Semak akaun sebelum beli barang atas talian

Pernah membeli barang di atas talian atau on-line? Selamat kah ia?

Dunia masa kini memudahkan kita mencari dan membeli barangan, apatah lagi barangan yang khusus atau unik, dan sukar diperolehi di kedai, ataupun mengambil terlalu banyak masa untuk memburu barangan keinginan atau yang anda benar benar perlukan seperti alatganti motosikal yang sukar di dapati.

Belian melalui internet bukanlah satu perkara baharu masa kini. Hak anda mungki dilindungi dalam pembelian melaui portal yang terkemuka seperti eBay dan Amazon. Namun begitu pembelian dalam negara mungkin secara lebih peribadi di mana anda lazimnya berurusan secara terus dengan penjual.

Apakah anda yakin akan memperolehi barangan yang telah anda bayar melalui akaun bank penjual?  Kini anda boleh membuat semakan akaun bank terlebih dahulu untuk mengenalpasti samada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak, sebelum anda membuat sebarang transaksi pembelian.

PDRM dibawah pengendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah melancarkan portal untuk membuat semakan. Anda boleh mengakses portal di url *http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/* dan masukkan nombor akaun untuk semakan. Jika akaun bank itu pernah dilaporkan kepada pihak polis, kemungkinan ia nya tidak selama dan anda boleh memilih untuk tidak meneruskan urusniaga anda.




Walaupun begitu, ia masih belum menjamin sepenuhnya bahawa transaksi yang dilakukan adalah selamat, kerana akaun bak itu mungkin baru saja dibuka, atau mangsa terdahulu tidak membuat laporan polis sebelum ini.


Jika anda pernah terasa tertipu, buatlah laporan polis tidak kira sekecil mana pun jumlah transaksi tersebut. Anda mungkin membantu bakal bakal mangsa yang lain.
Jadilah pembeli yang bijak !!

No comments: