Showing posts with label lorong tutup. Show all posts
Showing posts with label lorong tutup. Show all posts

Penutupan Lorong Kiri Di Terowong Meru Kuala Kangsar-Ipoh

PLUS Akan Menutup Lorong Kiri Di Terowong Meru (laluan Kuala Kangsar-Ipoh) Untuk Kerja-kerja Pemulihan Turapan.

Pengguna lebuh raya yang melalui Terowong Meru  dari Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dinasihatkan merancang perjalanan mereka berikutan penutupan sementara lorong kiri di terowong antara KM260.30 dan KM262.05 (Arah Selatan) untuk kerja-kerja pemulihan turapan.  Penutupan sementara akan diaktifkan secara berperingkat dari 7 Februari (Selasa) hingga 16 Februari (Khamis), 2023, antara 9:00 malam dan 12:00 tengah hari setiap hari.

Laluan satu lorong PLUS Bidor - Sungkai arah selatan

Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara km 342.60 hingga km 343.65 (Arah Selatan) di Bidor ke Sungkai akan ditutup selama 10 hari kepada semua kenderaan mulai semalam, 22 Mac sehingga Jumaat, jam 8:00 pagi pada 26 Mac 2021 dan 5 April (Isnin) jam 8 pagi hingga 9 April (Jumaat) jam 8.00 pagi akan datang.

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan  dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.