ARRC kembali ke Zhuhai?


Kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) telah menandatangani hubungan kerjasama strategik berbilang tahun dengan Litar Antarabangsa Zhuhai sebagai satu cara untuk memanfaatkan minat yang semakin meningkat dalam sukan motorsport di China. Siri perlumbaan motosikal ARRC memaparkan kategori SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc, mengandungi gabungan pelumba berpengalaman yang menghadapi saingan bakat muda yang agresif. Gabungan unik ini sering mencetus ledakan keterujaan pada setiap pertemuan kejohaan tersebut.

Sehubungan ini, pasukan profesional di Litar Antarabangsa Zhuhai akan bertindak sebagai penaja perlumbaan sepenuhnya untuk ARRC di China, dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak kepelbagaian dan keterangkuman dalam siri Asia. Ini termasuklah penyebaran maklumat melalui platform media Cina seperti Weibo dan Youku.

Kerjasama ini diharapkan akan menggalakkan lebih banyak penyertaan oleh pasukan dan penunggang Cina dalam kejohanan ARRC tersebut. Kedua-dua pihak juga tidak menolak kemungkinan kepulangan ARRC ke litar China tesebut dalam masa terdekat.

Litar Antarabangsa Zhuhai yang dibina pada tahun 1996 merupakan salah satu litar perlumbaan profesional pertama di China. Dalam banyak cara, Litar Antarabangsa Zhuhai mempelopori permulaan budaya sukan bermotor di China.

Kejohanan Racing Road Asia, yang kebetulan turut bermula pada tahun 1996, merupakan kejohanan perlumbaan motosikal terbesar di rantau Asia.

No comments: