Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

MyLesen Selangor bantu 2,645 B40

 


2,645 INDIVIDU DI NEGERI SELANGOR TERIMA MANFAAT PROGRAM MyLESEN 2024 SELANGOR, 

7 November 2024 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program MyLESEN Tahun 2024 Peringkat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia di JPJ Negeri Selangor, Padang Jawa, Shah Alam.Program MyLESEN Tahun 2024 Peringkat Negeri Selangor melibatkan 2,645penerima manfaat bantuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2, Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing / Bas dan Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL) Lori daripada golongan B40.Program ini merupakan komitmen dan usaha cakna Kerajaan untuk membantu golongan B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan terutamanya ekonomi gig.Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk melahirkan pemandu yang kompeten dan selamat seterusnya meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya dan juga pembudayaan keselamatan jalan raya.Kerajaan berharap para penerima bantuan di bawah Program MyLESEN akan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya kerana program ini merupakan salah satu usaha murni Kerajaan kepada golongan sasar.

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

7 NOVEMBER 2024

Jerayawara Kawasaki ke Kajang Selangor hujung minggu ini

 Berita baik untuk semua peminat Kawasaki di Lembah Kelang terutamanya di Kajang, Selangor! Jerayawara Kawasaki Test Ride Roadshow untuk menguji motosikal Kawasaki sedang diadakan di Tesco Extra Kajang bermula Abtu ini 18 hb November sehingga Ahad 19 hb November 2017 dari 10 pagi hingga 6 petang. Ia pasti akan menjadi hari yang menyeronokkan bagi anda kerana Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) mempunyai banyak aktiviti menarik untuk disertai semua orang.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menguji pelbagai jenis model superbike Kawasaki termasuk Versys 650 ABS, Versys-X 250, Z 900 SE ABS, Z 650 ABS dan Ninja 650 ABS semasa pameran terbaru Kawasaki Test Ride Roadshow. Alami prestasinya, keselesaan dan kepelbagaian barisan motosikal ini dengan sendiri dan ketahui motosikal mana yang sesuai dengan gaya anda dan mampu menambat hati anda dengan prestasinya.

Pemilik superbike Kawasaki juga boleh mendapatkan khidmat servis dan pemeriksaan percuma semasa acara tersebut. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh kakitangan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC) yang terlatih. Nasihat perkhidmatan akan diberikan secara percuma oleh para profesional dengan terma dan syarat terpakai.

Jerayawara Kawasaki Test Ride adalah sebahagian daripada program KMSB dengan harapan agar mampu menjangkau pelanggan baharu dan lama serta masyarakat umum. Layari laman web KMSB (http://kawasaki.com.my/) dan halaman Facebook (Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd) untuk maklumat lanjut.