#71 Ayumu terhempas di Catalunya

Bermula dari barisan kedua, Pelumba PETRONAS Sprinta Ayumu Sasaki mendesak keras untuk bertahan dengan kumpulan utama tetapi dengan enam pusingan berbaki, kemalangan melanda pengendali Jepun itu setelah kehilangan kawalan tayar belakang jentera #71, dan terhempas di tempat ke-11.

"Saya mempunyai banyak keyakinan dalam perlumbaan hari ini. Malangnya, pada mulanya saya membuat sedikit kesilapan dan terlepas peluang untuk kekal bersama dua pelumba di bahagian depan. Sekitar pertengahan perlumbaan, kumpulan utama kembali bersama dan saya berada dalam pertempuran berjuang untuk kedudukan pertama. Tayar saya semakin merosot pusingan demi pusingan tetapi saya tahu jika saya mengekalkan kedudukan saya di sana saya akan dapat memperbaikinya dalam empat atau lima pusingan terakhir. Saya cuba menguruskan tayar saya tetapi tiba-tiba di selekoh kiri saya terhempas. Biasanya di sini anda melihat lebih banyak kemalangan selekoh kanan kerana ini biasanya merupakan bahagian terburuk bagi tayar. Atas sebab ini saya cuba untuk lebih berhati-hati di sudut kanan dan kemudian mendesak di sebelah kiri. Ketika saya mendesak sisi kiri saya kehilangan kawalan belakang dan terhempas dengan enam pusingan berbaki. Saya sangat kecewa kerana saya merasakan saya dapat melakukan lebih baik. Secara keseluruhannya, kami telah banyak kemajuan hujung minggu ini, jadi saya sudah bersedia untuk Assen. "

#7 Adam kutip mata berharga di Catalunya

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing Adam Norrodin bertarung dari tempat ke-21 di grid, untuk mengutip mata di kedudukan ke-13.

"Sesi pemanasan pagi ini saya tidak berasa begitu baik; selepas kemalangan semalam saya tidak begitu fokus dan sejak awal hari saya berjuang untuk kembali ke irama saya di sini. Saya masih merasakan positif bahawa saya boleh berlumba dengan baik, jadi apabila lampu padam, saya menolak untuk membuat permulaan yang baik. Saya dengan serta-merta mendapatkan beberapa kedudukan dan merasa baik dengan motosikal, tetapi sebaik sahaja tayar haus, semuanya berubah. Dari sini saya tidak dapat menguruskan diri; Saya kehilangan keyakinan. Saya tidak begitu gembira dengan hasil ini kerana saya mampu berbuat lebih baik. Saya perlu mencuba dan mencari sesuatu kelebihan dalam diri saya untuk kembali kuat di Assen."

Proton Saga paling berbaloi dibeli sekarang

Bermula sekarang hingga Ogos 2018 mungkin merupakan masa terbaik untuk membeli sebuah kereta
Walau bagaimanapun, dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini mengenai pemansuhan GST kepada kadar sifar dijangka akan mengubah keadaan semasa dan kami percaya sekarang ini merupakan masa yang terbaik untuk pengguna membeli sebuah kereta baharu kerana pelaksanaan SST bakal berkuatkuasa pada September.
Menurut pelbagai sumber, harga kenderaan berpotensi untuk meningkat selepas adanya SST, seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam wawancaranya bersama media pada bulan Mei, "Harga kereta akan meningkat apabila
SST sebanyak 10% dilaksanakan."

Kereta baharu lebih memudahkan proses permohonan pinjaman dengan kadar yang lebih baik
Bagi pasaran kereta terpakai, oleh kerana persaingan yang sengit, penjual secara umumnya menyerap nilai GST. Oleh itu, harga ditawarkan tidak akan terjejas dengan GST yang berkadar sifar. Bagi pengguna yang ingin berjimat, mereka mungkin akan lebih tertarik dengan pasaran kereta terpakai kerana perbandingan kos disangka lebih murah dan praktikal. Walau bagaimanapun, proses membeli kereta terpakai adalah sedikit lebih rumit berbanding dengan pengalaman membeli kereta
baharu kerana kelulusan pinjaman mungkin lebih mudah untuk diperoleh dan kadar faedahnya lebih rendah disebabkan risiko yang lebih rendah berbanding dengan kereta terpakai. Dengan ini, jumlah pinjaman yang diluluskan menjadi lebih tinggi amaunnya.

Berikutan dengan perkara ini, kebanyakan pengeluar kereta menawarkan pelbagai aktiviti promosi. Pengguna yang inginkan penjimatan akan menjadi sukar untuk menentukan model mana yang hendak dibeli. Sebagai contoh, jika memilih sebuah kereta dengan enjin 1.3cc, pengguna akan sukar untuk membuat pilihan di pasaran, terutama apabila membuat perbandingan dari segi penyelenggaraan, ruang, keselamatan dan kestabilan, dan yang paling penting adalah faktor harga.

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar Abdul Rashid Musa merasakan bahawa Proton Saga adalah yang paling sesuai untuk semua perbandingan tersebut - ianya luas, dilengkapi dengan ESC (Kawalan Kestabilan Elektrik) dan TC (Kawalan Cengkaman) untuk model premium dan dilengkapi dengan pemanduan dan pengendalian yang hebat, iaitu ciri utama dalam sebuah kereta Proton. Pemanduan dan pengendalian yang baik akan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa, menjadikan perjalanan di lebuh raya begitu stabil, selesa dan pantas, berbanding pesaingnya. Penyelenggaraannya yang rendah menjadi faktor utama pengguna memilih Proton Saga berbanding pesaingnya yang rapat.
PROTON kini menawarkan SAGA bermula di bawah RM30,000 bagi harga bersih*. Harga yang paling rendah dalam segmennya dan merupakan tawaran harga terbaik sejak 10 tahun (oh, 12 tahun sebenarnya!).

Tala motosikal Yamaha anda dengan telefon bimbit

Kita semua menggemari motosikal untuk pelbagai sebab, dan mungkin salah satu daripada sebab-sebabnya adalah untuk menjauhkan diri dari semua yamg lain, termasuklah telefon bimbit kita yang telah menjadi antara alatan terpentig dalam hidup kita.

Namun begitu dari sudut lain, telefon bimbit merupakan alat yang luar biasa yang menjadikan kehidupan kita lebih mudah. Oleh itu, Yamaha baru sahaja mengumumkan Aplikasi Smartphone Yamaha Power Tuner. Aplikasi percuma ini membolehkan anda melakukan beberapa perkara termasuk pemetaan nyalaan dan pemasaan pencucuhan (ignition mapping & timing), rakaman waktu pusingan (lap timing), sela masa servis dan pelbagai perkara lain. Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.

Aplikasi Smartphone Tuner Power ini adalah percuma, dan memberikan fleksibiliti dan ketepatan penalaan Power Tuner ke dalam telefon pintar anda. Anda boleh mengubah masa pencucuhan dan suapan bahanapi serta-merta dan muat naik ke motosikal Yamaha terpilih anda melalui sistem WiFi untuk penalaan muktamad di litar. App Smartphone Tuner Power Yamaha ini boleh didapati di Google Play dan App Store.

Saksikan video untu maklumat lanjut

Rossi ketiga kali ketiga berturut turut

Pelumba Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi telah meraih tempat ketiga buat kali ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Dunia MotoGP 2018 di Gran Premi Monster Energy de Catalunya baru baru ini. Rakan sepasukannya Maverick Viñales telah mengalami permulaan yang sukar di Circuit de Barcelona-Catalunya. Dia berada di pertengangan kumpulan pelumba selepas permulaan tetapi memperbaiki kedudukannya di separuh kedua perlumbaan untuk mengambil tempat keenam ketika menyeberangi garisan penamat.

Rossi bermula baik dari petak ketujuh di grid dan berada kelima ke Selekoh 1. Selepas satu pusingan, dia memintas Andrea Iannone dan mengejar kumpulan tiga pelumba di hadapan. Dia tidak mampu menyamai tahap mereka pada peringkat awal, tetapi terus memberikan tekanan, memastikan dia berada tidak jauh dari mereka.
Apabila Andrea Dovizioso terhempas di lap 9, The Doctor bergerak ke tempat ketiga. Dengan jarak 3.5 saat dari pemimpin perlumbaan Lorenzo dan lebih dari 2.5 saat dari pelumba di hadapannya iaitu Marc Marquez, 15 pusingan yang berbaki merupakan perjalanan kesepian untuk pelumba Itali ini. Dia memberi tumpuan untuk mengekalkan kedudukannya dan memperoleh kemenangan tempat ketiga buat kali ketiga berturut-turut, dengan margin 6.098s dari juara.

Viñales mempunyai masalah bermula dari petak keempat di grid awal dan jatuh ke kedudukan ke-10. Dia memintas Bradley Smith pada pusingan 4, dan selepas Dovizioso terjatuh, pelumba Sepanyol itu, akhirnya memintas Iannone. Dia naik ke tangga ketujuh dan bertempur dengan rakan sepasukan Yamaha Johann Zarco. Dia terpaksa membiarkan penunggang Monster Yamaha Tech3 mendahului, tetapi bijak kekal di belakangnya.

Pasangan itu mula mencatatkan pelbagai pusingan terbaik dan bersama-sama menewaskan Danilo Petrucci di pusingan 14. Viñales bangkit untuk melawan dan menyerang dalam serangan pertama kepada Zarco dengan 10 pusingan berbaki, tetapi tidak berjaya. Tujuh lap kemudian dia meletakkan percubaan kedua dan meraih tempat keenam. Dia berada di rentak yang baik dan mengancam Dani Pedrosa di P5, tetapi sedikit terlewat. Dia mengambil bendera penamat di posisi keenam, 10.798s di belakang juara.
Tempat ketiga Rossi meletakkannya di kedudukan kedua dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan dengan 88 mata, 11 mata di depan rakan sepasukan Viñales, yang kekal di kedudukan ketiga. Yamaha turun ke tempat ketiga dalam Kejohanan Pengeluar, dengan margin 26 mata untuk kedudukan pertama, manakala Pasukan Movistar Yamaha MotoGP tetap berada di kedudukan pertama dalam kedudukan pasukan dan kini mempunyai jurang 10 mata dengan pasukan kedua.

MotoGP akan kembali untuk pusingan Motul TT Assen, yang diadakan di TT Circuit Assen dari 29 Jun - 1 Julai.