalan dan kestabilan, terutama bila lambat membrek atau berlaku penurunan gear secara agresif.

• Penukaran gear lebih lancar: Klac slipper membenarkan kawalan gelinciran plet klac semasa penurunan gear secara mendadak.

• Mengurangkan haus dan lusuh: Klac slipper boleh mengurangkan kehausan dan lusuh komponen motosikal, dengan itu, mengurangkan kos penyelenggaraan.

3. SISTEM KUNCI PINTAR HONDA

Sistem elektronik pintar termaju ini membolehkan para penunggang menghidupkan enjin dan mengunci bar hendal. Ia juga disatukan dengan Sistem Penggera Anti-Kecurian dan Sistem Panggilan Balik untuk menambahbaik ciri keselamatan. Tidak perlu keluarkan Kunci Pintar Honda dari poket. Hanya pusingkan tombol pencucuhan, tekan butang pemula dan terus menunggang.

4. PORT PENGECAS USB

Port pengecas USB bersifat versatil dan dilengkapi penutup kalis air yang membolehkan para penunggang mengecas telefon mudah alih dan peranti semasa dalam perjalanan serta memastikan mereka tidak kehabisan bateri meskipun tunggangan jarak jauh.

5. GAYA SPORT AGRESIF

Salah satu tarikan Honda RS-X adalah reka bentuk maskular dan agresif. Honda RS-X Winner Serba Baharu pula memiliki rekaan maskulin yang lebih menonjol dengan garis badan bersambung dari depan hingga ke belakang yang menyumbang kepada imej lincah dan aerodinamik. 

6. REKA BENTUK SUIS HENDAL BERASINGAN

Untuk menambah baik aspek keselamatan para penunggang, Honda RS-X Winner serba baharu memaparkan ciri suis hendal berasingan. Ini memberikan kawalan tepat dan intuitif pelbagai fungsi motosikal, termasuk lampu depan, signal belok dan hon, membolehkan para penunggang terus fokus ke hadapan di jalan raya.

7. REKA BENTUK RIM TETUANG GAYA SPORT

Rim 17 inci memiliki rekaan baharu, lebih sporty dan lebih dinamik yang melengkapkan reka bentuk maskulin Honda RS-X Winner Serba Baharu. Rim adalah jenis ringan tetapi kukuh untuk kestabilan yang lebih baik dan mudah diramal semasa tunggangan berkelajuan tinggi. 

Harga runcit yang disyorkan untuk Honda RS-X Winner Serba Baharu ialah RM9,998.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) untuk tiga warna standard -- Biru, Hijau dan Kelabu Matte. 




Ia juga boleh didapati dengan warna Kuning Khas berharga RM10,298.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Motosikal ini didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dulu. 


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase, meluahkan rasa yakin beliau terhadap kemampuan Honda RS-X Winner Serba Baharu meningkatkan lagi label nama RS-X serta memperkasakan reputasi jenama Honda. 

“Sejak pengenalannya pada 2021, RS-X terbukti cukup popular dengan enjin berkuasa tetapi efisien bahan api dan rekaan bergaya, terutamanya lampu hadapan LED yang menyerlah. Ini membantu menjadikannya pilihan digemari pengguna Malaysia apabila memilih sebuah kapcai Honda. 

Untuk Honda RS-X Winner serba baharu, kami telahpun menaiktarafkannya secara menyeluruh dengan penambahbaikan komprehensif untuk memenuhi keperluan para penunggang Malaysia dari semua lapisan umur untuk tahun-tahun akan datang.

Di Boon Siew Honda, misi kami adalah untuk terus menawarkan kualiti cemerlang secara berterusan, dipercayai dan menjadi solusi mobiliti mampu milik kepada rakyat Malaysia sejak enam dekad lalu. Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan bersama mereka menerusi pelbagai peringkat kehidupan mereka. Saya percaya bahawa di kebanyakan kediaman rakyat Malaysia, masih ada sebuah motosikal Honda yang terus berkhidmat dengan cemerlang. Saya berharap Honda RS-X Winner Serba Baharu akan mengambil tempat bersama model-model motosikal lagenda Honda sebelum ini yang disukai dan diraikan rakyat Malaysia sepanjang tahun-tahun akan datang,” kata beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang Honda RS-X Winner Serba Baharu, sila lawati www.boonsiewhonda.com.my. 


SPESIFIKASI HONDA RS-X WINNER SERBA BAHARU

ENJIN

Jenis Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, DOHC 4 Lejang 4 Injap

Sesaran Enjin 149.2 cm³

Kebuk x Lejang 57.3 mm x 57.8 mm

Nisbah Mampatan 11.3:1

Kuasa Maksimum 11.8kW / 9000rpm

Tork Maksimum 13.6 Nm / 7000 rpm

Kapasiti Minyak Enjin 1.1 ℓ (Sebelum Pembuangan minyak), 1.3 ℓ (Selepas Pembuangan minyak sepenuhnya)

SISTEM BAHAN API

Jenis PGM-FI (Suntikan Bahan Api Terprogram)

Kapasiti Tangki Bahan Api 4.5 ℓ

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Penghidup Penghidup Elektrik

Kapasiti Bateri 5.0 A.h (10 HR)

Keluaran ACG 12 V

TRANSMISI KUASA

Jenis Klac Klac Basah Multiplat Manual dengan Klac ‘Assist & Slipper’

Jenis Transmisi Constant Mesh, 6 Kelajuan

CHASSIS

Jenis Kerangka Twin Tube

Dimensi (P x L x T) 2019 mm x 730 mm x 1109 mm

Jarak Roda 1278 mm

Ketinggian Tempat Duduk 795 mm

Jarak dengan Permukaan Tanah 148 mm

Berat Curb 123 kg

SUSPENSI, RODA & BREK

Jenis Suspensi Hadapan -- Teleskopik

Belakang -- Lengan Buai dengan ‘Monoshock’

Tayar Hadapan -- 90/80 -17M/C (46P) (Tanpa Tiub)

Belakang -- 120/70 - 17M/C (58P) (Tanpa Tiub)

Brek Hadapan -- Cakera Tunggal Hidraulik, ABS

Belakang -- Cakera Tunggal Hidraulik























Voge FR150 Formica Rossa berlumba di Cub Prix 25

 VOGE, satu lagi jenama motosikal yang semakin dikenali ramai, mengumumkan bahawa model pertamanya, Formica Rossa 150 (FR150), akan menyertai Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC). 

Langkah ini merupakan titik mula bagi VOGE dalam menceburi dunia perlumbaan profesional dengan supermoped-nya tersebut.

VOGE FR150 dilengkapi dengan enjin 150cc satu silinder DOHC, yang menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm., dan datang dengan klac gelincir (slipper clutch) yang mengawal transmisi 6-kelajuan, serta brek ABS dwi-saluran.

Kemunculan FR150 dalam CubPrix dan ARRC menguji kemampuannya sebagai pencabar baharu yang berpotensi. Kini, model ini sedang menjalani proses homologasi oleh pihak penganjur perlumbaan untuk bersaing pada musim perlumbaan tahun 2025. 

Penyertaan berani ini dilihat sebagai bakal mengesahkan prestasi motosikal ini, tetapi juga sebagai akujanji terhadap komitmen VOGE dalam peningkatan inovasi dan kecemerlangan.

Proses pemilihan pasukan perlumbaan kini sedang dijalankan dan nama pasukan serta pelumba dijangka diumumkan seawal Januari 2025. MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. sedang mencari pelumba berbakat yang mampu memanfaatkan sepenuhnya potensi FR150 dan memperlihatkan prestasinya di litar perlumbaan.

Ciri-Ciri Hebat VOGE Formica Rossa 150

Enjin 150cc: Dibina untuk prestasi optimum dengan sistem penyejukan cecair, sesuai untuk perjalanan bandar dan jarak jauh.

Slipper Clutch: Meningkatkan kawalan dan keselamatan semasa perlahan dan membelok.

ABS Dwi-Saluran: Menjamin brek yang cekap untuk kedua-dua roda, memberikan keselamatan maksimum.

Kecekapan Penggunaan Bahan Api: Tangki minyak 5.8L menyokong perjalanan lebih jauh. 

Suspensi Canggih: Memberikan pengalaman menunggang yang lancar di pelbagai jenis permukaan jalan.

Port Pengecas USB: Membolehkan peranti sentiasa dicas dan pengguna sentiasa terhubung.

Reka Bentuk Moden dengan Lampu LED: Gaya sporty dan futuristik dengan pencahayaan premium.

Ciri Keselesaan: Tempat duduk ergonomik, tapak pemijak kaki anti gelincir dan tempat duduk anti-gelincir untuk keselesaan maksimum.

Paparan Digital: Memudahkan akses kepada maklumat penting dengan teknologi moden.

















MyLesen Selangor bantu 2,645 B40

 


2,645 INDIVIDU DI NEGERI SELANGOR TERIMA MANFAAT PROGRAM MyLESEN 2024 SELANGOR, 

7 November 2024 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program MyLESEN Tahun 2024 Peringkat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia di JPJ Negeri Selangor, Padang Jawa, Shah Alam.Program MyLESEN Tahun 2024 Peringkat Negeri Selangor melibatkan 2,645penerima manfaat bantuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2, Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing / Bas dan Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL) Lori daripada golongan B40.Program ini merupakan komitmen dan usaha cakna Kerajaan untuk membantu golongan B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan terutamanya ekonomi gig.Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk melahirkan pemandu yang kompeten dan selamat seterusnya meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya dan juga pembudayaan keselamatan jalan raya.Kerajaan berharap para penerima bantuan di bawah Program MyLESEN akan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya kerana program ini merupakan salah satu usaha murni Kerajaan kepada golongan sasar.

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

7 NOVEMBER 2024