Pam basikal dalam poket anda
Apabila seseorang penunggang basikal terpaksa menukar tayar di tepi jalan,
mengepamnya dengan menggunakan pam tangan yang padat boleh menjadi sesuatu yang merengsakan. Itulah sebabnya ramai penunggang menggunakan katrij udara termampat walaupun ia nya tidak dapat diguna atau dikitar/isi semula. Satu lagi alternatif dilancarkan di Interbike minggu ini, iaitu pam elektrik bateri miniFumpa yang boleh anda beli.
Pam untuk injap Presta ini cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam poket dan hanya berat
190 g (6.7 oz), dan boleh mengepam tayar 700 x 23C sehingga
tekanan maksimum 120 psi (8 bar). Caj
USB satu jam dengan bateri litium-polimer dilaporkan mencukupi untuk
mengepam dua tayar sedemikian sehingga 100 psi setiap satu (7 bar). Proses inflasi mengambil masa kira-kira 40 hingga 50 saat setiap tayar.
Para
penunggang basikal yang memikirkan untu menggantikan pam di rumah
mereka juga mungkin berminat dengan abang miniFumpa yang lebih besar iaitu
Fumpa standard (gambar di atas). Ia boleh digunakan dengan kedua-dua injap Presta dan Schrader, dan boleh mengepam enam
tayar pada sekali cas, mempunyai paparan bacaan digital, dan boleh mengepam
tayar 700 x 23C sehingga 100 psi dalam hanya 20 hingga 25 saat. Namun begitu ia mungkin agak besar untuk disimpan dalam saku.
MiniFumpa ini berharga USD$129, manakala Fumpa pula berharga USD$179.
Sumber: Fumpa Pumps
No comments:
Post a Comment