Pemilik Yamaha kini ada aplikasi telefon bimbit khusus

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan inisiatif baharu bagi melibatkan pelanggan dengan aplikasi baharu Yamaha Motor Malaysia dan laman web yang dikemaskini. Pembaharuan ini bertujuan untuk memberikan pelanggan pengalaman yang baik dalam sentuhan digital sebagai pilihan utama mereka. Dua inisiatif digital baharu diperkenalkan iaitu sebuah aplikasi baru dipanggil Yamaha Motor Malaysia dan laman web Hong Leong Yamaha Motor baharu.



Aplikasi Yamaha Motor Malaysia dan laman web baharu yang dipertingkatkan direka bentuk dengan antara-muka mesra pengguna yang bertujuan untuk menjadi platform digital interaktif dan bermaklumat yang memperlihatkan tawaran terkini produk dan perkhidmatan HLYM.

Aplikasi itu akan menjadi alat interaksi masa nyata yang sesuai untuk pengguna yang kerap melakukan perjalanan. Pasukan Digital dan Inovasi di HLYM kini juga telah memulakan kerja dalam fasa kedua pembangunan yang merangkumi perkara berikut:




1. Sistem pembelian dalam talian dan penghantaran ke rumah;
2. Program Kesetiaan Yamaha untuk ganjaran dan rebat eksklusif;
3. kod pengimbas bagi mengenalpasti alatganti tulen;
4. Tempahan Servis Penyelenggaraan secara dalam talian;
5. Sistem Rekod Servis dalam talian;
6. Pangkalan Data Rangkaian Jualan dan Perkhidmatan Yamaha
7. Perkhidmatan kecemasan secara klik masuk;
8. Integrasi pengesan kenderaan secara masa nyata dengan sistem anti kecurian
'Dengan kemunculan komunikasi berteknologi tinggi dan peningkatan sentuhan fizikal, kami akan menyatukan semua ini menerusi inisiatif digital kami untuk maju ke hadapan. Pada masa yang sama, kami akan terus mempertingkatkan tahap perkhidmatan kami secara lebih cekap untuk pengalaman pelanggan yang lebih bermakna" ujar Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor.

Aplikasi Yamaha Motor Malaysia kini boleh didapati di App Store dan Google Play Store mulai sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai laman web baru Hong Leong Yamaha Motor, sila layari www.yamaha-motor.com.






1 comment:

JohnRMay said...

tertanya-tanya bahawa Proton X70 2020 mempunyai fungsi kemudahan itu