Gombaking Ride Tour eratkan silaturrahim RS150R

 Hari Pekerja 1 Mei 2018 yang lepas telah menyaksikan kejayaan sebuah konvoi yang dianjurkan oleh Kelab Permotoran Kebajikan Selangor- Gombaking bersama dengan kelab-kelab RS150R Perak. Seramai 130 penunggang RS150R telah hadir dari Perak & Selangor untuk memeriahkan acara ini di Ngee Fatt Motors Ent. S/B.
 Kelab-kelab RS150R dari Perak yang turut serta adalah seperti berikut:
- RS Gopeng Community (Gopeng)
- RS Hilir Perak Crew (Teluk Intan)
- RS Tapah Chapters (Tapah)
- RS Owner Club Perak (Ipoh)
- RS SilverState (Ipoh)
- RS Gerik Crew (Grik)
- RS Muallim (Tanjung Malim)
- RS Manjung Club (Manjung)
- RS Raintaker (Taiping)

Menarik dan kreatif nama nama kelab ini bagi mewakili identiti dan tempat asal mereka!
Sesi bergambar bersama dengan para peserta di hadapan Kellie’s Castle
Beberapa acara telah turut diadakan sewaktu berkumpul di Ngee Fatt Motors Ent., sebelum mereka bertolak ke Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak. Ini termasuklah:
-Sesi bergambar secara berkumpulan di hadapan kedai,
- penyampaian sijil penghargaan dari pengusaha Ngee Fatt Motors,
- cabutan bertuah,
- acara permainan &
- jamuan makan tengah hari
 Ngee Fatt Motors urut menjemput Pengurus Besar Boon Siew Honda En. Yee Lip Kwong untuk menyampaikan ucapan ringkas dan turut merakamkan ucapan terima kasih untuk para peserta.
 Ucapan dari Pengurus Besar Boon Siew Honda – En. Yee Lip Kwong

















































Anak anak Halim menang 1-2 di SIC Rookie Cup

 Pasangan adik-beradik Putera Haikal Hakeem Halim dan Putera Hani Imran telah menawan pusingan perlumbaan pembukaan SIC Rookies Cup dengan penamat 1-2. Si abang, Hakeem meraih penghormatan tertinggi dengan memenangi perlumbaan 12 pusingan di SIC X30 South East Asia Championship di Sepang Go-Kart Circuit pada Ahad lepas.

Bermula dari tempat kedua di belakang Putera Alex Qiefli Esam, Hakeem yang berusia 11 tahun menamatkan perlumbaan dalam masa 11 minit 44.108 saat; selesa sebanyak 1.120 saat de depan adiknya Imran yang berusia 10 tahun.
Berbekalkan sokongan moral ibu bapa dan ahli keluarga mereka di Grandstand, para pemandu ini dipilih dan ditempatkan di bawah inisiatif baru oleh SIC untuk mencungkil bakat baharu dalam perlumbaan empat roda.
Putera Haikal Hakeem Halim
Mengulas mengenai kemenangannya, Putera Haikal Hakeem, yang dibimbing oleh I.S Racing, berkata beliau sangat gembira dengan kemenangan itu dan berharap dapat membawa momentum kemenangan dalam dua pusingan berikutnya.

"Saya benar-benar menikmati perlumbaan hari ini. Ia penuh keseronokan; dan saya bernasib baik untuk menang kerana saya bermula dari tempat kedua di grid. Semua orang berusaha keras seperti saya untuk menang, dan saya gembira kerana saya menang. Mudah-mudahan, saya juga boleh memenangi dua pusingan seterusnya," katanya.

Putera Hani Imran berkata bahawa usaha beliau untuk menang terganggu sedikit ikutan kejadian dengan Putera Alex Qiefli di Lap 9 ketika dia mendesak jenteranya.
"Saya mengikuti abang saya dengan sangat rapat di hadapan dengan Putera Alex. Tetapi, kart kami bersentuh ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan akhir dan membolehkan abang saya membuka jurang. Tetapi, saya berjaya mengekalkan kedudukan saya untuk tamat kedua. Saya gembira dengan tempat kedua," kata Putera Hani Imran, yang dilatih oleh DRM Racing Team.

Aldrin Cabiles dari RL Karting, yang berusia lapan tahun memenangi tempat ketiga dengan rakan sepasukan, Raja Ariff Raja Azmi, 12, menduduki tempat keempat dan Putera Alex Qiefli menamatkan perlumbaan kelima dalam satu pertandingan yang menarik di bawah sinar matahari panas terik.
Dua pelumba wanita dalam senarai kemasukan 10-pemandu program itu juga tamat dengan penyudahan yang baik. Sophia Zara Mustaffa Kamal dan Nurul Auni Nasharuddin masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan kelapan.

Bermula dari kedudukan kelima di grid, Auni yang berusia 12 tahun, yang bersaing untuk Prodigy Racing, tidak bernasib baik apabila dilanggar di selekoh pertama; tetapi pulih cemerlang untuk menamatkan perlumbaan.

Mengulas prestasinya, Sophia yang berusia sembilan tahun dan bersaing untuk 7 Racing, berkata beliau berhasrat untuk beraksi lebih baik dalam Round 2 kerana dia tahu bahawa dia mampu melakukannya.
"Secara peribadi, ia bukan hujung minggu yang baik untuk saya. Saya bergelut sedikit dengan kelajuan dan tetapan kart. Saya juga baru pulih dari demam dan tidak dapat menjalani ujian pada hari Jumaat sebelum perlumbaan. Saya tahu bahawa saya boleh melakukan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, saya benar-benar menikmati persaingan. Kemenangan ke-7 bukan hasil yang saya harapkan, saya berharap dapat kembali kuat untuk Pusingan 2 dan tamat di podium," kata Sophia.

Hadiah untuk Piala Rookie SIC disampaikan oleh Dato' Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Jazeman Jaafar. Pusingan 2 bakal berlangsung pada 29 Jun - 1 Julai kelak.

Jerayawara HAVAL Rocks The Town bermula!

Pengedar eksklusif untuk SUV Haval di Malaysia iaitu Go Auto Sales Sdn Bhd telah melancarkan siri jerayawara 'HAVAL Rocks The Town' Tour, Bahagian Tengah di AEON Mall, Shah Alam, semalam. Acara ini diadakan sebagai sebahagian daripada Kempen REIMAGINE HAVAL baru-baru ini.

HAVAL Rocks The Town tour merupakan salah satu cara kami untuk menempatkan jenama HAVAL agar lebih dekat dengan rakyat Malaysia. HAVAL Malaysia akan mempamerkan model SUVnya selain pelbagai aktiviti yang dirancang untuk semua peringkat umur.

Pameran jerayawara 'HAVAL Rocks The Town' di Shah Alam, telah menyaksikan penampilan istimewa oleh selebriti tempatan, Aedy Ashraf - yang merupakan Duta Media Sosial model Haval H1 yang baru dilantik, dan juga Duta Model Haval H2 iaitu Rozita Che Wan.
"Kempen REIMAGINE kami ini bermula dengan HAVAL Rocks The Town Tour hujung minggu lalu di mana krew kami, yang digelar Haval Hollerz bersiar sekitar Kuala Lumpur dan mengadakan aktiviti yang menyeronokkan dengan orang ramai melalui pertandingan karaoke dalam H2 kami dan pada masa yang sama mereka akan menjadi boleh meneliti kedua-dua model H1 dan H2 kami ini secara lebih dekat. Dengan cara ini, kami membawa SUV kami kepada anda dan berharap bahawa mana-mana pelanggan yang berpotensi akan mampu membayangkan kereta impian mereka," kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal.


Selain itu, aktiviti HAVAL Rocks Fun termasuklah pertandingan foto Catch the Haval Hollerz, pertandingan karaoke Haval Carocks di mana anda boleh  mengambil bahagian dengan memuat naik video di Instragram dan Facebook dan mereka yang paling banyak meraih sukaan atau likes akan menjadi pemenang bulanan, Haval Movez iaitu pertandingan tarian yang terbuka untuk semua peminat tari dan terbuka kepada peserta berkumpulan ataupun persembahan solo yang akan diadakan di pusat membeli-belah jerayawara HAVAL. Para peserta akan berpeluang memenangi hadah tunai sebanyak RM500 di lapan pusingan awal dan hadiah wang tunai RM4,000 menanti mereka di Final Dance Off.

Di samping itu, semasa pameran jerayawara HAVAL ini juga, aktiviti tambahan seperti Peraduan Mewarna Haval Kidz, Pertandingan foto dengan SUV Haval, dan kehadiran badut turut disediakan untuk menarik orang ramai.
"Kami terja dengan perlaksanaan kempen ini dan menjemput semua orang untuk mendapatkan maklumat terkini lokasi kami di laman facebook kami atau melalui laman mikro kami, untuk melihat SUV kami dan mengambil bahagian dalam aktiviti kami. Sekali lagi, matlamat HAVAL adalah untuk mewujudkan kesedaran supaya rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memiliki SUV pada harga yang kompetitif terutama dengan promosi yang sedang berjalan yang kami tawarkan. Melalui tawaran ini, saya yakin rangkaian SUV kami pasti dapat memenuhi keperluan pelanggan," tambah Dato' Azli.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk semula kempen kempen HAVAL http://reimagine.haval.my/. Anda juga boleh menghubungi Penjagaan Pelanggan di 03-5569 7332 atau email kami di customercare@goauto.com.my. Lawati www.haval.my atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.