Honda CRF1000L Africa Twin Kembara Sport Legenda

Motosikal kembara legenda Honda CRF1000L Africa Twin mampu membuatkan perjalanan jarak jauh lebih selesa dan mengasyikkan, dengan keupayaan beraksi di luar jalan atau off-road. Honda Africa Twin yang baru diperkenalkan Boon Siew Honda ini mampu menjana hampir 1.5 kali ganda kuasa berbanding model asal, walaupun masih mengekalkan saiz dan susuk yang
sama.

Penambah-baikan utama kepada enjin 998cc 4 lejang sejukan cecair OHC merupakan sistem kawalan pendikit melalui wayar (Throttle By Wire, TBW), yang menawarkan lebih pilihan kepada penunggang untuk mengawal kuasa enjin dan cengkaman roda belakang yang bersesuaian dengan pelbagai keadaan penunggangan. Sistem tersebut dilengkapi 7 Tahap kawalan, dengan Tahap 1 untuk penunggangan luar jalan atau off-road yang agresif menggunakan tayar bercorak ketul atau blok sehingga Tahap 7 untuk keselamatan yang lebih terjamin apabila menunggang di atas jalan berturap yang basah dan licin.

Di samping peningkatan kuasa, CRF1000L Africa Twin juga dilengkapi reka bentuk kotak udara dan bahagian dalam ekzos baharu untuk tindak balas enjin julat pertengahan yang lebih responsif, aci pengimbang yang lebih ringan, serta bateri lithium-ion baharu. Kesemua ini telah berjaya mengurangkan berat jentera secara keseluruhannya sebanyak 2.3kg di samping meningkatkan kelasakan motosikal. Selain itu, klac gelincir-berbantu (Assist/Slipper Clutch ASC)
pula melicinkan lagi peralihan naik turun gear.
 Pembaharuan lain termasuklah jajaran lanjutan tetapan input Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam apa jua keadaan. Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) menawarkan
peralihan gear yang lebih cepat dan licin dalam Transmisi Manual (MT) atau mod Automatik D. Mod D sesuai untuk penunggangan di bandar dan lebuhraya dengan keseimbangan ekonomi bahan api dan keselesaan yang terbaik manakala mod S menawarkan tiga pilihan corak penukaran gear yang lebih sporti. Butang kawalan G membolehkan penunggang untuk mengubah kawalan sistem klac untuk pacuan lebih mantap dalam sebarang mod penunggangan.

CRF1000L Africa Twin didatangkan dengan warna merah Grand Prix Red (Team HRC Rally colour) dan putih Pearl Glare White (Tricolor) untuk Adventure Sport.

Honda X-ADV jentera ala crossover

Honda X-ADV merupakan jentera ala crossover dengan keupayaan off-road ini direka dan dihasilkan oleh pasukan R&D Honda di Itali, X-ADV merupakan sebuah motosikal kembara gaya crossover inovatif yang menggabungkan kemudahan moden dengan prestasi lasak.

X-ADV dilengkapi enjin efisien 745cc sejukan cecair OHC 4 Lejang yang mampu menawarkan kuasa maksimum 40.3kW pada 6,250rpm dengan tork maksimum 68Nm pada 4,750rpm.

X-ADV juga didatangkan dengan Pilihan Kawalan Tork Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) yang menawarkan 2 tahap kawalan; Tahap 1 membolehkan aksi putaran roda belakang atas jalan berturap atau jalan kasar, manakala Tahap 2 menawarkan cengkaman yang padu biarpun atas permukaan licin.
Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) memilih nisbah gear yang lebih rendah untuk tindak balas yang bersemangat pada mod D; mode S pula memberikan 3 tahap kawalan corak peralihan untuk tunggangan sport yang lebih mengujakan. Suis G turut disediakan untuk model 2018 ini bagi meningkatkan prestasi off-road.

Selain itu, X-ADV juga dilengkapi ruang simpanan 21L di bawah tempat duduk, skrin boleh laras 5 hala untuk perlindungan angin dan cuaca, hendal aluminium tirus, penghadang hendal ala Africa Twin, paparan meter gaya rali serta sistem kunci pintar. Pelumpuh enjin turut dilengkapkan bersama mekanisme klac di suis utama yang mencegah pelepasan kunci hendal secara paksa. Tongkat tengah dengan pengesan kecondongan membolehkan X-ADV diletak secara condong tanpa bimbang ia akan jatuh.
Tempat duduk setinggi 820mm dan set hendal selebar 910mm memastikan posisi penunggangan yang tegak di mana sudut pandangan yang tinggi memberikan visibiliti serta kawalan yang lebih baik, kontur tempat duduk ergonomik pula memudahkan penunggang untuk mencapai permukaan jalan.

Ruang pergerakan suspensi hadapan dan belakang yang panjang menyerap kebanyakan hentakan jalan, ini dipadankan dengan roda lasak hadapan dan belakang 17-inci/15-inci serta tayar bercorak blok. Kaliper empat piston paut radial berkembar menawarkan prestasi pembrekan dengan kawalan ABS.

X-ADV didatangkan dalam 5 pilihan warna – merah Candy Chromosphere Red (warna baharu untuk 2018), perak Digital Silver Metallic, perak Matt Bullet Silver, putih Pearl Glare White dan merah Grand Prix Red.

Honda X-ADV dan CRF1000L Africa Twin kini rasmi ditawarkan

Motorsikal berkuasa tinggi Honda yang telah lama dinantikan di Malaysia iaitu Honda X-ADV and CRF1000L Africa Twin telah dilancarkan secara rasminya oleh Boon Siew Honda (BSH) pada Khamis lepas. Selain itu, BSH turut juga mempamerkan motosikal Honda baharu iaitu CB1000R Neo Sports Cafe di acara MAI Malaysia Autoshow 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En Keiichi Yasuda berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai tinggi serta teknologi yang tinggi untuk setiap produk bagi merangsang kesemua pelanggan. Dan kami dapat melihat melalui pembukaan Honda BigWing, motosikal berkuasa tinggi Honda akan menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia dari segi produk dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat baik.”
Keiichi Yasuda
“Di Malaysia kami tidak hanya menghadkan penawaran motosikal berkuasa tinggi genre ‘sport’ dan ‘street’ sahaja, tetapi juga kategori yang berlainan, seperti ‘scooter’ dan ‘cross touring’ yang mempunyai permintaan pasaran disamping trend yang meningkat bagi enjin yang berkuasa lebih tinggi”
Honda BigWing
Honda BigWing dilancarkan pada 4 Februari tahun ini dengan pembukaan rasmi Honda BigWing pertama di Setapak, Kuala Lumpur. Berteraskan konsep baru
sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, Honda BigWing merangkumi pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat bagi
menawarkan pengalaman yang istimewa dan menyeluruh untuk semua pelanggan.

Di samping produk dan perkhidmatan terbaik yang disediakan, pelanggan juga berpeluang menyertai beraneka aktiviti komprehensif serta menikmati pelbagai keistimewaan yang eksklusif untuk pelanggan Honda.
Honda BigWing kedua akan dibuka di Georgetown, Pulau Pinang di bawah pengurusan Taycon Motor Sdn Bhd sekitar bulan Jun 2018, diikuti oleh Welly Team
Cycle Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor dan Additional Growth Sdn Bhd di Danga Bay, Johor.

Pelanggan boleh melawat dan menghubungi Honda BigWing untuk tempahan XADV, Afrika Twin dan CB1000R. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R, sila hubungi talian tol bebas Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.hondabigbike.com.my.

Hong Leong Yamaha Motor capai tanda-aras 4 juta

Yamaha Malaysia meraikan kejayaan pencapaian tanda aras baharu dengan pengeluaran motosikal yang ke 4-juta  di kemudahan pemasangannya di Sungei Buloh hari ini.

Hadir di majlis itu ialah Naib Presiden Eksekutif dan wakil Pengarah   Yamaha Motor Co. Ltd., Jepun Encik Katsuaki Watanabe,  serta Pengarah Urusan HLYM Dato 'Jim Khor.
Dalam ucapan pembukaannya, Dato 'Jim Khor mengiktiraf sumbangan kakitangan HLYM
rangkaian pengedar Yamaha di seluruh negara, dan juga sokongan rakan perniagaan Yamaha Motor, Jepun.

"Komitmen yang teguh dari pasukan berdedikasi kami, dari kakitangan kilang ke pasukan jualan, vendor, rakan kongsi dan rangkaian peniaga kami yang setia di seluruh negara telah memungkinkan kejayaan ini. Saya juga ingin meniktiraf Yamaha Motor Company, Jepun dan mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk sokongan berterusan dan bernilai tinggi, "katanya.
Bermula dengan pengeluaran motosikal 'pertama', RX100, pada tahun 1979, HLYM telah menyaksikan pengembangan fasiliti kilang, pelancaran model-model baru, peningkatan barisan pemasangan dan pengenalan pelbagai
program pengayaan untuk faedah kakitangan dan peniaga.
Pada tahun 1994, HLYM mencipta sejarah apabila motosikal pemasangan tempatan yang kesejuta telah dikeluarkan. Syarikat ini telah berkembang pesat, muncul sebagai pemimpin  pasaran, disokong oleh rangkaian peniaga yang kuat dan luas.

Baru-baru ini, HLYM juga telah melancarkan program transformasi yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sehingga pke tahap seterusnya.

"Usaha dan inisiatif kami selaras dengan tiga tonggak ini - Komitmen, Daya Usaha, dan Keghairahan serta Kebanggaan. Kami akan terus berdiri dengan komitmen kami berbangga untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang paling tinggi, sesuai dengan piawaian global Yamaha yang diiktiraf, " tambah Dato 'Jim Khor.

Kacamata Indian Motorcycles baharu untuk 2018

Indian Motorcyles terus memperluaskan penawaran pakaian dan aksesori - dan jenama Amerika yang ikonik ini baru saja melancarkan rangkaian kacamata Indian yang baru.
Terdapat empat pasang cermin mata hitam yang ditawarkan, yang dikenali sebagai Entry, Lifestyle, Performance dan Semi Pro - semuanya bersertifikat CE, dan direka untuk dipakai semasa menunggang, dengan lensa anti gores dan anti-kabus terbina- dalam.



ENTRYCermin mata hitam Entry merupakan yang harga terendah - dan mempunyai pelinding mata busa EVA untuk mengurangkan angin dan menghalang cahaya sekeliling atau periferal dari masuk.

LIFESTYLECermin mata hitam untuk gaya hidup ini adalah bagi mereka yang ingin kelihatan segak bermotosikal ataupun pemakaian santai. Bingkai ini diperbuat daripada polikarbonat dan dilengkapi kanta-lensa thablur dengan penapisan UVA / UVB.

PERFORMANCEKacamata hitam pintar ini dilengkapi dengan kanta foto-kromatik yang bertindak balas kepada keadaan cahaya - dengan kanta-lensa yang jernih menjadi legap dalam 50 saat apabila terdedah kepada cahaya UV. Bingkainya rapat ke muka lebih daripada model lain dalam jajarannya, dan tangkainya tebal, menjadikannya satu set sempurna jika anda akan melakukan banyak penunggangan.





SEMI PROCermin mata Semi Pro adalah kacamata terkenal dari Indian, dihasilkan dari bingkai nilon dan kanta polikarbonat. Ia juga mempunyai mangkuk mata atau eyecup busa boleh tanggal supaya anda boleh memakainya saat menunggang, ataupun ketika tidak menunggang.
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai pakaian dan aksesori India, layari: www.indianmotorcycle.eu