Jepun hasilkan Fuji Rabbit sebelum Vespa

Selepas Perang Dunia II, pengeluar pesawat perang dilarang untuk membina pesawat, dan terpaksa mencari produk lain untuk meneruskan perniagaan mereka. Fuji Sangyo, sebahagian daripada bekas Syarikat Penerbangan Nakajima, memulakan pengeluaran skuter Fuji Rabbit S-1 pada bulan Jun 1946. Diilhamkan dari rekabentuk skuter Powell yang digunakan oleh anggota Amerika, S1 direka untuk menggunakan alatganti lebihan peralatan ketenteraan, termasuk roda ekor pesawat pengebom Nakajima, ang digunakan sebagai roda hadapan bagi S1. Skuter Fuji Rabbit adalah skuter Jepun pertama yang mampu mencapai kelajuan melebihi 60 batu sejam (97 kmj). Fuji Rabbit mula dihasilkan pada bulan Jun 1946, iaitu enam bulan sebelum skuter Vespa pertama dikeluarkan. Ia dihasilkan oleh syarikat Fuji-Sangyo, yang kini dikenali sebagai Subaru Corporation.

No comments: