Leona Chin kini duta jenama MMM


Mitsubishi Motors Malaysia mengalu-alukan Leona Chin sebagai duta jenama mereka. Leona telah banyak terlibat dalam pelbagai acara perlumbaan kereta di seluruh dunia dan baru-baru ini mencatat kemenangan dalam Siri Piala Clio di China, sebagai salah seorang dari
dua pemandu wanita pada perlumbaan pertama pada Mac 2016 di Zhuhai, China.

"Penglibatannya dalam menjadi menjadi platform yang hebat, sama juga seperti kami yang menghasilkan kenderaan rali Mitsubishi, yang kami kira akan menguntungkan pelanggan kami dari segi pengendalian, prestasi dan tidak melupakan keselamatan juga, "kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

"Leona juga telah menyertai Mitsubishi Motors dalam banyak acara lepas yang membuktikan kejayaan Triton berenjin MIVEC. Menaklki cabaran getir seperti Borneo Safari,
Jambore 4x4 pertama di Sarawak bukanlah tugas yang mudah, tetapi kami memutuskan untuk menncabar manusia dan jentera ke had mutakhirnya," tambah beliau lagi.

Selain Triton, MMM juga akan memneri penekanan kepada SUV Mitsubishi Motors iaitu
SUV Outlander dan ASX Compact. Kedua-duanya dipasang tempatan di Malaysia dengan ciri premium dan keselamatan yang membanggakan.

"Saya bangga mewakili Mitsubishi - jenama yang kuat dan berprestij dengan warisan sukan bermotor yang hebat. Ia merupakan satu perjalanan yang menarik untuk saya tahun lepas, sebagai duta produk dan pemilik Triton. Kebanyakan acara ekstrim yang saya turut serta dengan Mitsubishi telah membuktikan kekuatan, ketahanan dan kelasakan Triton. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mitsubishi Motors Malaysia untuk peluang bekerja bersama-sama lagi dan saya tidak sabar-sabar untuk mewakili jenama keseluruhan kali ini, "kata Leona Chin.

Sebagai seorang wanita dalam profesi yang didominasi oleh lelaki, Leona telah membuktikan dirinya dan meningkah banyak pandangan stereotaip setelah menakluki dunia sukan bermotor. Dengan senyuman manis
dan personaliti ceia, Leona banyak terlibat dalam Mitsubishi Motors selepas video "Gadis agen jualan bawa pelanggan utuk aksi drift dalam pikap" yang telah tular dan mendapat 7.3 juta tontonan di YouTube.

Sebagai duta jenama Mitsubishi Motors, Leona akan muncul dalam beberapa kempen termasuk semua jenis media, jerayawara dan pameran bergerak, serta dalam media sosial. Beliau akan muncul pada jerayawara pra-tonton Outlander pemasangan tempatan yang akan diadakan di Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur dari 27 September ini hingga 1 Oktober mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jumpa beliau di sana!

No comments: