Yamaha sarankan Kesedaran Persediaan Penunggangan

Hong Leong Yamaha Motor Memperkenalkan Program "Kesedaran Persediaan Penunggangan" KPP bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia. Program yang diterajui oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) ini betujuan menyebarkan kesedaran keselamatan jalan ke peringkat seterusnya. Program KPP dibangunkan dengan sokongan Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) sebagai usaha berterusan dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya kepada semua rakyat Malaysia.

 Di bawah program ini, HLYM bekerjasama dengan semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pendidikan dengan pelanggan baru mereka. Setiap pelanggan akan diberikan salinan "Buku Panduan Kesedaran Persediaan Pengunggangan (KPP)". Buku panduan keselamatan ini dibangunkan oleh HLYM dan JKJR untuk para penunggang motosikal.

"Penekanan terhadap keselamatan pelanggan kami akan sentiasa menjadi keutamaan syarikat kami dan HLYM akan terus menyokong kepentingan keselamatan jalan raya melalui banyak lagi program dalam masa terdekat. Kami menyedari bahawa sesetengah pemilik motosikal baru tidak semestinya menyedari keperluan asas keselamatan ketika mereka berada di jalan raya. Kami berharap dengan Program KPP, kami dapat mendidik mereka dengan informasi yang tepat agar dapat menjadi contoh yang baik bagi pengguna jalanraya yang lain," ujar Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Dato 'Jim Khor.
Program Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP) ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohamad Dahlan Md Maamor, Setiausaha Politik, bagi pihak Menteri Pengangkutan dan disaksikan oleh Dato' Jim Khor,  dan Pengerusi Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia Encik Wee Hong.

No comments: