Khazanah Jepun ditemui di Sg Bakap!

Siapa sangka akan dapat menemui harta Jepun pada era 60 tahun selepas merdeka ini. namun khazanah yang dimaksudkan bukanlah harta karun atau longgokan emas seperti yang mungkin telah diceritakan bapa atau datuk anda dahulu. Ia nya merupakan himpunan ribuan basikal terpakai yang telah dibawa masuk secara pukal untuk ditawarkan kepada pasaran tempatan.
Basikal basikal terpakai ini terdiri dari pelbagai jenis, daripada basikal kanak kanak, BMX, basikal bandar atau city bikes, basikal elektrik, yang beroda tiga, hinggalah ke basikal kruiser klasik dan chopper dari Amerika Syarikat seperti yang berjenama Schwinn, Marina dan Southbay Bicycles. Anda juga boleh menemui basikal dengan gear tangan dan juga gear tengah seperti gear kereta yang pernah digunakan untuk basikal chopper satu ketika dulu.
Harga basikal di sini adalah mengkut jenis, keadaan dan juga aksesori. Basikal bandar tanpa gear ditawarkan dalam lingkungan harga RM250, dan naik ke RM350 jika dilengkapi sistem gear. Basikal lumba dan gunung (mountain bike) mungkin mencecah harga RM700 hingga RM1,000, begitu juga jenis basikal klasik kruiser.
Yang beroda tiga ditawarkan pada harga permulaan RM500 bagi yang belum dibaikpulih dan mampu mencecah seribu ringgit bagi yang telah dipulihkan lengkap dengan kesemua aksesorinya seperti bakul, gear dan lampu, malahan anda boleh memilih untuk memasang bangku kanak kanak jika mahu. Datang sendiri ke sana, selepas keluar di Tol Jawi, Pulau Pinang dari hala lebuhraya Utara Selatan PLUS.


























SAM Media Ride

SAM Media Ride ke Perlis telah diadakan pada 22 dan 23hb Julai 2017 bagi mempromosikan Event Merdeka Ride. Nantikan butiran lebih lanjut Program Merdeka Ride pada bulan September yang akan disertai oleh 600 bikers menjelajah Semenanjung Malaysia.

Yamaha membuka Institut Jepun-India yang Pertama untuk Pembuatan di Chennai


Iwata, July 21, 2017 - Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia telah mengadakan majlis perasmian bagi Pusat Latihan MOTOR NTTF YAMAHA (YNTC), yang baru ditubuhkan di Loji Chennai (dalam Tamil Nadu Negeri ) dengan Anak syarikat tempatan dari India, Yamaha Motor Pvt. Ltd. (IYM).

The YNTC adalah pusat pertama dibuka sebagai sebahagian daripada Institut Jepun-India untuk "Manufacturing" inisiatif (JIM), yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Jepun, Kerajaan Republik India, dan syarikat-syarikat Jepun sebagai -"Private Manufacturing Program: bagi Promosi Pemindahan Pemasaran.

Ianya bertujuan untuk mewujudkan kaedah gaya Jepun bagi pembuatan dan  budaya kerja dan kemahiran di India. Program ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Jepun dan syarikat-syarikat Jepun untuk merealisasikan "Buat di India" dan "Kemahiran India" yang dikemukakan oleh Perdana Menteri India Modi. Melalui penubuhan Jekstil Jepun (JEC) di kolej-kolej kejuruteraan yang ada, Kerajaan Jepun dan Kerajaan Republik India berhasrat untuk melatih 30,000 pemimpin dan jurutera dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Selain itu, sebelum majlis pembukaan, Majlis Akreditasi JIM telah diadakan pada 27 Jun di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Kerajaan Jepun. Di majlis itu, empat syarikat Jepun - termasuk Yamaha Motor - disahkan sebagai anggota JIM, dan memajukan persediaan untuk pembukaan JIMs.

Dari pembukaannya pada 21 Julai, 40 pelajar berumur 18 hingga 21 tahun telah diterima untuk tahun akademik pertama di YNTC. Sepanjang program empat tahun, pelajar akan mempelajari kemahiran praktikal dalam pembuatan gaya Jepun merangkumi sembilan bidang utama: pemasangan motosikal, kawalan bahagian, cat, welding, pemutus, pemesinan (dalam kedua-dua aluminium dan keluli) dan kawalan kualiti.

SM Sport jenama baharu di Malaysia


Syarikat pengedar Mforce Bike Holdings yang berpengkalan di Pulau Pinang telah mengumumkan pelancaran jenama motosikal mereka sendiri yang bergelar SM Sport. Pengenalan model pertama jenama baharu ini iaitu SM Sport 110R telah dilangsungkan petang tadi di Pulau Pinang.  SM Sport mengkhususkan sasaran pengguna mereka bagi model motosikal mampu milik dalam julat sesaran enjin 110cc hingga 150cc, untuk menenuhi permintaan golongan pembeli motosikal kali pertama yang menginginkan motosikal yang bergaya, tahan lasak, mesra alam, dan pada harga yang berpatutan.



Model SM Sport 110R ini merupakan hasil kerjasama dan melalui kaedah pemindahan teknologi di antara Syarikat Mforce Bike Holdings dengan syarikat Qian Jiang Motorcycle yang juga merupakan pemilik dan pengilang jenama Benelli. Ia nya dihasilkan dengan menggunakan 30% komponen peralatan buatan tempatan dan selainnya adalah komponen yang diimpot dari luar Negara. Penggunaan komponen dalam penghasilan model jenama motosikal SM Sport selepas ini akan ditingkatkan kepada 60% pada masa yang akan datang. Ia bersesuaian dengan sasaran Mforce Bike Holdings untuk menggalakkan perkembangan industri sampingan motosikal dan juga pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad berkata bahawa “Mforce Bike Holdings merupakan sebuah syarikat yang berdaya saing dan telah mempunyai kedudukan tertentu dalam pasaran motosikal. Kini, Mforce Bike Holdings telah merancang untuk mengeskport SM Sport 110R ke luar negara di rantau Asia seperti Indonesia, Singapura, Sri Langka, dan sebagainya.” Asri turut menyatakan bahawa pelancaran model baru motosikal SM Sport 110R akan dituruti banyak lagi model baharu SM Sport pada masa yang akan datang sesuai dengan matlamat mereka untuk menjadikan menjadikan jenama SM Sport ini sebagai satu jenama yang popular di rantau Asia.


Model tersebut telah menggunakan enjin 109 cc SOHC sejukan udara suapan karburetor yang mampu memenuhi piawaian standard pelepasan EURO 3 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Enjin ini mampu menghasilkan 6.4 kuasa kuda atau 4.8kW pada 7500RPM. Di antara ciri ciri yang ditawarkan oleh SM Sport 110R adalah perjimatan penggunaan bahanapi untuk capaian perjalanan yang lebih jauh. Sistem Suis Penjimatan Bahan Api dalam model SM Sport 110R bertindak untuk menghantar isyarat kedudukan pendikit agar dapat membantu unit kawalan enjin ECU bagi kalibrasi jumlah bahanapi yang tepat bagi menghasilkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, SM Sport 110R mempunyai reka bentuk yang aerodinamik dan grafik sporti bagi penampilan yang menarik.

Di samping itu, SM Sport 110R juga mempunyai beberapa ciri keselamatan istimewa seperti lampu siang atau day time running light (DRL), signal hadapan dan belakang LED, sistem suspensi belakang Kayaba(KYB), ruang penyimpanan besar 10L, penutup lubang kunci anti-kecurian, tayar tanpa tiub dan port atau lohong USB di dalam ruang simpanan di bawah tempat duduk.


SM Sport 110R ini ditawarkan pada harga RM3,788 (tidak termasuk GST) dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih terdahulu. Terdapat tiga pilihan warna yang menarik akan dikeluarkan termasuk Kuning Bumblebee, Biru Ocean dan Merah Ruby.

Spesifikasi:
Enjin & Transmisi:
    Jenis Enjin     SOHC-4 lejang Euro3
    Anjakan(cc)    109
    Bore x stroke(mm)    Ø50.0 X 55.5
    Kuasa maksima    4.8kW/7500 rpm        
    Tork maksima    7.0Nm/7000 rpm  
    Nisbah Mampatan    9.5:1
    Pencucuhan    CDI
    Penghidup    Elektrik & Tendang
    Gear    4-kelajuan, berkitar
    Jenis cekam (klac)    Plat basah berbilang
Ukuran:
    Berat Kering (kg)    105 kg
    Ketinggian Pelana (mm)    770
    Panjang Keseluruhan(mm)    1960
    Pelepasan Tanah (mm)    155
    Jarak Roda (mm)    1275
Chasis:
    Rim Depan & Belakang    Aloi Aluminium
    Suspensi Depan    Tupang/fork teleskopik
    Suspensi Belakang    spring peredam minyak
    Tayar Depan    70/90-17 (tanpa tiub)
    Tayar Belakang    80/90-17 (tanpa tiub)
    Brek Depan    cakera 220mm
    Brek belakang     Gelendung/dram

    Kapisiti Tangki Minyak (L)    4L
    Bateri    12V6Ah Penyelanggaraan Percuma (MF)
 









Honda RS150R berkonvoi seluruh Semenanjung sejauh 1,780KM



 Pengalaman mengharungi Konvoi Marathon Semenanjung 2017 telah memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh 40 para pemilik RS150R. Sebanyak 40 buah motosikal Honda RS150R telah menyertai konvoi ini yang berlangsung pada 14 hingga 17 Julai lalu.

Aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop) - Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor). Konvoi ini telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia. Konvoi ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam bermula di Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak. Manakala, peserta dari Kelantan akan menyertai konvoi dari 15 sehingga ke 18 Julai. 

Dari kiri, En. Simon Chuak (Sing Yik Motors); tengah En. Tio Wei Chun (Ah Thong Motors) dan En. Joseph Cheng (AKJB Sales & Services.



Pihak pengajur telah menjemput enam orang marshal dan pasukan sokongan Boon Siew Honda untuk memudahkan aliran trafik yang melibatkan ahli konvoi yang ramai. Bermula dari Sing Yik Motors, Chemor Perak, para peserta dari Perak dan Johor dilepaskan oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Eksekutif Jualan Kanan Honda, Wei Wei seawal 8.30 pagi. Pasukan sokongan Honda yang terdiri daripada mekanik dan safety riding untuk membantu sekiranya ada peserta yang mengalami masalah di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam dengan beberapa perhentian di R&R dan stesen minyak. Mereka seterusnya bergerak melalui laluan Gerik ke Ah Thong Motors, Kota Bahru Kelantan.
  Pengurus dari Sing Yik Motors (kiri) berkesempatan bergambar bersama dengan
pasukan sokongan Boon Siew Honda & marshal
  Sesi Safety Riding 

 Sesi pengambaran di depan Sing Yik Motors sebelum berlepas ke Kelantan

  Peserta mula berlepas dari Sing Yik Motors dilepaskan oleh Mr. Simon Chuak ke Kelantan.

Biarpun masa yang diambil ke destinasi agak panjang, namun telatah ahli-ahli konvoi sangat menghiburkan walaupun ramai ahli yang baru sahaja menyertai konvoi buat kali pertama, namun keserasian terus tercipta di kalangan semua ahli. 

Sebaik sahaja tiba di Kota Bahru, para peserta disambut oleh pihak penganjur dari Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun dengan meriah. Lepas makan malam, ahli konvoi berlepas ke Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan untuk bermalam di E&E Hotel. 


Group foto lepas keluar dari Plaza Tol Bukit Besi

 Berkumpul di hadapan Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan.

Hari kedua dimulai dengan sarapan pagi enak yang dihidang oleh pihak Ah Thong Motors dan diikuti senaman bagi tujuan memanaskan badan yang dipimpin oleh Safety Riding dari Boon Siew Honda yang melibatkan semua peserta konvoi. Pasukan konvoi pada hari ini dilepaskan oleh pengurus Ah Thong Motors – En. Tio Wei Chun. 
 Sesi pengambaran di depan Ah Thong Motors sebelum berlepas ke Kelantan
  En. Tio dan sekeluarga datang untuk member sokongan padu kepada para peserta 

Di sepanjang perjalanan, mereka dapat menikmati keindahan pemandangan di sepanjang jalan merentasi Terengganu dan akhirnya sampai ke Kuantan, Pahang. 
 Bergambar di hadapan Hentian Royal Belum



Bergambar di Puncak Titiwangsa

Sesampainya ke Kuantan, mereka turut singgah di Pantai Teluk Chempedak untuk menikmati keindahan pantai. Setiap kumpulan dibahagikan kepada kumpulan kecil (10 ahli) untuk tugasan mendapatkan foto terbaik.
 Foto terbaik dimenangi oleh kumpulan “Desperato” di Pantai Teluk Chempedak

Mereka bermakan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur dan bermalam di Signature Hotel. 
 Makan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur
 
Di hari ketiga, mereka berlepas ke Kulai, Johor seawal 7.30 pagi dan bersinggah di beberapa R&R dan stesen minyak di Pekan, Mersing dan Kota Tinggi sebelum bertemu dengan ahli Honda RS150R Southern Club di depan AKJB Sales & Services pada pukul 5.30 petang. Mereka disambut oleh pengusaha AKJB En. Cheng, Pengurus Besar Boon Siew Honda – En. Yee Lip Kwong, Pengurus cawangan Johor – En. Liow Hai Peng dan Pengurus Kanan cawangan Terengganu – En. Ooi Kheng Siang.
Group foto bersama Mr. Cheng dari AKJB dan Eksekutif Jualan cawangan Johor – Chai.


Lepas itu, peserta konvoi balik ke hotel untuk mandi dan bersiap sedia untuk makan malam Gala Dinner yang berlangsung di Wheat & Wit Bakery Café & Dining. 


Pemenang - Acara pertandingan tarian




Pihak atasan dari BSH – kiri Ke-2: En. Yee (Pengurus Besar), ke-3: En. Ooi (Pengurus Kanan cawangan Terengganu), ke-5: En. Liow (Pengurus cawangan Johor) & Eksekutif Jualan cawangan Johor.  

  Group foto di Gala Dinner

Group foto bersama Pengurus Besar BSH – Mr. Yee dan Mr. Cheng- Pengusaha dari AKJB. 

Acara malam itu dimulakan dengan sesi bergambar di luar dewan yang melibatkan ahli konvoi, ahli dari Honda RS150R Southern Club dan pegawai-pegawai atasan dari Boon Siew Honda. Seterusnya, makan malam Gala Dinner dihiburkan dengan celoteh pengacara yang telah dijemput khas dan diselang-selikan dengan acara hiburan seperti alunan muzik, permainan, pertandingan tarian dan hidangan buffet. Majlis Gala Dinner tidak akan lengkap jika tidak diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Hadiah utama berupa topi keledar berjenama GIVI & KYT yang bernilai lebih kurang RM400. Manakala kemeja-T,  pelincir dan pelbagai lagi hadiah berupa barangan penyelenggaran dan motosikal Berjaya dimenangi oleh peserta konvoi. Taniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja hadiah cabutan bertuah. Acara majlis Gala Dinner berakhir sekitar 11.00 malam. Senarai nama tajaan untuk konvoi: Boon Siew Honda Sdn. Bhd., GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, AEON Credit, Parkson Credit, Up Gasket, Taikom Racing, Allianz General Insurance, P&O Insurance, TAA, Motor Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.



Pada hari terakhir konvoi,  peserta bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing-masing sebaik sahaja selesai bersarapan.
 Para peserta dilepaskan oleh Pengurus Besar BSH En. Yee Lip Kwong di hadapan AKJB Sales & Services.

 Penganjur bergambar sebelum mengucapkan selamat tinggal

 Peserta dari Perak sampai ke Ipoh kira-kira 6.30 petang. Manakala peserta dari Kelantan bermalam sebelum berlepas balik di keesokan harinya. 



 Peserta bersinggah di Sungai Klah untuk berehat sambil mengisi perut

 Peserta berkumpul di perkarangan Bulatan Amanjaya Ipoh selepas balik dari Johor



Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Setiap sejam perjalanan, mereka akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengisi minyak dan memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan. Konvoi ini turut diikuti oleh pasukan sokongan mekanik dari Boon Siew Honda, Sing Yik Motors dan Ah Thong Motors. Setiap hentian, pengisian minyak dan pengendalian peserta konvoi di atas jalan diurus rapi bagi mengelakkan sebarang masalah.