Nazirul Izzat dibakar semangat Rossi

 Selepas pulang menimba ilmu permotoran di kem Akademi VR46 milik bintang MotoGP, Valentino Rossi, Nazirul Izzat Bahauddin semakin bersemangat untuk menghadapi perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM PETRONAS 2018 di Kangar, Perlis, minggu in.

Pelumba CP115 pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing itu telah terpilih ke Itali bersama seorang lagi pelumba muda Yamaha, Md Aiman Tahiruddin dan turut disertai dua pelumba dari Jepun dan Indonesia.
 "Banyak ilmu dan perkara baru yang dipelajari sepanjang berada di Itali dan saya harap ia dapat meningkatkan lagi prestasi saya di Perlis minggu ini," jelas Nazirul yang kini berada di kedudukan keenam keseluruhan kategori CP115 dengan 51 mata termasuk satu podium di tempat ketiga di Temerloh. 

"Peluang bertemu Rossi sendiri yang sempat berkunjung ke kem ini juga sangat bermakna. Selain tunjuk ajar jurulatih di akademi VR46, Rossi juga sempat berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada kami."
 Tambahnya, "Walaupun masih penat dengan jadual latihan dan penerbangan yang jauh, saya yakin ia tidak akan menjejaskan prestasi saya nanti. Tempoh rehat sejak tiba di Malaysia semalam cukup untuk membantu fizikal saya berada pada tahap terbaik. Tentang jentera, saya tidak bimbang kerana jurutera dan kru pasukan sentiasa menyediakan yang terbaik.
 Selepas lima pusingan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) kini mengungguli kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 113 mata diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dengan 73 mata sambil diekori rapat Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan 71 mata. 

Idemitsu Kozi Yam Honda Racing yakin di Perlis

Pada saingan pembukaan musim 2018, pelumba-pelumba pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing yang pernah memegang takhta selaku juara kategori WIRA KBS selama tiga tahun berturut-turut pada 2015 hingga 2016 gagal untuk menaiki podium namun mula bangkit pada pusingan kedua apabila Md Fadlyshah Redzuan menamatkan saingan di tempat ketiga. Namun selaku antara pelumba yang diharapkan untuk membawa podium kepada pasukan,  Md Syarifuddin Azman yakin pasukannya itu kini semakin mendapat rentak dan akan terus memberikan cabaran sengit dalam perlumbaan kelas WIRA KBS pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, minggu ini.
 Syarifuddin mula mempamerkan aksi sebenar apabila meraih dua kemenangan berturut-turut pada pusingan keempat di Temerloh dan kelima (Teluk Intan) selepas kecewa gagal menamatkan dua perlumbaan pusingan awal tahun ini.

“Pada peringkat awal musim, kami masih mencari dan mencuba pelarasan baru yang ingin digunakan pada tahun ini, namun malangnya kami gagal untuk menaiki podium dan saya sendiri gagal untuk menamatkan perlumbaan,” jelas Syarifuddin.  “Namun selepas itu, hasil kerja keras semua, kami mula bangkit dan terus memperbaiki kesilapan yang ada sehingga akhirnya saya dapat menjuarai dua perlumbaan berturut-turut,” tambahnya.


Mengulas tentang peluang untuk mengejar kedudukan keseluruhan yang dipegang oleh Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) dengan 97 mata, Syarifuddin yang berada di tangga keempat dengan 58 mata berkata dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara tersebut.
“Perbezaan mata ketika ini agak jauh namun saya tidak mudah menyerah kalah kerana tidak mustahil untuk saya mengejar. Cuma fokus saya berbeza, saya hanya mahu memberi tumpuan untuk memenangi satu demi satu perlumbaan berbanding dengan gelaran.”

Mini Cub Prix KBS bermula

Mohamad Aidil Mohd Ayub dari Selangor muncul juara pertama siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS dengan mendominasi kedua-dua perlumbaan akhir kategori Junior pada saingan pusingan pertama yang berakhir di MAEPS, Serdang, Selangor, semalam.

Mohamad Aidil, 12 tahun mempamerkan aksi cemerlang apabila menamatkan 14 pusingan Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 9’37.365s manakala 9’38.370s dalam Perlumbaan 2 secara bersendirian tanpa diberi tentangan sengit pelumba-pelumba lain.
 Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas muncul naib juara Perlumbaan 1 dengan masa 9:49.122s diikuti Nabil Abdul Rahman dengan masa 9:49.263s manakala Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry muncul naib juara Perlumbaan 2 dengan masa 9:46.219s sambil Muhammad Farish Iqmal sekali lagi meraih podium dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 9:52.968s.

“Saya gembira dengan kemenangan ini setelah menjalani banyak latihan sebagai persediaan untuk perlumbaan minggu ini,” jelas Aidil.
 Pada masa sama pelumba itu berharap dapat meneruskan aksi cemerlang pada perlumbaan akan datang bagi merealisasikan hasratnya untuk beraksi secara profesional dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2019.

Perlumbaan Mini Cub Prix KBS merupakan antara program pembangunan sukan permotoran yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kejuaraan Cub Prix Malaysia dimana pelumba-pelumba akan bersaing untuk merebut hadiah berupa biasiswa dan slot automatik dalam perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha pada musim 2019.
 Selain kategori Mini Cub Prix KBS Junior, tiga kategori sampingan turut berlangsung iaitu kategori Kidz ( 6 – 9 tahun), kategori Kadet (10 – 11 tahun) dan kategori terbuka ( 6 – 12 tahun).

Pusingan kedua Mini Cub Prix KBS akan berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.
KLINIK CUB PRIX KBS JUNIOR
Perlumbaan 1
Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 9:37.365s
Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas (JHR) 9:49.122s
Nabil Bin Abdul Rahman (JHR) 9:49.263s

Perlumbaan 2
Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 9:38.370s
Muhammad Alif Izwan Bin Samsul Fakry(KUL) 9:46.219s
Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas (JHR) 9:52.968s

Kedudukan Keseluruhan

1 Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub (SGR) 50 mata
2. Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas (JHR) 36 mata
36 Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry (KUL) 33 mata

Kategori Open
Muhammad Hakim Danish Bin Ramly 7:42.863s
Mohamad Aidil Bin Mohamad Ayub 7:46.763s
Qabil Irfan Bin Azlan 7:57.194s

Kategori Kadet
Muhammad Hakim Danish Ramly 6:34.471s
Muhammad Haziq Hakimy Kamaruddin 6:50.383s
Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli 6:50.460s

Kategori Kidz
Qabil Irfan Bin Azlan 5:40.167s
Muhammad Adib Arsyad Bin Hisyam 5:46.071s
Muhamad Iqmal Firdaus Kamalruzzaman 5:53.545s

Juruteknik menang motosikal Ducati dari Shell


Mimpi menjadi kenyataan buat juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 yang baru menjadi miliknya  setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini.

Peraduan yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 ini, terbuka kepada semua pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah. 

 
 "Ganjaran ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance UltrMimpi menjadi kenyataan buat juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 yang baru menjadi miliknya  setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini. 
 Peraduan yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 ini, terbuka kepada semua pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.  

"Ganjaran ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa. Saya amat terkejut apabila menerima panggilan yang memaklumkan berita baik ini. Saya sangat teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster ini," kata Khairil, pemenang Hadiah Utama.
 Peraduan Beli dan Menang Shell Advance bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.

Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mempunyai minyak asas jernih yang dihasilkan daripada gas asli dan membawakan pembersihan yang unggul serta perlindungan dari kehausan dan hakisan. Hasilnya adalah permulaan yang lancar dan kuasa yang berterusan pada setiap masa.

Perkongsian Teknikal Shell dengan Ducati membolehkan perkembangan produk Shell Advance yang diuji dalam banyak persekitaran.  Minyak enjin motosikal kami memberi manfaat kepada penunggang motosikal di seluruh dunia dengan teknologi canggih dan keyakinan untuk meredah segala cabaran. 
 Ducati bukan sahaja menggunakan produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga memilih Shell Advance dan Shell V-Power sebagai bahan api utama untuk setiap motosikal Ducati yang muncul dari kilangnya di Bologna, Itali.

Saksikan aksi Shell dan Ducati di Shell Malaysia MotoGP 2018 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 2 November hingga 4 November 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/Advance.

Skuter Benelli pertama dilancar

Benelli Malaysia melancarkan skuter pertamanya, VZ125i. Benelli VZ125i memenuhi kehendak penunggang yang mahukan skuter berprestasi, bertaraf tinggi, bergaya dan kebolehpercayaan, yang memberikan kawalan penuh perjalanan mereka secara praktikal.


Benelli VZ125i dilengkapi dengan enjin SOHC 124 cc, silinder tunggal dwi-injap empat lejang, suntikan bahan api elektronik (EFI) dan nyalaan TLI. Skuter ini menjana 8.4hp @ 7,500rpm dan tork 9.2Nm @ 6,000rpm untuk mengharungi lalu lintas yang sempit dengan mudah dan tangkas.
Tunggang uji ringkas kami di celah celah laluan sesak Pulau Pinang telah membuktikan kemampuannya. Benelli VZ125i juga dilengkapi dengan transmisi CVT baharu yang membolehkan skuter ini memecut dengan lancar. Bagi versi ‘Standard’, suspensi depan dilengkapi dengan topang atau fork teleskopik manakala suspensi belakang pula dari jenis spring teleskopik redaman minyak. Versi ‘Special Edition’ pula menawarkan suspensi teleskopik redaman minyak berserta tangki-sampingan. Sistem brek VZ125i merupakan jenis cakera dua omboh berdiameter 220mm untuk memberikan keyakinan hentian dan keselamatan yang maksimum.


Selain itu, ciri-ciri VZ125i seperti suis utama anti-kecurian, cangkuk topi keledar di bawah tempat duduk, pengecasan USB dan cangkuk gantung depan menjadikan VZ125i sebagai kenderaan yang sesuai untuk perjalanan harian anda.

Direka oleh pasukan rekabentuk internasional Benelli yang terkenal, gaya rekaannya yang dinamik mencerminkan keunikan Benelli. Ia dilengkapi dengan panel instrumen paparan LCD, lampu hadapan dan lampu isyarat LED dengan fungsi lampu kecemasan “hazard light”. VZ125i adalah skuter pertama yang memperkenalkan fungsi lampu kecemasan “hazard light” dalam kelasnya.
 Benelli VZ125i direka khusus untuk citarasa rakyat Malaysia, terutamanya untuk pelajar dan penunggang wanita sebagai kenderaan harian. Benelli Meleysia mensasarkan jualan VZ125i ini sebanyak 15,000 unit setahun.

Jika dibandingkan skuter yang sama dalam kategori ini, pengguna akan lebih kagum dengan ciri-ciri unik dan harganya yang kompetitif. Benelli VZ125i boleh didapati dalam 3 pilihan warna iaitu ‘Matte Blue’, ‘Chili Red’ dan ‘Matte Black (SE)’. VZ125i berharga RM5,288.00 manakala VZ125i (SE) ditawarkan pada harga RM5,588.00 (semua harga adalah termasuk SST & tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Benelli VZ125i boleh didapati di kedai pengedar sah Benelli bermula dari Disember 2018.