Idemitsu Asia Talent Cup kembali lagi

 Kini tiba masanya untuk separuh kedua musim 2017 bagi cabaran Idemitsu Asia Talent Cup. Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, merupakantempat seterusnya untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini buat kali kedua setelah pusingan pertengahan musim terdahulu. Litar MotoGP ini memberikan cabaran yang diperlukan penunggang muda Piala Idemitsu Asia Talent peluang untuk mengenali salah satu litar yang bakal dihadapi mereka yang ingin berlumba di pentas dunia.
 
Piala Idemitsu Asia Talent akan dilangsungkan seiring acara Kejohanan Superbike Malaysia pusingan keempat, dengan dua lagi perlumbaan Sabtu-Ahad yang pasti mempamerkan aksi terbaik pencabar Piala di dua lurusan panjang  memulakan dan mengakhiri setiap pusingan, dan aksi mencucuk angin atau slipstreaming juga akan memainkan peranan penting seiring kemahiran lain yang diperlukan untuk berlumba dengan pelumba muda terbaik lain di benua Asia. Cuaca juga kan mejadi pertimbangan utama di Malaysia dengan suhu yang membakar dan ancaman hujan yang seringkali mengubah percaturan pelumba.


Di puncak kedudukan keseluruhan untuk memasuki pusingan ke empat merupakan pelumba Jepun, Haruki Noguchi, yang memiliki 87 mata untuk memimpin rakan senegara Yuki Kunii di 85. Pelumba Turki Deniz Öncü berada di tempat ketiga, setelah melakukan kemenangan ganda untuk pembuka musim di Buriram, dan akan teruja kembali ke Malaysia untuk membuat satu lagi pungutan mata besar dan mencabar para pemimpin sekali lagi, diikuti Ryusei Yamanaka dengan 70 mata.

Tidak terlalu jauh di belakang mereka merupakan harapan tempatan Azroy Anuar, yang akan mengetuai cabaran tuan rumah. Dia kini menduduki tangga kelima dengan 60 mata yang masih mampu memberikan harapan besar untuk ke tempat teratas.

Tahun lepas, kemenangan di Malaysia telah diraih Andi Farid dan Juara 2016 Somkiat Chantra. Kelas 2017 pasti akan menampilkan pemenang baharu. Ryusei Yamanaka, Gerry Salim dan Can Öncü semuanya telah pernah berada di podium Sepang, begitu juga dengan Deniz Öncü dan Yuki Kunii. Separuh kedua musim bermula sekarang, dan barangkali tiada tempat yang lebih sesuai untuk membuka pintu cabaran getir ini selain Sepang.


 Nantikan aksi mereka hujung minggu ini 29 & 30 Julai 2017!

No comments: