Daihatsu umum harga baru tanpa GST

Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengumumkan harga baru mereka untuk semua modelnya  dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan seterusnya.

Daihatsu Gran Max yang baharu kini berharga yang mencerminkan pengurangan dari RM3,597 sehingga RM5,337 untuk pelbagai varian pickupnya. Harga untuk van panel Gran Max pula akan mengalami penjimatan antara RM3,710 hingga RM4,610. Di samping itu, semua model Daihatsu didatangkan dengan jaminan 3 Tahun / 100,000Km untuk ketenangan minda pelanggan.

Pengarah Urusan Daihatsu Malaysia, Dr. Muhammad Iqbal berkata, "Sekarang adalah masa terbaik untuk membeli Daihatsu Gran Max, dengan harga GST bernilai sifar baru yang kekal selama (3) bulan atau sekurang-kurangnya sehingga cukai jualan dan perkhidmatan (SST ) yang akan diperkenalkan semula pada September 2018. "


MODEL
page1image3716192
NO.
page1image3727008
BODY TYPE
page1image3011488
OTR - GST 6%
page1image3011936
page1image3716816
OTR - GST 0%
page1image3717232
SAVINGS
page1image3717648 page1image3718064 page1image3723680 page1image3714944
S402RP PICK-UP
page1image3721808 page1image3715360 page1image3719104 page1image3741568 page1image3741984 page1image3742816
1
STANDARD STEEL BODY
RM 64,170.56
RM 60,563.85
RM 3,606.71
page1image3728256
2
STANDARD WOODEN BODY
page1image2993792
RM 64,011.56
page1image3745936
RM 60,413.85
RM 3,597.71
3
page1image3748432
STANDARD WOODEN BALAU
page1image3730336
RM 64,859.56
page1image5073024
RM 61,213.85
page1image3731376
RM 3,645.71
4
BOX VAN
RM 67,456.56
RM 63,663.85
RM 3,792.71
5
LUTON VAN - V58 TYPE
page1image3751136
RM 67,880.56
RM 64,063.85
RM 3,816.71
6
HAWKER VAN (PASAR MALAM)
RM 68,039.56
RM 64,213.85
RM 3,825.71
7
MOBILE EDITION (PASAR MALAM)
page1image3755088
RM 69,131.36
page1image3741568
RM 65,243.85
RM 3,887.51
8
STEEL BODY C/W ALUMINIUM TOP & CANVAS SIDES
RM 66,979.56
RM 63,213.85
RM 3,765.71
9
STEEL BODY C/W ALUMINIUM TOP & CANVAS SIDES (5-SEATER)
RM 67,880.56
RM 64,063.85
RM 3,816.71
10
WOODEN BODY C/W ALUMINIUM TOP & CANVAS SIDES
RM 66,873.56
RM 63,113.85
RM 3,759.71
11
PASAR TANI MOBILE
page1image3745520
RM 72,968.56
RM 68,863.85
RM 4,104.71
12
MOBILE CAFÉ PREMIUM
page1image3767776
RM 79,169.56
RM 74,713.85
RM 4,455.71
13
MOBILE CAFÉ STANDARD
RM 75,353.56
RM 71,113.85
RM 4,239.71
14
BOX MOBILE CAFÉ PREMIUM
page1image3771520
RM 74,293.56
RM 70,113.85
RM 4,179.71
15
BOX MOBILE CAFÉ STANDARD
RM 73,763.56
page1image3774640
RM 69,613.85
RM 4,149.71
16
ALUMINIUM HAWKER VAN
RM 74,505.56
RM 70,313.85
RM 4,191.71
17
MOBILE STAGE
page1image3777552
RM 73,233.56
RM 69,113.85
RM 4,119.71
FROZEN FOOD - BODY HEIGHT 1600MM
18
STANDARD SPEC
RM 90,193.56
RM 85,113.85
RM 5,079.71
19
PREMIUM SPEC
RM 94,645.56
RM 89,313.85
RM 5,331.71

BHPetrol Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Al-Nasuha


Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Seramai 85 orang anak yatim diraikan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah Kuala Lumpur dan kumpulan pekerja dari Jabatan Peruncitan BHPetrol.  Pengurus Besar BHPetrol, Bahagian Pembekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Ir Azizul Azily Ahmad juga turut hadir dan menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan cenderahati kepada anak-anak di Al-Nasuha.

Majlis ini adalah inisiatif murni gabungan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah yang diketuai oleh Kol (B) Masuaod bin Shu, Presiden Persatuan Dealer BHPetrol dengan kerjasama pihak syarikat BHPetrol.  Hasil kemuafakatan,  mereka telah bersepakat untuk berkongsi kegembiraan bukan sahaja dengan jamuan berbuka puasa malah turut menyalurkan sumbangan bantuan wang tunai  untuk kegunaan pengurusan harian.


Inisiatif ini juga dijalankan bagi meneruskan kesinambungan program “Team Ownership Programme” di mana pihak BHPetrol menjalankan program sosial yang melibatkan pelanggan dan warga penduduk berdekatan kawasan stesen dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi penjenamaan BHPetrol.

Helmet F1 terbaharu F1 mandatori mulai 2019

FIA telah menetapkan standard topi keledar baharu mandatori untuk Formula 1 bermula musim 2019 kelak.

Menurut badan pentadbir tersebut, standard baharu ini akan menawarkan tahap keselamatan yang lebih baik kerana ia menawarkan perlindungan balistik yang canggih dan penyerapan tenaga yang dipertingkatkan.

Ia akan menjadi mandatori di F1 mulai 2019 dan dalam kejohanan lain tidak lama lagi, kata FIA, yang bekerjasama dengan pengeluar helmet Stilo, Bell Racing, Schuberth dan Arai semasa fasa penyelidikan.

Bahagian atas topi keledar telah diturunkan sebanyak 10mm untuk menyatukan perlindungan balistik canggih yang "memberikan tahap keselamatan dari serpihan yang belum pernah dicapai sebelum ini," menurut kenyataan FIA.

Pembinaan kelongsong luarnya menggunakan bahan komposit yang lebih maju untuk memastikan ketahanan dan penembusan.

RON95 kekal RM2.20 seliter


Kerajaan telah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter. Manakala mulai hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara managed float pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun 2018, dan akan diselaras setiap minggu.

Berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini telah mencecah USD76 setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara USD87 hingga USD88 setong, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel. Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU14, harga
RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing
seliter.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 billion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Laluan keluar Lebuhraya Shah Alam arah KL ditutup mulai Sabtu