FIM Moto-e Piala Dunia bermula tahun 2019

Kejohanan perlumbaan motosikal elektrik FIM Moto-e Piala Dunia akan menjadi kenyataan dalam tahun 2019. Permulaan era baru untuk sukan bermotor dua roda ini akan menyaksikan penggunaan motosikal elektrik sepenuhnya dalam kejohanan dunia baharu ini. Dorna juga turut mengumumkan Energica dari Itali sebagai syarikat pembekal bagi kejohanan tersebut, dengan menggunakan model Energica Ego yang ditala khas.
Syarikat Energica Motor yang berpusat di Modena, Itali telah mencipta motosikal elektrik perlumbaan Itali pertama. Ia bekerjasama dan berkongsi pengalaman, semangat dan kepakaran syarikat induknya iaitu CRP Group. Energica dan model Ego ini akan menyediakan jentera lumba berprestasi dunia dengan pelepasan sifar bagi Piala Dunia FIM Moto-e, dari idea konsep kepada realiti persaingan kelajuan tingi yang mendebarkan.

12 buah Volkswagen Beetle Edisi Terhad Dijual dalam 20 Minit!

Tahukah anda bahawa kesemua 12 buah VW Beetle edisi terhad yang dijual di Lazada Malaysia telah dijual dalam masa hanya 20 minit?

Kesemua VW Beetle yang berharga RM112,112 sebuah itu mula terjual hanya 26 saat selepas tengah malam tadi. VPCM telah bekerjasama dengan Lazada untuk menawarkan edisi terhad Volkswagen Beetle bersempena jualan mega atas talian Online Lazada dari 12 hingga 14 Disember 2017.
Dua reka bentuk edisi terhad disediakan, iaitu versi "Herbie 53" dalam putih Pure White dan perak White Silver, serta versi "Bug Hot" dalam warna merah Tornado Red. Pelanggan hanya perlu membeli Kit permulaan eksklusif Lazada pada harga RM5,000 yang juga dijadikan sebagai bayaran pra-pembayaran tempahan  kereta mereka.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, "kami gembira kerana telah benar-benar mnghampiri had sempadan dan mencipta sejarah dengan kerjasama ini. Jualan 12 kereta dalam jangka waktu yang sesingkat ini adalah luar biasa. Ia benar-benar menjadi bukti bagaimana rakyat Malaysia mampu menerima keseronokan pembelian dalam talian."

Bunyi enjin Triumph 765 untuk Moto 2

Nak dengar bunyi enjin Triumph untuk Moto2 kelak?

Klik sini untuk dengar atau muat turun klip pendek  

Klik sini untuk dengar atau muat turun nada dering 16 saat 

 


Harga Royal Enfield Himalayan diumumkan

Tempahan awal kini sudah dibuka untuk Royal Enfield Himalayan. Jentera yang membayangkan halatuju baharu syarikat India tersebut kan dikuasakan oleh enjin pembakaran udara SOHC yang menjanjikan 24.5 hp pada 6,500 rpm dan tork 32Nm sekitar 4,000-4,500rpm. Ia dipacu oleh kotak gear 5 kelajuan dengan klac basah berbilang plat.

Himalaya ini dibina dengan kerangka separuh duplex terpisah dan mendapat tupang teleskopik 41 mm dengan jarak pergerakan 200 mm di bahagian hadapan dan monoshock di belakang dengan 180mm pergerakan maksima.

Motosikal ini mempunyai tapak roda 1,465mm, kelegaan bumi sebanyak 220mm, panjangnya 2,190mm dan lebar 840mm dengan ketinggian pelana sebanyak 800mm. Berat basah adalah 182kg dengan tangki bahan api yang dipenuhi 15 liter petrol.
Pengimport Enfield di UK iaitu MotoGB telah megumumkan harga atas jalannya iaitu £3,999.00 atau kira kira RM22,000 di United Kingdom. Apakah ia nya akan tiba di malaysia? Malangnya setakat ini belum ada tada tanda sahih...

Cornish dan Gabit Habibullah juara FIM Supermoto Singapura


Podium Kelas Terbuka Singapura
Kejuaraan FIM Asia SuperMoto yang pertama di Singapura telah berlangsung dalam cuaca cerah semalam. Litar yang mencabar menanti para pelumba di laluan berturap 18 selekoh di Litar Karting KF1 yang terbukti sukar bagi beberapa penunggang. Ini bermakna lonjakan sewaktu permulaan dengan 'holeshote' kemungkinan besar akan menentukan kedudukan hadapan memandangkan penunggang tidak mampu membuat kesilapan semasa perlumbaan dan kurangnya peluang untuk memintas.

Pelumba United Kingdom Lewis Cornish, Trakarn Thangthong dari Thailand dan Khairi Zakaria dari Malaysia mengekalkan prestasi cemerlang mereka di trek, dan juara Malaysia Muhd ​​Habibullah membakar litar dengan kemunculan semula yang hebat selepas kecederaan Motocross pada Oktober 2017.

Moto 1
Perlumbaan rasmi pertama kejohanan di Singapura bermula dengan pemimpin kejohanan Lewis Cornish sekali lagi menerobos ruang untuk membuat holeshot, yang merupakan faktor penentu untuk memimpin perlumbaan. Mengetahui bahawa Simon mengekorinya di tempat kedua di belakang, dia tidak mampu membuat sebarang kesilapan.
Lewis Cornish
Di belakang Simon, Muhd ​​Habibullah yang masih belum benar benar pulih dari kecederaannya mengekori di belakang. Pada permulaan perlumbaan, beliau telah terperangkap dalam pertempuran empat hala dengan Yasushi Matsumoto dari Jepun, Trakarn Thangthong dari Thailand dan rakan senegaranya Khairi Zakaria, tetapi juara 2016 tahu apa yang perlu di lakukan untuk mengekalkan kedudukannya yang kedua.

Moto 2
Hujan lebat yang disertai dengan kilat yang datang sejurus selepas perbarisan di grid telah memaksa juri dan penganjur untuk membatalkan Moto 2. Keputusan ini dibuat dengan mengambilkira keselamatan penunggang.

Keputusan keseluruhan dalam pusingan ini telah didasarkan pada keputusan Moto 1, sekaligus menobatkan Lewis Cornish dari United Kingdom sebagai juara FIM Asia SuperMoto Championship 2017 - Juara Kelas Terbuka Singapura. Muhd ​​Habibullah dari Malaysia pula mengambil podium teratas kelas Asia buat pertama kalinya musim ini.
Muhd Habibullah
Pusingan akhir Kejohanan SuperMoto FIM Asia 2017 akan diadakan di Bukit Jalil, Malaysia pada 16 dan 17 Disember 2017.

Podium Kelas Asian

Pelumba Denmark, Simon Vilhelmsen

Pelumba Japan Yasushi Matsumoto diekori Trakarn Thangthong dari Thailand

Khairi Zakaria

Trakarn Thangthong