Tekno-MotoRev: Menangani permukaan senget atau kamber


Pada pusingan keenam petronas AAM Malaysian Cub Prix hujung minggu lepas, satu lagi kejohanan  perlumbaan yang disertai sekumpulan anak muda telah bermula. Di litar Jasin tersebut, beberapa pelumba Yamaha NVX Challenge ini telah bertanyakan bagaimana hendak menangani keadaan jalan yang senget atau sendeng.

Jarang sekali akan kita temui litar lumba mahuun jalan raya yang benar-benar rata. Jalan raya atau litar yang dibina di kawasan tanah yang paling rata pun masih akan kedapatan sedikit keadaan yang senget atau menyendeng.

Dalam bahasa yang paling mudah, senget atau sendeng ini dipanggil camber dalam bahasa Inggeris. Untuk memudahkan penyampaian kita akan gunakan istilah "kamber" dalam artikel ini. Ia berbeza dengan kamber tayar, yang akan kita bincangkan di lain masa. Kamber kali ini merujuk kepada perubahan ketinggian di antara tepi kiri dan kanan jalan, yang menghasilkan permukaan jalan bersudut. Perubahan ketinggian ini akan menyebabkan beberapa perubahan ruang atau peluang. 'Sudut' di permukaan jalan ini akan memerlukan cara pendekatan yang sering berubah.

Terdapat dua jenis sendeng atau kamber utama, iaitu samada sendeng/kamber positif atau kamber negatif. Kedua-duanya memerlukan pendekatan yang berbeza dan boleh mengubah rancangan pendekatan anda terutamanya jika ia nya berada pada sebuah selekoh.

 

Kamber positif
Secara umumnya, sendeng selekoh dengan kamber positif adalah lebih tinggi di bahagian luar selekoh dan lebih rendah di bahagian dalam, jadi permukaan jalan atau litar akan condong dari tepi luar ke bahagian dalam.

Kembar positif pada sebuah selekoh seringkali  membantu kita menangani belokan di selekoh tersebut. Seperti yang diboleh dilihat di litar lumba mahupun velodrom basikal sekali pun, kenderaan boleh bergerak lebih cepat apabila sudut disendengkan sebegitu kerana ini menyebabkan pengurangan daya sisi yang bertindak pada tayar.

Bagi membantu pemahaman, bayangkan begini. Jika dua penunggang menunggang pada kelajuan yang sama, seorang di selekoh rata dan yang seorang lagi  di selekoh dengan kamber positif, penunggang kedua yang mengambil selekoh kamber positif itu akan mampu bergerak dengan lebih cepat dan tanpa perlu menyendengkan motosikalnya sebanyak yang diperlukan penunggang di selekoh rata. Daya graviti yang menolak jentera ke luar belokan kini akan ditampan oleh selekoh sendeng positif da meningkatkan cengkaman tayar tanpa menggelongor ke luar selekoh.
Penunggang motocross adalah contoh yang baik untuk memahami keadaan ini, dan mereka lebih cepat membelok dengan mengambil laluan luar di selekoh belokan dan memaksimakan penggunaan tebing berkamber positif untuk membelok tangkas.

Kamber positif juga membolehkan anda agar lebih agresif dengan pendikit berbanding di selekoh dengan sudut yang sama rata.


 


Kamber Negatif
Kamber negatif pula adalah bertentangan dari yang diterangkan di atas. Apabila permukaan jalan atau litar lebih tinggi di bahagian dalam berbanding dengan bahagian luar selekoh, ia dikelaskan sebagai kamber negatif. Ini mewujudkan kelemahan yang bertentangan dengan kebiasaan positif.

Untuk bergerak pada kelajuan yang sama di sekitar kamber negatif, anda akan perlu lebih banyak menyendengkan motosikal anda (berbanding dengan permukaan jalan) untuk menangani selekoh.

Daya graviti juga akan menarik anda menuruni sendeng iatu iaitu ke arah luar selekoh, dan meningkatkan beban sampingan pada tayar ketika anda menangani selekoh itu.

Ini bermakna anda perlu lebih berhati-hati dengan kawalan pendikit anda, terutamanya pada apabila keluar dari selekoh itu. Jika seseorang penunggang itu agak ghairah dengan pendikit untuk keluar dari selekoh rumit ini,beliau mungkin kehilangan cengkaman roda belakang.

Bolehkah anda mengubah garisan laluan tunggangan anda untuk mengelakkan kesan buruk dari kamber negatif? Jika anda tidak dapat mengelakkan kamber di ruang keluar selekoh tersebut contohnya, anda boleh cuba menggunakan laluan yang lebih luas memasuki selekoh agar anda boleh menegakkan motosikal anda lebih awal dan mendapatkan kelebihan pacuan kuasa dengan mengilas pendikit ketika keluar dari selekoh itu.

Anda mungkin terpaksa membrek pada bahagian permukaan jalan yang menurun kerana kamber, dan dalam keadaan sebegini anda perlu mempertimbangkan untuk menunggang dengan lebih berhati hati.

Namun begitu, awas dengan bahaya tersembunyi!

Apabila anda melalui kawasan berkamber negatif, melainkan jika anda meperlahankan kelajuan anda, sudut sendeng motosikal anda berbanding dengan jalan akan bertambah meningkat. Anda hanya perlu tutp sedikit pendikit dan perlahan lahan kembali laju ketika keluar dari selekoh itu.

Kesimpulan
Serba sedikit inilah yang dimaksudkan dengan kamber. Ini boleh membantu anda menangani selekoh, dan di sebaliknya ia juga boleh menjadi perangkap tersembunyi yang menunggu untuk memerangkap anda. Dalam banyak keadaan, perekabentuk litar lumba memasukkan elemen-elemen yang mencabar ini dengan tujuan untuk meujukan sebuah litar yang lebih teknikal. Pelumba perlu menilai setiap selekoh dan melihat sama ada anda boleh menangani kamber itu sebaik mungkin.

No comments: