Rossi sambung kontrak Yamaha hingga 2020

Yamaha Motor Co., Ltd. dan Valentino Rossi hari ini telah mencapai persetujuan yang akan menyaksikan pelumba lagenda Itali tersebut kekal dengan pasukan kilang Yamaha untuk musim 2019 dan 2020 MotoGP dengan jentera Yamaha YZR-M1.

Pelanjutan kontrak datang tepat sebelum  bermulanya musim ke-13 pelumba berusia 39 tahun itu dengan Yamaha, menjelang Grand Prix Qatar, yang akan diadakan dari 16 hingga 18 Mac.

Gabungan The Doctor dan YZR-M1 telah membawa kepada banyak pencapaian pada masa lalu dan secara bersama mereka telah memperoleh empat gelaran Kejohanan Dunia MotoGP. Beliau adalah pelumba Grand Prix yang paling berjaya dalam sejarah, dengan 56 kemenangan, 43 tempat kedua dan 35 tempat ketiga yang diperolehi dalam 206 perlumbaan bersama.

Selain itu, daripada 500 kemenangan pengeluar Jepun tersebut dalam acara Grand Prix motosikal yang dicatat sewaktu perlumbaan di Le Mans pada tahun 2017, tepat tepat 11% daripada jumlah kemenangan itu telah dimenangi oleh Rossi, menjadikannya pelumba yang terbesar menyumbang kepada kemenangan Yamaha, dengan 55 kemenangan pada tahap itu.

Pencapaian enam podium tahun lalu termasuk kemenangan GP yang cemerlang di Belanda meyakinkan Pasukan MotoGP Movistar Yamaha dengan kerjasama mereka bersama Rossi dan berharap untuk menjadi pencabar utama yang serius untuk 2018 dan musim musim berikutnya.

No comments: