Demak eksport motosikal ke Kemboja

Pengeluar motosikal Demak iatu DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd dan Asian Comfort Investment Co. Ltd telah menandatangani satu perjanjian penting untuk membolehkan pengeluar motosikal tempatan itu memasarkan kenderaan keluaran mereka di Kemboja. Upacara menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di  Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di Menara Matrade semalam dengan disaksikan oleh wakil Duta Kemboja ke Malaysia, Rath Many, dan Pengerusi ICSMEE Malaysia Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Pengarah MATRADE ASEAN YM Raja Badrul, serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah syarikat-syarikat yang terlibat.

Usaha untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan dan kejayaan PKS yang mampan ini telah diterajui Majlis Antarabangsa PKS & Keusahawanan Malaysia (International Council of SMEs & Entrepreneurship Malaysia (ICSMEE) bersama-sama dengan MATRADE Malaysia, dengan sokongan strategik oleh Aspen Gateway, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam mengatur pembiayaan perdagangan.

Asian Comfort Investment Co. Ltd Kemboja telah dilantik oleh DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd untuk mempromosikan dan menjual barisan model motosikal Demak di Kemboja. Kumpulan Demak berjaya membangun dan memasarkan lebih daripada 30 model motosikal di bawah jenama "DEMAK", meliputi skuter, moped, utiliti dan sukan, e-basikal dan aksesori. Ia telah mendapat penguasaan pasaran yang kukuh bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Filipina.

Bab ICSMEE Pulau Pinang telah membolehkan kesinambungan OKS Malaysia untuk pengkomersialan dan diikuti dengan perdagangan dan kerjasama silang sempadan. Ia mampu dilakukan melalui suntikan modal perniagaan dan bantuan pembiayaan perdagangan oleh Aspen Gateway - sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam rangkaian kewangan di seluruh dunia, yang juga akan menandatangani MoU dengan PKS ini. MATRADE ASEAN menyokong pasaran eksport yang melangkaui model sinergi, secara keseluruhannya berfungsi sebagai platform untuk lima PKS Malaysia yang memasuki perniagaan dengan perwakilan perniagaan Kemboja.

No comments: