Tunggangan Amal Langkawi 2012

Tunggangan amal juga sering dirancang oleh pelbagai badan kebajikan mahupun kelab kelab, dan juga kumpulan bermotosikal baik dari yang kecil mahupun yang berkuasa tinggi. Tunggangan Amal Antarabangsa Langkawi 2012 (LICR'12) merupakan salah satu aktiviti amal tahunan seumpama ini.

Pada tahun ini, tunggangan tersebut telah dianjurkan dari 7-10 Jun 2012 dari Kuala Lumpur ke pulau legenda Langkawi di Kedah, Malaysia. Ini merupakan kali kedua acara ini dianjurkan, yang telah menyaksikan kumpulan penunggang dari Malaysia, Singapura, Thailand, India, Britain, Kanada, Amerika Syarikat dan Jerman mengambil bahagian dalam acara ini.

Perjalanan amal ini telah bermula dari dari Naza World, Petaling Jaya pada 7 Jun 2012 menuju ke utara melalui lebuh raya PLUS ke jeti Kuala Kedah. Sesampainya di sana, semua motosikal telah dimuatkan ke atas tongkang kargo yang akan menyeberang ke Pulau Langkawi. Penyeberangan kargo dari Kuala Kedah biasanya mengambil masa kira-kira enam jam untuk sampai ke Pulau Langkawi, manakala para peserta pula menaiki katamaran penumpang berkelajuan tinggi mengambil masa kira-kira satu jam dan empat puluh lima minit. Para peserta telah dibawa ke tempat penginapan mereka untuk berehat dan makan malam, sebelum diberi taklimat acara dan seterusnya berangkat ke Pelabuhan Tg Lembong Langkawi dengan bas sekitar 1 pagi untuk mengambil motosikal masing masing.

  Hari kedua percutian pulau hujung minggu tersebut merupakan hari acara bebas, di mana para peserta telah mengambil peluang untuk menjalani pelbagai aktiviti pelancongan. Peserta LICR'12 mendapatkan diskaun di banyak kawasan tarikan pelancong seperti menaiki kereta kabel Langkawi dan pulau pelancongan oleh bot, serta pelayaran di sekitar Pulau Langkawi sambil menyaksikan matahari terbenam yang merupakan pilihan popular di kalangan mereka.

Hari Tunggangan Amal LICR 2012 merupakan hari ketiga acara iaitu pada 9 Jun 2012. Para peserta telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Tan Sri Khalid Ramli, untuk ke beberapa destinasi konvoi yang telah ditetapkan. Majlis penanaman pokok di Taman Lagenda Langkawiturut diadakan di mana para peserta turut membantu untuk menanam kira-kira 200 pokok pelbagai dipilih khas untuk menggalakkan peningkatan populasi burung di taman tersebut.

Perjalanan konvoi diteruskan ke Laman Padi yang terletak di Pantai Cenang Pantai, Langkawi di mana mereka telah makan tengahari bersama tetamu istimewa mereka iaitu 15 keluarga miskin dan 20 orang kanak-kanak yang menerima sedikit bantuan barangan dan wang tunai sumbangan oleh Bank Al Rajhi, komputer riba ikhsan dari Chai Ken Motors, dan sumbangan wang tunai dari pihak penganjur serta dari para peserta sendiri yang telah berjaya mengutip sejumlah RM5,311 untuk diagihkan kepada keluarga tersebut. Acara hari tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan malam Gala LICR sebelum para peserta berangat untuk menghantar motosikal masing masing ke Tg Lembong untuk dibawa ke Kuala Kedah pada malam yang sama. Keesokan harinya kesemua mereka telah beangkan menaiki feri ke Kuala Kedah untuk mengambil motosikal sebelum berangkat bersama kumpulan kecil mereka dalam perjalanan pulang ke destinasi masing masing.

Di tamatkan dengan jaya nya, Tunggangan Amal Antarabangsa Langkawi kali kedua ini telah disokong oleh Pelancongan Malaysia dan juga Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada) serta badan kerajaan yang lain seperti Kementerian Kebajikan Masyarakat dan juga PDRM. Para peserta membayar sekitar RM758 bagi hujung minggu empat hari tiga malam tersebut di pulau lagenda tersebut.

Daiichi Kini Dipasarkan di Malaysia

Peminat peminat motosikal pasti gembira dengan pelancaran motosikal Daiichi di Malaysia, yang akan memperluaskan lagi pilihan para pengguna dalam segmen pertengahan ‘adventure & sports / touring’. Siri motosikal DAIICHI, yang dilengkapi dengan ciri-ciri komprehensif juga dijual pada harga kompetitif dan mampu milik berbanding dengan model saingan.

Model yang dilancarkan Daiichi merupakan 3 buah model motosikal Megelli jenis 250cc dan sebuah model motosikal CFMoto 650NK. Terdapat 3 varian Megelli iaitu 250MR, 250SR dan 250RR. Megelli 250MR adalah versi motocross yang akan menarik perhatian penunggang yang ingin kebebasan pengembaraan off-road, dengan posisi tunggangan yang tinggi untuk memudahkan pengendalian off-road.

Model Megelli 250SR ditujukan kepada mereka yang lebih meminati penunggangan yang selesa. Ia dilengkapi dengan kerangka yang kukuh untuk kestabilan penunggangan kelajuan tinggi dan hendal tinggi untuk posisi penunggangan ‘easy-rider’. Megelli 250RR merupakan model motosikal sports yang dilengkapi dengan ‘body cowling’ sports sepenuhnya.

Jika anda gemar dengan kuasa pecutan yang pantas, model DAIICHI CFMoto 650NK pasti jadi pilihan anda. Model ini dilengkapi dengan enjin 4-lejang, dwi-selinder sebaris DOHC dengan 8 injap. CFMoto dilengkapi dengan brek depan cakera berkembar dwi angkup untuk membrek dengan stabil sejajar dengan kuasa pecutannya.

Kesemua model motosikal DAIICHI dilengkapi dengan panel meter yang canggih dengan meter kelajuan LCD. Model Megelli 250cc menghasilkan kuasa 27 Ps pada 9,000rpm manakala CFMoto 650NK menghasilkan kuasa 69 Ps pada 8,500rpm.

Megelli 250MR dijual pada harga RM16,520.00, manakala Megelli 250SR pula pada harga RM16,720.00 dan Megelli 250RR ditawarkan pada harga RM17,750.00. Daiichi CFMOTO 650NK pula boleh menjadi milik anda dengan hanya RM28,000.00

Siri motosikal DAIICHI boleh ditunggang uji di pengedar DAIICHI yang sah berhampiran anda atau hubungi N.B. Motors Trading Sdn Bhd pada talian 082-452 771 untuk maklumat lanjut.

Enam-selinder pada dua roda

Enjin berbilang selinder sebaris sentiasa menjadi daya tarikan peminat motosikal. Mungkin ada yang mengingati Honda CBX1000 yang telah diperkenalkan sebagai motosikal pengeluaran pertama Honda dengan enjin enam selinder sebaris dalam tahun 1978. Berbanding enjin empat selinder biasa, enjin enam-sebaris menawarkan kelancaran hampir sempurna dan janaan kuasa tinggi beserta dayakilas baik dan memberikan kepuasan tunggangan yang hebat.

Sejak BMW Motorrad menzahirkan hasrat pengeluaran Konsep-6 pada musim luruh 2009, enjin 6-selinder sebaris yang baru telah menarik imaginasi ramai. Enjin 6-selinder sebaris telah memasu kereta BMW selama lebih tujuh dekad. Motosikal BMW kini tampil buat kali pertama dengan pengenalan model K 1600 GT dan K 1600 GTL, dikuasai enjin 6-selinder sebaris yang dibangunkan sendiri oleh BMW. Enjin ini merupakan enjin 6 selinder motosikal yang paling ringan di dalam kelasnya dengan berat 102,6 kilogram,. Kedua-dua motosikal touring atau kembara ini mempunyai penampilan yang menarik disamping menjanjikan penunggangan dinamik dan keselesaan bagi tunggangan jarak jauh.

Penampan angin hadapannya boleh dilaras secara elektrik dengan mudah, membolehkan anda duduk tegak menguasai perjalanan kembara anda dengan bantuan pelbagai maklumat yang disalurkan kawalan pemanduan kembara dan komputer perjalanan. Panel instrumen K 1600 model terdiri daripada dua instrumen klasik jenis bulat untuk meter kelajuan dan takometer dan paparan TFT warna 5,7-inci.

Lampu xenon nya cukup terang untuk keselesaan dan keselamatan penunggangan malam, disamping mampu mengarahkan suluhan  secara otomatik ke selekoh yang anda ambil berpandukan arah belokan anda.

K 1600 GTL ini menggabungkan ketangkasan maksimum dan dinamik menunggang dalam pakej keseluruhan mewah. Dengan penghantaran kuasa yang luar biasa, tiga kuasa mod kuasa yang berbeza boleh dipilih dari mod hujan, piawaian dan dinamik. Sistem Gantungan Pelarasan inovatif Elektronik II (ESA II) membolehkan penunggang mudah menekan butang untuk menyesuaikan kadar gantungan tupang spring depan dan belakang, yakni melaraskan "kekerasan" sistem gantungan keseluruhan bagi menghasilkan kestabilan dan respons yang berkesan bagi semua jenis bebanan.

Secraa standard ia dilengkapi dengan ABS generasi terkini, dan datang dengan kotak simpanan sisi, kotak besar di belakang dan juga penyokong belakang pembonceng. Hantaran kuasa adalah baik walaupun mungkin dirasakan agak berlebihan kuasanya pada dua gear pertama. Sehingga 160 kmj kestabilan adalah baik, tetapi pada kelajuan yang lebih tinggi kestabilan nya mungkin membuat penunggang menjadi goyah.

K 1600 GTL merupakan motosikal kembara enam selinder yang cemerlang, menawarkan keselesaan jarak jauh dan keyakinan pengendalian lincah yang mengagumkan. Reka bentuk enjin yang unik memberikan kuasa besar yang lancar, dengan bunyi garau yang mampu menggerunkan, pada harga RM168,000.00

SPESIFIKASI
Enjin: 1649cc 6-selinder sebaris sejukkan cecair DOHC 24V
Kuasa maksimum: 158bhp @ 7750 rpm
Tork maksimum: 175Nm @ 5250 rpm
Tangki / jarak: 26.5 liter / 370km
Transmisi: Enam gear, klac basah, pemacuan akhir aci (syaf)
Berat: 348kg basah
"Kembara mewah berteknologi Jerman"