Showing posts with label dorna. Show all posts
Showing posts with label dorna. Show all posts

Kejohanan motosikal elektrik FIM dunia mulai 2019

Enel akan menjadi penaja utama Piala FIM MotoE™ yang akan datang. Siri perlumbaan litar motosikal elektrik pertama di dunia oleh FIM yang akan dikenali sebagai Piala Dunia FIM Enel MotoE™ yan akan bermula pada tahun 2019. Syarikat itu juga telah mengumumkan peranan barunya sebagai Rakan Tenaga Boleh Baharu MotoGP™  yang berkongsi wawasan bersama dengan pemegang hak komersil acara perlumbaan iaitu Dorna, yang mensasarkan komitmen jangka panjang kemapanan sukan tersebut.

Pengumuman itu dibuat pada acara yang diadakan hari ini di Officine Farneto di Rom.

Loris Capirossi bersama jentera lumba Energica
Piala Dunia MotoE™ baharu akan menjadi medan persaingan motosikal caj pintar yang dihasilkan oleh syarikat Itali, Energica, yang menyatukan prestasi dan pelepasan sifar.

Selain itu, Enel akan bekerjasama dengan Dorna untuk menyediakan MotoGP dengan penyelesaian tenaga maju, termasuk yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dalam acara-acara persaingan.
 Enel akan merekabentuk dan menyampaikan peranti pengecasan pintar untuk memastikan pengecasan  pantas bagi motosikal Energica, di mana pengecas mudah alih yang dilengkapi bateri yang direka khas, mampu mengecas sepenuhnya motosikal dalam masa kurang dari 30 minit, akan disambungkan ke enjin pintar e-platform mobiliti untuk mengoptimumkan proses pengecasan. Platform ini mengintegrasikan teknologi canggih Enel's Electro Mobility Management platform (EMM), yang membolehkan pemantauan jarak jauh stesen pengisian, dan platform JuiceNet, yang dibangunkan oleh eMotorWerks (subsidiari Enel), yang membolehkan pengedaran kemudahan penyimpanan.
Enel, melalui bahagian perkhidmatan tenaga majunya iaitu Enel X, akan menawarkan kepakaran teknikal dan pengalamannya dalam mobiliti elektrik ke kejohanan FIM Enel MotoE™ World Cup. Kumpulan akan menyediakan pengecasan pintar dan cepat, perkhidmatan tenaga lanjutan, bekalan tenaga hijau serta penyimpanan, dengan kakitangan dan kemudahan di lokasi yang berdedikasi. Sistem elektrik kompleks MotoE akan disokong oleh pengurusan tenaga pintar Enel dengan sistem fotovoltaik mudah alih atau boleh didapati daripada grid pengagihan tenaga tempatan.
Sebagai penaja utama FIM MotoE ™ World Cup, logo Enel akan dipaparkan dengan jelas pada motosikal dan sut pelumba dalam siri perlumbaan baharu itu.

MotoGP Motegi hingga 2023

 Masa depan MotoGP™ Twin Ring Motegi kini terjamin selama lima tahun lagi, selepas kontraknya dilanjutkan dari tahun 2019 hingga 2023. Lokasi  Jepun ini yang merupakan litar tuan rumah kepada kebanyakan pengilang berprofil tinggi di grid permulaan, meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun 2017 dan ini menjadikannya masa yang tepat untuk mengumumkan lanjutan tempah penganjuran ini.

Tahun pertama kontrak baharu pada 2019 itu juga akan menandakan ulang tahuk ke-20 sejak litar tersebut menyertai kalendar MotoGP™ pada tahun 1999, dan tempat itu telah menjadi tuan rumah beberapa perlumbaan paling penting dalam era moden termasuk kemenangan kejuaraan musim lalu oleh Marc Marquez.

Terletak di antara lokasi semula jadi indah yang luas di daerah Kanto Utara, Jepun, litar Motegi ini terdiri daripada litar bujur 1.5 batu dan litar jalan raya sejauh 2.9 batu yang dibina mengikut piawaian antarabangsa. Ia dibina oleh Honda sebagai kemudahan litar ujian mutakhir pada bulan Ogos 1997, litar jalan taya itu menjadi tuan rumah kepada MotoGP pada tahun 2000 sementara litar bujur itu direka untuk memperkenalkan budaya sukan motorsport Amerika ke negara tersebut.
Twin Ring Motegi merupakan tarikan utama para peminat motorsports sepanjang tahun kerana ia juga merupakan di mana terletaknya Honda Collection Hall, sebuah muzium koleksi motosikal, kereta dan jentera perlumbaan dari keseluruhan era. Kompleks ini juga menempatkan sekolah keselamatan dan menunggang, trek tanah, go-kart, hotel, restoran, kedai dan dewan acara dan kini menggaji kira-kira 300 kakitangan.

Jepun merupakan negara tuan rumah kepada pasukan MotoGP™ Honda, Yamaha dan Suzuki, dan ini menjadikan negara itu sebagai pengeluar motosikal terbesar di dunia. Jepun juga mempunyai warisan perlumbaan motosikal yang kaya dan Litar Twin ring Motegi telah menjadi lokasi tetap kalendar MotoGP™ sejak ia mula menjadi tuan rumah pertama pada tahun 1999.

Grand Prix Jepun pertama diadakan pada tahun 1963 di litar Suzuka, dan 40 Grand Prix telah berlangsung di Negara Matahari Terbit itu sehingga 2017.
Susumu Yamashita, Presiden Mobilityland Corp dan CEO Dorna Carmelo Ezpeleta

Rossi kembali menyengat di Assen GP

Pelumba pasukan MotoGP Movistar Yamaha Valentino Rossi sekali lagi mempersembahkan tunggangan terbaiknya ke perlumbaan Motul TT Assen semalam. Juara dunia sembilan kali menyempurnakan hujung minggu yang mencabar dengan kemenangan yang luar biasa, langsung mencatatkan kerjaya kemenangan terpanjang dalam sejarah untuk semua kelas, yang merangkumi lebih 20 tahun dan 313 hari.

Rossi memulakan perlumbaan Grand Prix Belanda dari kedudukan keempat apabila langit semakin gelap. Dia tangkas mengambil kedudukan di belakang Johann Zarco dan Marc Marquez untuk berada di tempat ketiga dan cepat bertindak balas ketika pesaingnya cuba menjarakkan diri, dan menetapkan pusingan terpantas sementara perlumbaan di lap tiga dan empat, dengan diekori Danilo Petrucci.
Rakan sepasukannya Maverick Viñales cuba memperbaiki kedudukannya dari tangga kesebelas ke grid dan sedang menuju ke arah kumpulan utama, malangnya usaha beliarakhir selepas terjatuh malang.

The Doktor kemudiannya berusaha untuk mengatasi Marquez dengan 17 pusingan berbaki dan meintasnya di selekoh pertama dengan disahut sorakan para peminatnya. Dia mengulang gerakan ini skali lagi pada pusingan seterusnya untuk mengambil alih pimpinan perlumbaan dari Zarco, malah kedua duanya bersntuhan seketika di selkoh 4, tetapi pelumba Itali itu terus memimpin. Empat pusingan kemudian penunggang pasukan pengilang Yamaha itu mla menjarakkan diri sambil para pengejarnya berjuang untuk tempat kedua.

The Doktor telah berjaya meningkatkan jarak sebanyak kira-kira satu saat, tetapi dengan 8 pusingan berbaki, bendera putih telah dikibarkan apabila hujan mula turun. Rossi terpaksa memperlahankan rentaknya, dan ini membolehkan pesaingnya mula merapatkan diri. Tahap adrenalin mencapai paras paling tinggi untuk para peminat VR46 kerana wira mereka kini berjuang berhabis habisan untuk mengekang saingannya. Petrucci berjaya memintasnya ketika lima pusingan berbaki, namun Juara Dunia sembilan kali tidak akan membiarkan kemenangan itu hilang dengan mudah. Satu pusingan kemudian, dia menggunakan Yamaha YZR-M1 untuk mengecilkan jarak dengan rakan senegaranya mendapatkan semula pimpinan perlumbaan.
Pusingan terakhir dipenuhi dengan drama kerana pasangan itu harus berurusan dengan para pelumba tercorot atau backmarkers, tetapi Rossi terus cekal untuk meraih kemenangan sensasi dengan kelebihan 0,063 saat.

 Keputusan hari ini menyaksikan Rossi melangkah ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan berbekalkan jumlah 108 mata. Dia kini tiga mata di belakang rakan sepasukan Viñales yang berada di tempat kedua. Kemenangan sensasi ini juga melihat Yamaha mengekalkan kedudukan teratas dalam kejohanan pengeluar dengan margin 22 mata dan Movistar Yamaha MotoGP kekal sebagai pendahulu dalam kedudukan pasukan dengan 28 mata ketika mereka bersiap sedia untuk ke Jerman bagi pusingan seterusnya di Sachsenring minggu depan.