MAM kini badan bertanggungjawab sukan bermotor Malaysia


Badan pentadbir lumba kereta dunia iaitu Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA),
telah bersetuju mengiktiraf
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) untuk mengambil tanggungjawab sebagai pentadbir sukan bermotor di ini.
Perkara ini dusahkan dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FIA untuk Sukan Bermotor, Peter Bayer yang bertarikh 18 Jun 2019. Dalam kenyataan tersebut Bayer
berkata FIA telah memutuskan untuk mewakilkan tugas dari Persatuan Automobil
Malaysia (AAM) ke MAM yang kini dipimpin oleh Presidennya Tan Sri Mokhzani Mahathir, menurut
Artikel 5.2 dan 16.3 yang termaktub dalam FIA Statutes.
"Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dikemukakan kepada ahli-ahli
Majlis Sukan Bermotor Dunia pada mesyuarat seterusnya dalam bulan Oktober ini, " kata Bayer.
Beliau juga berharap MAM akan mengambil "semua langkah yang perlu untuk melaksanakan amalan yang menggalakkan
kuasa sukan" di Malaysia.

AAM telah dibatalkan pendaftaran oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada November tahun lepas setelah gagal mematuhi pelbagai peraturan pentadbiran.

Tan Sri Mokhzani mengalu-alukan pengiktirafan daripada FIA.
"Keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa sukan bermotor di Malaysia akan meneruskan kelangsungannya di
kedua-dua peringkat kebangsaan dan antarabangsa, " kata Tan Sri Mokhzani.
"Adalah penting bahawa sukan bermotor Malaysia mempunyai badan kerja untuk menjalankan kegiatannya dan juga
menyokong pembangunan dan pertumbuhan - termasuk tindakan pengiktirafan yang berkaitan dengan sukan bermotor".
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa sukan bermotor Malaysia akan mendapat yang terbaik dari kami," tambah Tan Sri Mokhzani.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Agung MAM, Encik Muizz di Malaysia
muizz@mam.org.my.




No comments: