Design 90 usaha dua roda Lamborghini

Lamborghini Design 90 yang dikuasakan olen enjin Kawasaki 997 cc.
Walaupun mungkin lebih dikenali sebagai pembuat kereta eksotik, Lamborghini pernah membuat motosikal (dan juga traktor lamborghini Trattori). Walaupun Ducati secara teknikalnya dimiliki oleh Audi melalui anak syarikat Lamborghini (dengan Volkswagen memayung kesemua syarikat ini), usaha pembuatan motosikal mereka tiada kaitan langsung dengan Ducati.

Dalam tahun '80-an, Lamborghini merupakan milik ahli perniagaan artis kontemporari Perancis iaitu Patrick Mimran. Di bawah bimbingan Mimran, Lamborghini menyaksikan tempoh kebangkitan semula termasuk penglibatan ringkas ke dalam produk bukan automotif.

Salah satu projek mereka ketika itu ialah Lamborghini Design 90, diperkenalkan pada tahun 1986 dan dihasilkan oleh Boxer Bikes (kini dikenali sebagai Designer Boxer). Pembina yang berpangkalan di Toulouse Perancis itu menghasilkan enam model konsep menggunakan enjin Kawasaki (pelbagai sesaran) dan bingkai aluminium yang direka oleh Claude Fior semua disalut dengan fairing gentian kaca.

Lamborghini dan Boxer menerima kira-kira 50 pesanan bagi motosikal mereka pyang berharga AS$ 13,500 setiap satu, tetapi projek itu tidak lama kemudian ditangguhkan dan Mimran telah menjual syarikat ini kepada Chrysler pada tahun 1987, sekaligus menamatkan usaha ini.

No comments: