Yamaha 135LCFi eksklusif untuk Malaysia


Hong Leong Yamaha Motor hari ini telah melancarkan Yamaha 135LC FI baharu yang merupakan motosikal Klac Auto 135cc paling berkuasa, eksklusif untuk pasaran Malaysia.

 Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Dato’ Dr Jim Khor berkata model baharu itu pastinya mampu mengatasi keperluan peminat motosikal di Malaysia. “Model ini telah direka dan dibangunkan untuk memenuhi keperluan majoriti penunggang Malaysia sebagai motosikal harian mereka, tetapi juga terbukti menjadi kuasa besar di jalan raya.”

Yamaha 135LC FI ini didatangkan enjin suntikan bahanapi 135cc EU4 yang baharu dengan klac auto, dengan prestasi yang dipertingkatkan untuk pecutan lancar.  Penunggang juga boleh menikmati keseronokan menunggang yang lebih baik dan tunggangan yang lebih lancar berbekalkan kerangka badan lebih ringan yang direka bentuk semula dengan ciri aerodinamiknya dipertingkatkan.  Bagi meningkatkan ciri keselamatannya, model ini kini dilengkapi dengan brek cakera belakang dengan lengan ayun yang direka bentuk baru.


 

Yamaha 135LC FI kini kelihatan lebih lasak bergaya dengan Lampu Depan LED, Lampu Posisi dan Lampu Belakang LED baharu.  

Model itu kini turut hadir dengan Speedometer Digital baharu yang memberikan lebih banyak tunggangan maklumat berbanding pendahulunya, sambil menampilkan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 4.6L untuk membolehkan penunggang mempunyai peningkatan jarak tempuh menunggang pada setiap tangki penuh.

 Yamaha 135LC FI baharu ditampilkan dalam 4 (empat) warna bergaya: Sian Crystal Cyan, Hitam Midnight Star, Merah Ruby Red, dan Kelabu Desert Storm Edisi Khas (SE).





 Edisi Khas SE disertakan bersama Bakul Premium Yamaha yang direka khas, dibangunkan secara eksklusif untuk penunggang Malaysia, dengan bahagian buka dan tutup untuk melindungi barangan peribadi daripada basah pada hari hujan, selain mempunyai alur keluar pengecas USB untuk mengecas peranti elektronik penunggang.


Yamaha 135LC FI baharu akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 14 Mac, 2022 ini dengan harga runcit yang disyorkan RM 7,798.00 untuk warna standard dan RM 8,198 bagi model Edisi Khas, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.  Di samping itu, setiap pemilik baru daripada model Yamaha 135LC FI akan menerima kunci cakera keselamatan dengan pembelian mereka.

No comments: