SuperKIP kan kembali ke Moto3 untuk musim 2020
Khairul Idham Pawi akan berpindah ke Kejohanan Dunia Moto3 pada tahun 2020 dengan PETRONAS Sprinta Racing. SuperKIP akan membuat kemunculan kembali di kelas di mana dia memenangi dua perlumbaan pada musim sulung 2016.
KIP memulakan karier perlumbaan Grand Prixnya dalam kelas Moto3 dengan cara yang hebat, memenangi perlumbaan kedua sebagai pelumba sepenuh masa sebelum menang kedua kalinya pada tahun yang sama.
Sebagai sebahagian daripada rawatan yang berterusan keatas kecederaan yang dialami pada Grand Prix Sepanyol pada Mei tahun ini, KIP akan melalui terapi kali ketiga pada Selasa minggu ini di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur. Pelan pemulihannya akan menumpukan persiapan untuk musim 2020, bermakna dia tidak akan kembali ke Moto2 pada tahun 2019. Sebaliknya, dia akan digantikan untuk baki musim 2019 oleh rakan senegara, Adam Norrodin.
Musim 2020 Moto3 akan berlangsung pada Mac tahun depan, dengan pusingan pembukaan di Grand Prix Qatar yang dijadualkan pada 8 Mac.
#superkip #petronassprintaracing #moto3 #moto2 #motogp
No comments:
Post a Comment