Himpunan VW Beetle sasar pecah rekod Malaysia

Buat pertama kalinya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan perhimpunan "Beetle, An Iconic Gathering". Acara yang mengalu-alukan pemilik Beetle dari semua lapisan masyarakat dalam meraikan kenderaan klasik ini akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Istana Keadilan di Putrajaya pada 13 Julai 2019. Volkswagen akan cuba memecahkan rekod Malaysia semasa himpunan Beetle terbesar berkumpul di satu lokasi semasa acara tersebut, dan VCM menyeru kepada semua pemilik Beetle klasik dan semasa untuk turut serta dalam usaha ini.

Acara meriah ini akan bermula dengan konvoi Beetle Sunshine Tour yang melibatkan lebih 150 kenderaan yang akan melalui pusar bandaraya Kuala Lumpur. Konvoi akan bergerak melalui jalan-jalan Segitiga Emas sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya di mana mereka akan menyertai kereta Beetle yang lain di Istana Keadilan.

Perhimpunan ikonik ini terbuka kepada semua pemilik Beetle di Malaysia dan peserta yang berminat boleh mendaftar dan kereta mereka di laman web Volkswagen di sini. Penyertaan adalah percuma, dan butiran acara disediakan semasa pendaftaran dalam talian. Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan dari Volkswagen.

No comments: