Baju hujan GIVI tiruan dirampas

 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan operasi rampasan barangan ke atas sebuah premis perniagaan yang menjual baju hujan tiruan berjenama GIVI, semalam.

Operasi yang bermula pada 11.30 pagi itu berakhir pada jam 2.00 petang dengan jumlah rampasan sebanyak 465 pasang baju hujan tiruan tersebut. 10 pegawai Kementerian telah terlibat di dalam operasi yang turut di sertai pihak GIVI beserta beberapa pegawai polis. Pihak GIVI di dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah mengesan kehadiran barangan tiruan jenama mereka di premis ini selama 3 bulan sebelum mengambil tindakan sepatutnya.
GIVI juga menasihati pengguna agar selalu berwaspada dengan pembelian terutamanya apabila melakukan atas talian melalui internet. Jika harga yang ditawarkan terlalu murah, pengguna boleh mendapat kepastian dahulu di media sosial GIVI Malaysia sebelum membuat pembelian. Senarai penuh pengedar sah GIVI boleh didapati di pautan ini : http://givi.com.my/malaysia.php?type=3







No comments: