Rossi kan terlepas Grand prix Misano

Turutan dari pembedahan yang dilaluinya baru baru ini, pelumba pasukan MotoGP Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi tidak akan dapat mengambil bahagian dalam pusingan MotoGP Gran Premio Tribul Mastercard di San Marino e della Riviera di Rimini, hujung minggu ini.

Pasukan pengilang Yamaha itu akan bersaing dalam pusingan 13 Kejohanan Dunia MotoGP 2017 dengan Maverick ViƱales sebagai pelumba tunggal.

Peminat Yamaha tentunya akan ternanti nanti kepulangan Valentino Rossi dan berharap dapat melihatnya kembali beraksi dengan YZR-M1 secepatnya.

Honda N-Box kenderaan mesra keluarga

 Honda Motor Co, Ltd telah mula menjual model kenderaan baharu mereka iaitu N-BOX mulai September 2017 di Jepun.

Honda membangunkan N-BOX baharu ini dengan matlamat menetapkan standard baharu untuk kereta jenis keluarga yang berkonsepkan "untuk kebahagiaan keluarga di Jepun". Ciri ciri N-BOX utama adalah seperti kabin dan reka bentuk luaran yang luas, yang telah diterima dengan baik oleh ramai pelanggan, platform dan lojikuasa baharu telah dibangunkan untuk N-BOX ini. Prestasi pemanduan yang cemerlang, tahap penggunaan bahan api yang ekonomik dan keselesaan peumpang telah direalisasikan dengan pengurangan berat badan kira-kira 80 kg walaupun selepas memasang ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan fungsi lain yang menarik seperti kerusi penumpang hadapan Super Slide yang baharu.

N-BOX baharu ini turut menggunapakai teknologi penyaman Honda SENSING™ yang maju dan teknologi bantuan pemandu lanjutan, termasuk fungsi yang baru ditambah untuk mengelakkan kesilapan penghidupan enjin. N-BOX serba baharu ini merupakan yang pertama di antara semua kenderaan mini Honda untuk menampilkan Honda SENSING™ sebagai peralatan standard pada semua varian.








N-BOX
Sales plan (in Japan, monthly, series total):
N-BOX Custom
15,000 units
Manufacturer's Suggested Retail Price (in Japan):
<N-BOX>
Type Engine Transmission Drive Price including 8% consumption tax
G・Honda SENSING 660cc
DOHC
CVT FF 1,385,640 yen
4WD 1,516,320 yen
G・L Honda SENSING FF 1,499,040 yen
4WD 1,629,720 yen
G・L Turbo Honda SENSING FF 1,695,600 yen
4WD 1,826,280 yen
G・EX Honda SENSING FF 1,596,240 yen
4WD 1,726,920 yen
G・EX Turbo Honda SENSING FF 1,749,600 yen
4WD 1,880,280 yen
<N-BOX Custom>
Type Engine Transmission Drive Price including 8% consumption tax
G・L Honda SENSING 660cc
DOHC
CVT FF 1,698,840 yen
4WD 1,829,520 yen
G・L Turbo Honda SENSING FF 1,895,400 yen
4WD 2,026,080 yen
G・EX Honda SENSING FF 1,752,840 yen
4WD 1,883,520 yen
G・EX Turbo Honda SENSING FF 1,949,400 yen
4WD 2,080,080 yen
  • *Price does not include insurance premium, taxes (excluding consumption tax) and cost related to vehicle registration.
  • *Based on the automobile recycling law, a separate recycling charge will be necessary. The recycling charge includes a recycling deposit (cost necessary to recycle shredder dust, air bags, chlorofluorocarbon (CFCs) and information management cost) and a fund management cost.
Body colors:
<N-BOX>
  • Premium White Pearl II*2
  • Luna Silver Metallic
  • Crystal Black Pearl
  • Premium Pink Pearl*2
  • Premium Ivory Pearl*2
  • Premium Agate Brown Pearl*2
  • Premium Yellow Pearl II*2
  • Brilliant Sporty Blue Metallic
  • Morning Mist Blue Metallic
  • British Green Pearl
<Two-tone color>
  • Premium Pink Pearl & White*4 *5
  • Premium Agate Brown Pearl & White*4 *5
  • Premium Yellow Pearl II & White*4 *5
  • Premium Ivory Pearl & Brown*4 *5
<N-BOX Custom>
  • Premium White Pearl II*2
  • Luna Silver Metallic
  • Shining Gray Metallic
  • Crystal Black Pearl
  • Premium Glamorous Bronze Pearl*2
  • Brilliant Sporty Blue Metallic
  • Premium Velvet Purple Pearl*2
<Two-tone color>
  • Premium White Pearl II & Black*4
  • Milano Red & Black*3
  • Brilliant Sporty Blue Metallic & Black*3
  • Premium Glamorous Bronze Pearl & Silver*4
  • Crystal Black Pearl & Red*3
  • *232,400 yen (30,000 yen excluding consumption tax) extra charge
  • *359,400 yen (55,000 yen excluding consumption tax) extra charge
  • *481,000 yen (75,000 yen excluding consumption tax) extra charge
  • *5Not available for G・Honda SENSING type.

Toyota patenkan tiang-A telus-pandang untuk tingkatkan pandangan pemandu

 Toyota dilaporkan telah memfailkan paten untuk penyelesaian pintar dan murah untuk mengurangkan titik buta penglihatan hadapan pemandu kereta dengan penggunaan tiang-A (A-pillars) yang telus penglihatan.

Pembuat kereta Jepun itu telah memfailkan paten baru dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat. Teknologi ini mampu membantu memperluaskan bidang penglihatan pemandu kereta, dan membantu mengurangkan kemalangan yang berkaitan dengan titik buta (blind spot) iaitu kawasan yang terlindung dari penglihatan. Inovasi terbaharu itu dikatakan sebagai penyelesaian yang berkesan dan murah untuk membantu pemandu melihat 'melalui' tiang-A kereta mereka. Ia nya juga telah direka untuk menangani masalah yang semakin meningkat pada kenderaan yang lebih besar, yang memerlukan tiang tebal untuk menampung ujian kemalangan bergolek (rollover) bagi menguji ketahanan menampung bumbung dari menghimpit penumpang.
Tidak seperti Konsep Cermin 360 Maya Jaguar (360 Virtual Urban Windscreen concept) dan bonet telus-pandang Landrover, penyelesaian Toyota tidak menggunakan paparan imej ke tiang A. Sebaliknya, pembuat kereta Jepun mendakwa para juruteranya telah menyelesaikan masalah tersebut dengan memasang cermin secara teliti yang memperlihatkan pandangan sekitar tiang itu. Teknologi baharu ini telah dicipta untuk dipasang dengan mudah pada semua model Toyota baharu.

Namun belum disahkan lagi bila kita akan dapay melihat teknologi baharu ini pada model pengeluaran Toyota. Pun begitu ia adalah sesuatu yang hebat, yang tentunya akan membantu pemandu untuk nampak penunggang motosikal dengan jelas di persimpangan dan juga bulatan.

Semak akaun sebelum beli barang atas talian

Pernah membeli barang di atas talian atau on-line? Selamat kah ia?

Dunia masa kini memudahkan kita mencari dan membeli barangan, apatah lagi barangan yang khusus atau unik, dan sukar diperolehi di kedai, ataupun mengambil terlalu banyak masa untuk memburu barangan keinginan atau yang anda benar benar perlukan seperti alatganti motosikal yang sukar di dapati.

Belian melalui internet bukanlah satu perkara baharu masa kini. Hak anda mungki dilindungi dalam pembelian melaui portal yang terkemuka seperti eBay dan Amazon. Namun begitu pembelian dalam negara mungkin secara lebih peribadi di mana anda lazimnya berurusan secara terus dengan penjual.

Apakah anda yakin akan memperolehi barangan yang telah anda bayar melalui akaun bank penjual?  Kini anda boleh membuat semakan akaun bank terlebih dahulu untuk mengenalpasti samada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak, sebelum anda membuat sebarang transaksi pembelian.

PDRM dibawah pengendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah melancarkan portal untuk membuat semakan. Anda boleh mengakses portal di url *http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/* dan masukkan nombor akaun untuk semakan. Jika akaun bank itu pernah dilaporkan kepada pihak polis, kemungkinan ia nya tidak selama dan anda boleh memilih untuk tidak meneruskan urusniaga anda.




Walaupun begitu, ia masih belum menjamin sepenuhnya bahawa transaksi yang dilakukan adalah selamat, kerana akaun bak itu mungkin baru saja dibuka, atau mangsa terdahulu tidak membuat laporan polis sebelum ini.


Jika anda pernah terasa tertipu, buatlah laporan polis tidak kira sekecil mana pun jumlah transaksi tersebut. Anda mungkin membantu bakal bakal mangsa yang lain.
Jadilah pembeli yang bijak !!

Rossi selamat jalani pembedahan

 Pelumba MotoGP Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi telah terbabit dengan satu kemalangan enduro pada petang 31 Ogos 2017 dan dimasukkan ke hospital.

Setibanya, dia menerima pembedahan antara jam 2 pagi hingga 3 pagi oleh Dr. Raffaele Pascarella, Pengarah Bahagian Ortopedik dan Traumatologi 'Azienda Ospedaliero-Universitaria Ospedali Riuniti' di Ancona. Semasa pembedahan, tulangnya yang patah telah dipasang pin logam intramedullari tanpa sebarang komplikasi.

Rossi telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menghabiskan satu malam di 'Azienda Ospedaliero-Universitaria Ospedali Riuniti'. Beliau telah mendapat rehat secukupnya di hospital dan berasa cukup baik untuk pulang ke rumah di mana dia akan meneruskan proses pemulihannya.