Showing posts with label basikal. Show all posts
Showing posts with label basikal. Show all posts

Pam basikal dalam poket anda

  Apabila seseorang penunggang basikal terpaksa menukar tayar di tepi jalan, mengepamnya dengan menggunakan pam tangan yang padat boleh menjadi sesuatu yang merengsakan. Itulah sebabnya ramai penunggang menggunakan katrij udara termampat walaupun ia nya tidak dapat diguna atau dikitar/isi semula. Satu lagi alternatif dilancarkan di Interbike minggu ini,  iaitu pam elektrik bateri miniFumpa yang boleh anda beli.
Pam untuk injap Presta ini cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam poket dan hanya berat 190 g (6.7 oz), dan boleh mengepam tayar 700 x 23C sehingga tekanan maksimum 120 psi (8 bar). Caj USB satu jam dengan bateri litium-polimer dilaporkan mencukupi untuk mengepam dua tayar sedemikian sehingga 100 psi setiap satu (7 bar). Proses inflasi mengambil masa kira-kira 40 hingga 50 saat setiap tayar.

 Para penunggang basikal yang memikirkan untu menggantikan pam di rumah mereka juga mungkin berminat dengan abang miniFumpa yang lebih besar iaitu Fumpa standard (gambar di atas). Ia boleh digunakan dengan kedua-dua injap Presta dan Schrader, dan boleh mengepam enam tayar pada sekali cas, mempunyai paparan bacaan digital, dan boleh mengepam tayar 700 x 23C sehingga 100 psi dalam hanya 20 hingga 25 saat. Namun begitu ia mungkin agak besar untuk disimpan dalam saku.





MiniFumpa ini berharga USD$129, manakala Fumpa pula berharga USD$179.
Sumber: Fumpa Pumps

Khazanah Jepun ditemui di Sg Bakap!

Siapa sangka akan dapat menemui harta Jepun pada era 60 tahun selepas merdeka ini. namun khazanah yang dimaksudkan bukanlah harta karun atau longgokan emas seperti yang mungkin telah diceritakan bapa atau datuk anda dahulu. Ia nya merupakan himpunan ribuan basikal terpakai yang telah dibawa masuk secara pukal untuk ditawarkan kepada pasaran tempatan.
Basikal basikal terpakai ini terdiri dari pelbagai jenis, daripada basikal kanak kanak, BMX, basikal bandar atau city bikes, basikal elektrik, yang beroda tiga, hinggalah ke basikal kruiser klasik dan chopper dari Amerika Syarikat seperti yang berjenama Schwinn, Marina dan Southbay Bicycles. Anda juga boleh menemui basikal dengan gear tangan dan juga gear tengah seperti gear kereta yang pernah digunakan untuk basikal chopper satu ketika dulu.
Harga basikal di sini adalah mengkut jenis, keadaan dan juga aksesori. Basikal bandar tanpa gear ditawarkan dalam lingkungan harga RM250, dan naik ke RM350 jika dilengkapi sistem gear. Basikal lumba dan gunung (mountain bike) mungkin mencecah harga RM700 hingga RM1,000, begitu juga jenis basikal klasik kruiser.
Yang beroda tiga ditawarkan pada harga permulaan RM500 bagi yang belum dibaikpulih dan mampu mencecah seribu ringgit bagi yang telah dipulihkan lengkap dengan kesemua aksesorinya seperti bakul, gear dan lampu, malahan anda boleh memilih untuk memasang bangku kanak kanak jika mahu. Datang sendiri ke sana, selepas keluar di Tol Jawi, Pulau Pinang dari hala lebuhraya Utara Selatan PLUS.