BHPetrol Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Al-Nasuha


Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Seramai 85 orang anak yatim diraikan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah Kuala Lumpur dan kumpulan pekerja dari Jabatan Peruncitan BHPetrol.  Pengurus Besar BHPetrol, Bahagian Pembekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Ir Azizul Azily Ahmad juga turut hadir dan menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan cenderahati kepada anak-anak di Al-Nasuha.

Majlis ini adalah inisiatif murni gabungan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah yang diketuai oleh Kol (B) Masuaod bin Shu, Presiden Persatuan Dealer BHPetrol dengan kerjasama pihak syarikat BHPetrol.  Hasil kemuafakatan,  mereka telah bersepakat untuk berkongsi kegembiraan bukan sahaja dengan jamuan berbuka puasa malah turut menyalurkan sumbangan bantuan wang tunai  untuk kegunaan pengurusan harian.


Inisiatif ini juga dijalankan bagi meneruskan kesinambungan program “Team Ownership Programme” di mana pihak BHPetrol menjalankan program sosial yang melibatkan pelanggan dan warga penduduk berdekatan kawasan stesen dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi penjenamaan BHPetrol.

No comments: