Pandu uji Toyota Vios baharu bukti kemampuannya


UMW Toyota telah mengatur satu sesi pandu-uji ke Desaru, Johor pada 17 & Januari lepas untuk mencuba Toyota Vios yang baharu. Generasi keempat Toyota Vios ini hampir kesemuanya baharu dengan hanya sedikit perubahan bahagian platform dan penampilan keseluruhannya.

Dari segi reka bentuk, ianya kelihatan lebih sporty dengan garis arus sisi yang berakhir ke depan secara agresif yang menampilkan wajah kereta itu cukup menarik bagi sebuah sedan kecil yang paling padat dan harga berpatutan. Vios ini turut dikenali sebagai Yaris ATIV di pasaran tertentu negara lain seperti Thailand, namun berenjin 1.3 liter manakala Vios 2019 yang dipasang di kilang baharu Toyota di bukit Raja ini dikuasakan enjin 1.5 liter.
Melangkah masuk ke dalam kenderaan ini dan anda akan dapati perubahan ketara pada papan pemuka dan panel instrumen yang telah direka bentuk semula, material kerusi dan kusyen baharu, konsol pusat yang direka bentuk semula, tambahan port pengecasan USB dan lampu kabin untuk penumpang belakang. Terdapat juga ruang simpanan yang ditambah dan sistem penyaman udara automatik sepenuhnya untuk semua varian.

Varian Vios 1.5 G mendapat tuil gear tangan atau paddle shifters dan rim aloi 16 inci sebagai standard, serta paparan meter Optitron Maklumat Multi Warna dan sistem infotainment DVD-AVX dengan kemampuan ketersambungan USB. Pandu uji yang telah dijalankan juga membuktikan bahawa Vios baharu ini lebih selesa dengan penggunaan bahan dan langkah penebat yang lebih baik yang berjaya menurunkan bunyi dan getaran ke tahap lebih rendah.


Penambahbaikan mekanikal juga dibuat kepada Vios ini. Enjin 1.5 liter Dual VVTi 4 silinder disatukan dengan kotak gear CVT yang dikawal kepada tujuh tahap kelajuan agar ianya menyampaikan kuasa secukupnya tanpa kekal pada rpm terlalu tinggi seperti sesetengah pesaingnya. Enjin berkuasa 106 hp dan tork sebanyak 140Nm ini memacu roda depan dan cukup tangkas di sekitar bandar. Ia menjanjikan kuasa yang mencukupi sebagai sebuah sedan kompak.

Perjalanan yang dilalui dari ibu negara ke selatan Johor dan balik semula didapati menyenangkan dengan tahap bunyi, gegaran dan hentakan (NVH) yang rendah dan cukup selesa bagi kelasnya. Toyota baharu ini boleh dijadikan pengangkutan yang selesa untuk semua orang pada kelajuan lebuh raya Malaysia. Pada kelajuan yang lebih tinggi, Vios ini masih mampu menangani keperluan stabiliti terutamanya dengan menetapkan mod pemanduan ke mod 'sport' sehingga 150-160kmh. Prestasi yang lebih baik mungkin akan memerlukan penambahan bar oleng atau profil kenderaan yang lebih rendah dan tayar yang lebih luas, namun mungkin akan  menjejaskan keseleaan perjalanan yang sedia baik kini.


Ruang dalaman yang selesa serta but barangan belakang yang besar membuatkan ianya sesuai untuk kegunaan keluarga. Kaum Hawa juga akan akan menyukainya kerana ianya mudah dipandu seperti sebagaimana sebuah sebuah Toyota lain.

Kebanyakan ciri Keselamatan Aktif berfungsi dengan baik terutama sekali Kamera Multi Pandangan (360 darjah) yang telah kami uji untuk meletak kereta atau menangani kawasan sempit.


Sistem Amaran Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert) berfungsi baik untuk mengesan kereta yang melintas di belakang anda terutamanya ketika hendak berundur. Sistem amaran titik buta atau BLIS nampaknya berfungsi bagi memberikan amaran kenderaan di sisi dalam kawasan titik buta, namun mungkin perlu diperhalusi lagi sistem atau ruang pengesanannya memandangkan ia kadangkala menyala sendiri tanpa kehadiran kenderaan.
Anda boleh tahu berapa RM telah anda jimatkan dengan pemanduan berhemah anda.
Model ini telah diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 pada akhir tahun lalu dan sekarang telah dilancarkan secara rasminya. Toyota Vios ini hadir dalam tiga varian J, E dan G, yang kesemuanya dipacu kotak gear CVT 7 kelajuan), dengan harga bermula RM77,200.

Secara ringkasnya, generasi terbaru Toyota Vios yang popular ini telah mengalami banyak penambahbaikan namun masih mengekalkan reka bentuk ringkas yang menarik dan selamat untuk dipandu. Vios ini dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Kenderaan dan Kawalan Pembantu Hill-start, serta telah diberi penarafan keselamatan lima bintang penuh oleh ASEAN NCAP. Dengan kesemua ciri ciri ini, ianya merupakan salah satu kenderaan sedan yang harus anda pertimbangkan untuk kegunaan peribadi mahupun bagi sebuah keluarga kecil.

BMW perkenal Program Waranti baharu

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua program baharu iaitu Program Waranti bertempoh 3 tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan yang juga bertempoh 3 tahun yang menetapkan tanda aras baharu bagi pemilikan motosikal premium di dalam negara.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Harald Hoelzl,  berkata, “Pengalaman pemilikan yang bebas daripada sebarang kekhuatiran merupakan kunci kepada ekspresi premium bagi kenderaan yang ditawarkan oleh BMW Group. Ia juga merupakan cara kami membezakan entiti kami dengan yang lain di dalam industri ini untuk ‘Make Life A Ride’ bagi pemilik kenderaan BMW.”
Program Waranti 3 Tahun BMW Motorrad yang baharu ini didukung oleh BMW Group AG dan ia meliputi pembaikan serta penggantian komponen secara percuma bagi sebarang isu yang melibatkan kecelaan pengeluaran atau bahan, dengan perbatuan (mileage) tanpa had.

Program Bantuan Tepi Jalan pula memastikan pelanggan diuruskan oleh pasukan yang terdiri daripada individu-individu yang pakar pada bila-bila masa, iaitu 24 jam sehari dan 365 hari setahun bagi perkhidmatan profesional dan bantuan pakar untuk tujuan kecemasan seperti perkhidmatan menunda jika berlakunya kerosakan.

Program-program baharu tersebut boleh dimohon bagi kesemua motosikal BMW yang berdaftar dari 1 Januari 2019 dan pada tarikh yang selanjutnya dengan pengecualian diberikan kepada BMW HP4 RACE.

BMW Motorrad Malaysia juga telah mengemas kini harga bagi kesemua model kenderaannya. Berikut ialah senarai harga terkini bagi model BMW Motorrad:

Persidangan Media Yamaha Motorsports 2019

Persidangan Media Motorsports 2019 akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia pada 5 Februari 2019.

Persidangan ini akan terdiri daripada dua bahagian. Bahagian 1 merupakan Persidangan Media Global, di mana Yamaha Motor akan mempersembahkan strategi perlumbaan di seluruh dunia dan secara rasminya memperkenalkan penunggang dan barisan pasukannya untuk musim 2019 di Kejohanan Dunia Superbike, All Japan Road Race Championship, dan Asia Road Kejohanan Perlumbaan. Bahagian 2 pula merupakan Persidangan MotoGP, yang akan terdiri daripada sesi soal jawab Q & A dengan empat pelumba MotoGP Yamaha, peluang foto dan banyak lagi.

Conference Information


Date February 5, 2019
Location Sepang International Circuit, Malaysia
Content Part 1: Global Media Conference
Time 17:00–18:00 (GMT+8) *
*Starting time, participating riders and conference content may be subject to change.
Participants Superbike World Championship
PATA Yamaha Team

All Japan Road Race Championship
Yamaha Factory Racing Team
Yamalube Racing Team

Asia Road Racing Championship
Yamaha Racing Team ASEAN and other teams
Part 2: MotoGP Conference
Time 18:30–19:00 (GMT+8) *
*Starting time, participating riders and conference content may be subject to change.
Participants Monster Energy Yamaha MotoGP
PETRONAS Yamaha SRT
Online viewing Yamaha Motor Racing website


Yamaha Factory Racing Facebook page
Back to
Top
  • facebook

120 pakej lawatan khas Cycle & Carriage boleh anda menangi

Cycle & Carriage yang diasaskan pada tahun 1899, merayakan ulang tahun ke-120nya pada tahun 2019 ini. Jenama barunya terus membina semangat Cycle & Carriage untuk mewujudkan pengalaman luar biasa yang berfokus kepada insaniah. 'Pengalaman perjalanan luar biasa' terus memandu halatuju syarikat untuk    memberi tumpuan kepada penyampaian produk dan perkhidmatan yang berkualiti, untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan, rakan kongsi, pekerja dan komuniti yang dikendalikan oleh Cycle & Carriage.
Cycle & Carriage menawarkan 120 Perjalanan Luar Biasa ke Mongolia, Nepal dan Korea. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu menyerahkan borang penyertaan mereka dari 10 Januari hingga 30 November 2019 untuk memenangi lawatan yang dirancang khas.

Beli dan mendaftarkan kereta baru atau terpakai dari Cycle & Carriage untuk menerima 12 peluang penyertaan
ATAU
Setiap RM3,000 yang dibelanjakan untuk perkhidmatan selepas perkhidmatan Cycle & Carriage akan menerima 1 peluang pen    yertaan, dihadkan pada 12 penyertaan.

Maklumat lanjut boleh didapati dari https://www.cyclecarriage.com/120

Pakej lawatan khas yang boleh anda menangi adalah seperti berikut:

Mongolia
"Pengembaraan"
Lintasi padang rumput yang meluas dan lawati kawasan penempatan nomad sejak masa Genghis Khan.
§ Menikmati keindahan semulajadi bukit-bukit pasir Mongolia Els.
§ Lawati Taman Negara Hustai dan berkenalan dengan takhi, kuda liar terakhir di dunia.
§ Berhubungan dengan keluarga Mongolia tempatan dan alami gaya hidup nomad.

Nepal
"Budaya"          
Selami sejarah Kathmandu dan tahu mengapa kerajaan purba ini juga merupakan salah satu tempat yang paling mempesona di dunia.
§ Ketahui keajaiban Pashupatinath, kompleks kuil Hindu dan tapak Warisan Dunia UNESCO.
§ Perjalanan ke kampung pegunungan Nagarkot dan mengagumi Himalaya dari ketinggian 2,200 m.   
§ Teroka ke Lembah Kathmandu dan melihat keindahannya yang menakjubkan.

Korea
"Metropolis"
alami gaya ibu kota Asia yang sejuk dan mulakan pemandangan indah bandar di seluruh Seoul untuk mengetahui keseronokan, pemandangan, dan bunyinya.
§ Menyaksikan upacara pertukaran pengawal     yang terkenal di Istana Gyeongbokgung.
§ Berjalan melalui kampung Bukchon Hanok tradisional dan adegan semula hidup dari drama Korea yang popular.   
§ Belajar untuk menyediakan hidangan Korea asli dan nikmatilah masakan Korea yang kerap dimasak di rumah.

Kalendar Cub Prix musim 2019 diumum


Kalendar perlumbaan bagi Kejuaraan Cub Prix AAM MAlaysia PETRONAS musim 2019 telah diumumkan secara rasmi, dengan pengenalan satu venue baharu dan juga kembalinya Litar Sepang ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix.

Sama seperti musim terdahulu, kejuaraan kebangsaan yang terbuka kepada semua pengeluar (kelas terbuka) akan berlangsung sebanyak 10 pusingan semusim .


Perlumbaan pembukaan musim akan berlangsung di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac 2019.

Litar Sepang akan kembali ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix musim ini sebagai venue penutup tirai musim 2019 pada 7 dan 8 Disember.


Venue seperti di Batu Kawan, Teluk Intan, Kuala Terengganu dan Jempol akan terus berada dalam kalendar kejuaraan musim ini.