Bermula sekarang hingga Ogos 2018 mungkin merupakan masa terbaik untuk membeli sebuah kereta
Walau bagaimanapun, dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini mengenai pemansuhan GST kepada kadar sifar dijangka akan mengubah keadaan semasa dan kami percaya sekarang ini merupakan masa yang terbaik untuk pengguna membeli sebuah kereta baharu kerana pelaksanaan SST bakal berkuatkuasa pada September.
Menurut pelbagai sumber, harga kenderaan berpotensi untuk meningkat selepas adanya SST, seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam wawancaranya bersama media pada bulan Mei, "Harga kereta akan meningkat apabila
SST sebanyak 10% dilaksanakan."
Kereta baharu lebih memudahkan proses permohonan pinjaman dengan kadar yang lebih baik
Bagi pasaran kereta terpakai, oleh kerana persaingan yang sengit, penjual secara umumnya menyerap nilai GST. Oleh itu, harga ditawarkan tidak akan terjejas dengan GST yang berkadar sifar. Bagi pengguna yang ingin berjimat, mereka mungkin akan lebih tertarik dengan pasaran kereta terpakai kerana perbandingan kos disangka lebih murah dan praktikal. Walau bagaimanapun, proses membeli kereta terpakai adalah sedikit lebih rumit berbanding dengan pengalaman membeli kereta
baharu kerana kelulusan pinjaman mungkin lebih mudah untuk diperoleh dan kadar faedahnya lebih rendah disebabkan risiko yang lebih rendah berbanding dengan kereta terpakai. Dengan ini, jumlah pinjaman yang diluluskan menjadi lebih tinggi amaunnya.
Berikutan dengan perkara ini, kebanyakan pengeluar kereta menawarkan pelbagai aktiviti promosi. Pengguna yang inginkan penjimatan akan menjadi sukar untuk menentukan model mana yang hendak dibeli. Sebagai contoh, jika memilih sebuah kereta dengan enjin 1.3cc, pengguna akan sukar untuk membuat pilihan di pasaran, terutama apabila membuat perbandingan dari segi penyelenggaraan, ruang, keselamatan dan kestabilan, dan yang paling penting adalah faktor harga.
Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar Abdul Rashid Musa merasakan bahawa Proton Saga adalah yang paling sesuai untuk semua perbandingan tersebut - ianya luas, dilengkapi dengan ESC (Kawalan Kestabilan Elektrik) dan TC (Kawalan Cengkaman) untuk model premium dan dilengkapi dengan pemanduan dan pengendalian yang hebat, iaitu ciri utama dalam sebuah kereta Proton. Pemanduan dan pengendalian yang baik akan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa, menjadikan perjalanan di lebuh raya begitu stabil, selesa dan pantas, berbanding pesaingnya. Penyelenggaraannya yang rendah menjadi faktor utama pengguna memilih Proton Saga berbanding pesaingnya yang rapat.
PROTON kini menawarkan SAGA bermula di bawah RM30,000 bagi harga bersih*. Harga yang paling rendah dalam segmennya dan merupakan tawaran harga terbaik sejak 10 tahun (oh, 12 tahun sebenarnya!).
No comments:
Post a Comment